Featured By: Salma Syahbuddin December 16, 2022 @ 12:16pm

Yasin Sulaiman Harap PM10 Tambah Baik Undang-Undang Lapuk

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman berharap Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menambah baik undang-undang yang disifatkan sebagai lapuk termasuklah kes melibatkan dadah.

Menurutnya, melihat kepada perjuangan yang dilalui Anwar sebelum bergelar Perdana Menteri amatlah dasyat, justeru dia ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Ke-10 itu dan berharap undang-undang di negara ini akan dapat dijalankan dengan adil.

“Saya rasa belum terlewat untuk saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dan sebelum ini saya mengharapkan 18 Disember ini (Ahad), sempat untuk saya tonton Piala Dunia dan nak raikan tahun baharu. Namun, nampaknya saya kena tunggu Januari nanti,” katanya.

Yasin berkata demikian selepas representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya di tangguhkan pada 11 Januari 2023 di Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Ia selepas hakim Nik Nasimah Nik Mohammad, menetapkan tarikh baharu itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih menunggu keputusan ketiga-tiga representasi berkenaan.

Sementara itu, Yasin memaklumkan dia kini berada dalam keadaan sihat walaupun kelihatan berat badannya semakin susut.

“Memang pegawai-pegawai di sana (penjara) pun ramai yang bertanya sebab saya dah kurus. Bagaimanapun, saya rasa okay.

“Dah jumpa doktor dan dia cakap tak ada masalah. Berat saya dah turun lima kilogram. Saya akan cuba naikkan berat untuk menyenangkan hati pegawai di sana,”jelasnya.

Tambahnya lagi, masalah badan menggeletar yang dihidapinya masih berlaku dan ubat yang diambil juga perlu dipantau bagi memastikan keadaannya baik dan stabil.

“Saya ada menggeletar sikit di dalam penjara. Saya makan ‘lithium carbonate’ dan ia adalah ubat yang perlu sentiasa dipantau. Kena buat ujian darah, toksin dan sebagainya.

“Namun, berada di dalam penjara memang agak susah sikit walaupun kita dah cuba usahakan. Namun, ia bukan masalah besar dan Insya-Allah, saya akan harungi dengan tenang saja,”ujarnya.

Terdahulu, pelantun lagu Mimpi Laila itu bernasib baik apabila terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram.

ia selepas selepas pihak pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan dituduh semula atas pertuduhan baharu yang akan bermula Mac 2023.

 

 

Sumber/ kredit foto: Harian Metro, Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Featured Thu, 20 Jun 2019

Elak kecederaan lutut ketika bersukan, jangan sesekali abaikan rutin memanaskan badan!

Pastikan anda memanaskan badan lima hingga ke 10 minit.

Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

Trending Tue, 15 Oct 2019

Depression Unfortunately Isn’t As Foreign in the K-Pop Industry

Dark side of K-Pop industry with daily weigh-ins, dating bans and cosmetic surgery

Featured Thu, 26 May 2022
Trending Fri, 31 Jan 2020

[VIRAL] Kes Kemaluan Bau Ikan Masin, Pelakon Ini Alami Tekanan Melampau

Semoga yang baik-baik sahaja buat Fairuz dan suami.

Fab Foodies! Tue, 9 Apr 2019

Feel the Tickles When You Feast in The Laughing Fish by Harry Ramsden

Something fishy is going on in Resorts World Genting because people are laughing non-stop!

Trending Tue, 6 Aug 2019

‘Makan Pedas Sampai Meletop’- Cabaran PEDASSS Chick Yun Challenge Myeondong Topokki

Cabaran pedasss chick yun boleh buat perut korang meletop!

Hiburan Sun, 31 Mar 2019