“Ya, Itu Lagu Baru…” – Selepas Dilamar Teman Lelaki, Nabila Razali Bakal Kongsi Berita Gembira

Selepas berkongsi foto dilamar teman lelakinya yang juga usahawan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, Nabila Razali bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai hubungannya itu.

Menurutnya, perkara itu akan dikongsikan kepada umum dalam masa terdekat.

Selain itu, pelantun lagu Peluang Kedua itu juga kelihatan beberapa kali memuat naik hashtag New Chapter menerusi foto yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Malah, ramai yang beranggapan lagu latar yang digunakan semasa fotonya dilamar itu merupakan lagu terbaharunya yang dipetik dari hashtag berkenaan.

 

Sebelum ini, Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Razali, 31, dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan Nik Iruwan Nik Izani pada Ogos lalu dan bakal menamatkan zaman bujang sempena hari ulang tahunnya yang disambut pada 13 November lalu.

Terdahulu, kontroversi ini timbul selepas Nabila memuat naik foto beserta kapsyen seakan-akan memberikan hint mengenai hari bahagianya itu.

“The Countdown is on,”tulisnya ringkas.

 

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin