Featured By: Salma Syahbuddin April 14, 2023 @ 3:30pm

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Pelakon Reen Rahim tampil menjelaskan bahawa dakwaan kononnya dia pemalas bangun sahur adalah tidak tepat sama sekali, apatah lagi dia kini sudah bergelar seorang isteri dan perlu menjalankan tanggungjawabnya termasuklah menyediakan makanan untuk bersahur buat suaminya,  Ahmad Nur Hazim.

Reen berkata, hantaran video tular baru-baru ini yang mengatakan dia tidak pernah bangun sahur sehingga digelar pemalas dan menyebabkan akaun TikToknya disekat hanyalah sekadar ingin berkongsi perasaan terujanya sahaja.

Malah, lagu yang dinyanyikan dalam video tersebut hanyalah rekaan secara spontan dan tidak perlu diperbesarkan.

“Okay dia macam ni, benda tu first time saya post, saya ni anak bongsu perempuan, mak, bapak , kakak dan abang semua panggil saya ni teruk tau… nasib baik saya  rajin kerja kat luar. Kalau kat luar saya seorang yang rajin, berdikari, bekerja tapi  kalau kat rumah memang teruk.

“Sehinggakan, kadang-kadang mak saya sendiri yang bawa makanan untuk suap saya makan kalau aku tak puasa. Rasanya semua anak-anak bongsu perempuan macam tu. So saya tak ada isu yang yang kata saya tak bangun pagi dan tak pernah bangun sahur. Sebab my mom akan kejut dalam 15 minit sebelum waktu subuh. Then, saya bangun, subuh dan sambung tidur kembali.

“So, bila kena bangun masakkan suami, masa tu saya teruja dan buat live. Jadi saya  nyanyi lagu seumur hidup aku tak pernah bangun sahur…. Tapi takkan lah saya kena ambil komposer nak tulis lirik, lirik tu saya nyanyi spontan je.

“Tapi yang netizen kecam sampai viral tu, anda semua tak fikir ke? ingat saya ni apa? Saya ada mak bapak ya, tak ingat ke mak bapak saya macam mana ajar saya mengaji. Takkanlah, mereka tak kejut saya sahur.

“Masalahnya kalau tak boleh bangun sahur tu okay lagi tapi masalahnya netizen cakap saya  tak pernah puasa dan benda tu viral ketika saya kena shooting kat tempat yang takada coverage selama 3 hari, so memang saya tak perasan. Tiba-tiba kena block dan itulah cerita dia,” katanya.

Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata dmeikian ketika di temui pada majlis  Malam Gala Filem Sumpahan Malam Raya yang diadakan di GSC NU Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Reen juga mengaku berang terhadap segelintir netizen yang suka menuduh secara membabi buta sehingga menyebabkan akaun TikToknya disekat serta membuatkan dia kehilangan pengikut sebanyak 1.6 juta  dilaman sosial berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang berlaku disifatkan sebagai pengajaran untuk dirinya.

“Masa tu saya ada shooting dari pagi ke pagi dekat Kuala Selangor je tapi dia punya phone coverage tu tak ada so tak dapat apa-apa jadi saya pun rileks je lah…Tak ada orang text. Agaknya benda tu terlalu sensiitf tapi tak ada apa pun.

“Tapi yang mendengar tu tak ada otak ke? Masa saya live tu saya tak ada niat pun nak bergurau apa saya just buat je live, bagitau bangun pagi masak untuk sahur. Tak ada nak tunjuk kat siapa-siapa pun saja nak simpan momen tu tapi tak sangka pula,”jelasnya.

Terdahulu, Reen memaklumkan dia telah memaafkan semua individu yang menjadi punca masalah ini berlaku menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ambil Pengajaran Apa Yang Jadi” – Akaun TikTok Disekat Akibat Video Tular, Reen Rahim Mohon Maaf & Tutup Kes

ARTIKEL BERKAITAN:Video Tak Pernah Bangun Sahur Dikecam, Reen Rahim Hilang 1.6 Juta Pengikut Di TikTok Gara-Gara…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 16 Feb 2018

SAMBUTAN BERBEZA TAHUN INI, ALVIN CHONG RALAT

Anak jati Pulau Pinang ini memberitahu dia akan pulang ke negeri kelahirannya tetapi untuk sehari sahaja.

Hiburan Sun, 3 Jul 2022

Mulakan Kerjaya Sebagai Penyanyi Solo, Wafahish Muncul Dengan Ikatan Kita

Gadis ini merupakan anggota kumpulan Bahiyya Haneesa.

Featured Thu, 4 Aug 2022
Featured Wed, 11 Jan 2023

Syafiq Farhain Sengaja Pancut Air Soya Ke Muka Anak Buah, Netizen Komen: “Sangat Tenang & Kental Kau Dik”

Gelagat penyanyi Syafiq Farhain bergurau bersama anak buahnya meraih perhatian warganet. @syafiqfarhainTb video lama gurau dgn anak buah🤣♬ original sound – Syafiq Farhain Menerusi kemas kini terbaharu di TikTok, Syafiq dengan sengaja menekan kotak air […]

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

Takziah…Kamal Chilok Kembali Ke Rahmatullah

Innalillah wa inna ilaihi roji’un

Trending Sun, 18 Mar 2018

艾莎公主现身暴风雪街头!解救陷入雪地的警车

迪士尼经典动画《冰雪奇缘》(Frozen)的艾莎(Elsa)拥有掌控冰雪的魔力,深受影迷喜爱。不过,美国网友日前直击「艾莎」现身波士顿街头,还撩起裙摆、协助受困警车脱离雪堆,而当时的影片也在网路上爆红疯传。

Hiburan Tue, 29 Oct 2019