Hiburan By: SGMS Fas July 9, 2019 @ 2:44pm

Yana Samsudin Terkejut Anak Buat ‘Hal’ Lagi

“Baru semalam tegur Aisy Mateen dan saya kongsi pengalaman di FanPage Facebook, semalam dia buat lagi masa ‘live’ di IG. Nasib baik masih kecil lagi,” luah pelakon dan pengacara, Yana Samsudin.

Luahan itu disebabkan perbuatan Mateen sekali lagi mencium bibirnya selepas pernah melakukan perbuatan sama secara tiba-tiba pada Sabtu lalu.

“Sebenarnya, saya memang menitik beratkan pasal kebersihan dan imunisasi tapi yang paling penting juga ialah pendidikan seksualiti (pendidikan seks).

“Mulut juga adalah bahagian peribadi. Bahagian peribadi tidak boleh disentuh, dicium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri, kecuali cuci ‘berak kencing’.

“Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak adalah ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan,” jelas Yana panjang lebar.

Katanya, apabila anak sudah besar, dia akan terbiasa sekiranya sudah dibiasakan sejak kecil.

Yana mendedahkan kali pertama anaknya tiba-tiba saja menciumnya di bibir ketika menonton televisyen pada Sabtu lalu.

Tindakan itu bukan saja membuatkan dia terkejut malah tertanya-tanya individu yang mengajar Mateen melakukan perbuatan itu.

“Saya beritahu, cium di pipi dan dahi saja boleh, mulut jangan! Kalau ada orang lain nak buat (cium bibir), cakap ‘NO’! Jerit kuat-kuat! Benda itu salah! Beritahu ‘mommy’ dan ‘daddy’ siapa yang buat.

“Cium ‘mommy’, ‘daddy’, Opah dan Tok ‘daddy’ saja boleh, orang lain jangan. Lepas itu, saya minta dia ulang semula apa yang diberitahu kepadanya,” kata Yana agak gementar sekiranya Mateen melakukan perbuatan mencium di bibir sebagai tanda sayang kepada kawan-kawan di tadika.

Yana turut berkongsi dua pengalaman lalu apabila anaknya tiba-tiba saja dicium di bibir oleh individu dikenali dan tidak dikenali.

Disebabkan itu, Yana berharap masyarakat tidak lagi mengamalkan perbuatan itu.

“Paling tidak boleh terima apabila ayah cium bibir anak sendiri. Tidak kiralah anak perempuan atau lelaki, mak pun tidak boleh buat begitu.

“Ia bukan budaya kita dan adab Islam. Nabi Muhammad pun tidak cium anak perempuannya,” kata Yana.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Apr 2022
Hiburan Thu, 22 Aug 2019

Penuh Debaran, Aksi Luar Biasa…SANGKAR Di Pawagam 29 Ogos Ini!

Jangan lupa untuk saksikan filem SANGKAR

Trending Fri, 26 Jun 2020
Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Featured Tue, 14 Feb 2023

Kesal Netizen Hambur Kata-Kata Tak Senonoh Kepada Isteri & Arwah Ibu, Jiran Dakwa Ali Puteh Ada Niat Buruk – “Dia Nak Rumah Tu”

Alamak, betul ke ni? Tapi kot ye pun, janganlah sampai menghina orang yang dah tiada 😭😭😭

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Sat, 11 May 2019
Featured Tue, 23 Nov 2021

Cool! Peminat Hanya Duduk Dalam Kereta, Ariel Noah Berkasut Roda Sambil Menyanyi Di Konsert Drive-In

Peminat kumpulan Noah akhirnya dapat menonton persembahan dari kumpulan itu secara langsung di JIExpo Kemayoran, Jakarta dengan hanya duduk di dalam kereta pada Sabtu yang lalu. Konsert yang diberi nama Danamon New Live Experience Vol.

Featured Wed, 20 Jul 2022

| Live TV

error: Content is protected !!