Featured By: Halimey Zamal October 25, 2022 @ 5:53pm

“Yang Confirm Syurga Ni Pun Mulakan Dengan…” – Bandingkan Dengan Anak Zarina Zainuddin, Netizen Perli Ratu Kerana Mencarut

Pelakon Zarina Zainuddin meraih pujian apabila anaknya, Azal Azrai membaca Surah Al-Fatihah ketika sedang bermain ‘flying fox’ di sebuah resort di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Sebelum ini, tular video seorang pempengaruh media sosial, Ratu Farah yang mencarut ketika bermain flying fox di tempat sama Zarina dan anak istimewanya itu melakukan aktiviti.

Apa yang mencuri perhatian warganet adalah tindakan Ratu dan Azal yang sangat berbeza.

Rata-rata netizen mula membandingkan dan menyifatkan Azal lebih beradab berbanding Ratu yang mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

@sugehresort Replying to @Pakcu Azhar Omar tak semua yang mencarut..ada yang baca al Fatihah #fyp #trending #percutian #sugehresort ♬ original sound – Sugeh Resort

 

Menerusi video berdurasi 30 saat yang dikongsikan di akaun TikTok @sugehresort itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan kata-kata pujian dan kiriman doa kepada anak lelaki Zarina.

Walaupun dilahirkan sebagai seorang anak istimewa, tidak menjadi penghalang kepada Azal untuk berfikir secara matang seperti manusia yang sempurna.

“Alhamdulillah, inilah anak yang akan mengheret ibubapanya ke syurga, pandai Kak Zarina jaga anak-anak syurganya,” tulis salah seorang warganet di ruangan komen.

Turut menerima tempias, Zarina dipuji oleh netizen kerana biarpun sibuk membahagikan masa sebagai ibu, pelakon dan usahawan, aktres itu berjaya membesarkan kedua anak istimewanya dengan baik.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan anak Zarina dan mendoakan agar segala urusan Azal dipermudahkan.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 860,000 tontonan dan lebih 65,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 May 2019

‘Saya Akan Tarik Awal Setiap Kali…’- Scha Alyahya Kongsi Tips Rumah Tangga Ideal

Kami sudah mencuba sejak tahun lalu lagi. Mungkin tiada rezeki lagi buat masa ini.

Hiburan Fri, 25 May 2018

Bila Dah Pulih, Fendy Kongsi Cerita Ya!

Assalammulaikum kesayangan abang. Untuk makluman semua abang sihat saja kat sini. Sakit pun cuma sikit saja. Tak ada la sampai teruk sangat macam yang hangpa (kamu) tengok tu. Ironman pun boleh sakit, takkan la abang yang macam ni tak boleh sakit…

Featured Mon, 27 May 2019

5 sebab gincu matte terus diminati pada tahun 2019

The Matte Love tonjol bibir lebih mungil

Trending Wed, 2 Dec 2020
Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Thu, 21 Dec 2017

FATHIA LATIFF KINI FREEHAIR?

Apakah tindakan Fathia ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh rakan baiknya, Uqasha Senrose?

error: Content is protected !!