Hiburan By: Salma Syahbuddin December 20, 2017 @ 2:32am

YUNA DAPAT PUJIAN LAGI?

Mana taknya, selain menjadi artis popular baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, itu bukan menjadi satu penghalang buat Yuna untuk membantu mereka yang memerlukan. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia. Dan sikap itu harus diberi pujian!

Yuna yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu tidak keberatan untuk membantu sebuah keluarga yang berasal dari Kedah apabila berhadapan situasi sukar ketika bercuti disana.

Menurut Yuna, kejadian itu bermula apabila rakan baik pada keluarga tersebut yang juga merupakan peminat Yuna, Amirah Saad telah menghantar Direct Message (DM) melalui instagram nya memaklumkan tentang masalah rakannya itu, Tasnim Radzi kerana bapa Tasnim dikhabarkan tiba-tiba rebah dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan. 

Yuna kemudiannya terpanggil untuk menziarahi keluarga itu di hospital dan memuji komuniti masyarakat Malaysia disana yang tidak kedekut untuk menghulurkan bantuan.

“Rasa terharu apabila ada pelajar Malaysia yang menawarkan keluarga ini untuk tinggal di rumah mereka.

“Apa sahaja bentuk bantuan tentunya dihargai, dan saya akan mengemaskini situasi terkini mereka nanti,” tulis Yuna.

Di laman instagram miliknya juga, Yuna telah meninggalkan footer yang meminta agar perkhidmatan Uber dapat membantu keluarga tersebut yang kini berulang-alik ke hospital dengan menggunakan perkhidmatan tersebut.

Penyanyi berdarah manis ini juga tidak ketinggalan meluahkan rasa terharunya terhadap ikatan persahabatan yang ditunjukkan oleh Amirah dan Tasnim.

“Siapa yang akan DM seorang penyanyi untuk meminta bantuan bagi pihak kawannya? Tentunya kawan yang paling baik!”

Malah, dengan tindakan Yuna ini ramai netizen memuji sikap yang telah ditunjukkan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Crush ini kerana menjadi contoh yang baik buat peminatnya. Good Job Yuna!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Stail Hijab Makin ‘Wow’, Neelofa Curi Tumpuan Dunia!

Saya tahu, jika saya mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Atas sebab itu…

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Gambar David-Victoria Lenyapkan Kontroversi Cerai

Walau bagaimanapun, selepas tiga hari pertunjukan Minggu Fesyen Paris itu berlangsung, bekas anggota kumpulan Spice Girls ini memuat naik gambarnya bersama suami, David Beckham.

Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Joe Jackson Meninggal Dunia

Wakil keluarga Jackson iaitu Carlos Reyes memberitahu Joe meninggal dunia disebabkan penyakit kanser pankreas pada tahap akhir.

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

萧敬腾「娱乐先生」世界巡演 7 月登入大马

「金曲歌王」萧敬腾确定今年 7 月来马开唱!

Hiburan Thu, 4 Apr 2024
Hiburan Mon, 20 Aug 2018

首部登国家剧院三语舞台剧《最后国土》

配合马来西亚即将迎来61周年国庆,国家剧院首次让一部讲述中国移民的三语舞台剧登场,相信会引起大家的哄动之际,也会让人看到了国家剧院的一番新形象。