Yana Samsudin Selamat Bersalin Anak Ketiga, Suami Siap Buat ‘Surprise’ Pakej Berpantang

Pelakon Yana Samsudin mengumumkan dia sudah selamat melahirkan cahaya mata ketiga biarpun sebelum ini mengalami masalah hormon dan tekanan darah tinggi ketika hamil.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Yana menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menurut Yana, dia selamat melahirkan bayi lelaki namun masih belum mendedahkan nama anak ketiganya itu.

“Alhamdulillah, syukur akhirnya baby boy selamat dilahirkan lepas hormon dah kacau bilau sebelum ni. Allahu, Lepas 4 hari kat hospital itu hari blood pressure masih tak stabil dari 140 sampai ke 170😱

“Suami decide nak minta keluar juga dari hospital lepas bersalin walau blood pressure tinggi. Semua group kerja saya, bisnes dan belajar, suami dah archive dan mute notification, taknak saya tengok.

“Suami nak yana betul betul berehat. Alhamdulillah hari ke 5 doktor bagi yana keluar dari hospital,” tulisnya.

Dalam pada itu, Yana turut meluahkan rasa terharu kerana suaminya, Fadzil Zahari telah mempersiapkan pakej berpantang sebagai kejutan sempena melahirkan anak mereka.

“Masa masuk dalam kereta yana cakap baju baby tak beli lagi, baru ada 2 set. Tu pun mana yang sempat dia lari beli masa lepas bersalin, kat kedai baby bersekitaran hospital.

“Saya pun baru teringat nak beli pad dan kelengkapan ibu bersalin semua. Dia cakap tak payah beli semua tu .. aik ? Pelik kita. Rupanya suami buat surprise !  dia bawak saya ke @klcpostnatalcare.

“Tak terfikir saya akan berpantang di sini. Terharu lagi. syukur sangat saya rasa, Ya Allah. Kita senyum je sepanjang perjalanan nak sampai ke confinement centre.

Tak dapat bayang kan macam mana nanti.. sebab suami kata datang je sehelai sepinggang. Terima Kasih #EnKetuaRumah ingatkan dah kurang sayang i dah,” katanya.

Terdahulu, Yana dan Fadzil telah mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.

Fatin Nurain