Featured By: Fatin Nurain December 7, 2022 @ 5:07pm

Yura Yunita Bakal Adakan Konsert Di Malaysia 2 Februari Ini

Penyanyi Indonesia Yura Yuni bakal adakan konsert di Malaysia anjuran Renjana Idea, pada 2 Februari ini.

Konsert yang dinamakan Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur ini bakal diadakab di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut Aliya Arisya Anuar selaku penganjur, pihaknya sangat berbesar hati untuk membawa Yura ke Malaysia kerana mahu berkongsi bahagia.

Malah, mereka percaya akan magis yang ada pada wanita hebat kelahiran Bandung ini mampu memukau peminat untuk menghadiri konsert ini.

“Karya karya Yura mempunyai statement yang kuat dan selalu berbicara tentang semangat mahupun inspirasi dalam kehidupan.

“Ia banyak menyentuh tentang kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita semua perlu kuat percaya diri.

“Lagu lagunya seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia, Tutur Batin antara bukti betapa karya Yura sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Dan kerana itulah Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam Pertunjukan Tutur Batin,” katanya.

Selain itu, Yura juga menyatakan dia tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu peminatnya di sini, biarpun sudah lama dilamar oleh pihak penganjur.

“Lamaran ini tidak harus dilepaskan. Sejak dari album pertama sehingga Merakit dan kini Tutur Batin, ada banyak momen yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya karya yang terhasil.

“Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi ruang intimasi saya dan peminat berbagi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh liku tetapi tidak pernah patah semangat juang,” katanya.

Sedikit maklumat, Yura merupakan salah seorang anak didik mendiang Glenn Fredly dan terkenal menerusi lagu Balada Sirkus, pada 2014.

Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur di laman web goliveasia.com yang telah mula dijual pada 5 Disember yang lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

One FM William辛伟廉终于「搵到佢」Adrian李文杰

One FM DJ William辛伟廉日前通过《Happy Hour》节目中宣布Adrian李文杰即将加入One FM成为他的节目新拍档!

Hiburan Fri, 10 May 2019

Peminat Sebak Dengar Kolaborasi Raihan-Alif Satar Dalam ‘Sesungguhnya 2019’

Alhamdulillah abang-abang Raihan atas peluang ini. Akan saya ingat sampai bila-bila…

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Pentas Macam Pelamin Kahwin, Sufian Suhaimi Nafi Sindir Sesiapa

Mana ada perli lah, Pian menghayati lagu je pun, sebab tu lah…

Trending Fri, 12 Feb 2021

KPM Bakal Perkenalkan Saluran Khusus TV Pendidikan Melalui DidikTV KPM

Bermula 17 Februari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan pelancaran DidikTV

Trending Tue, 6 Jul 2021

Beri Makanan, Susu & Lampin Pakai Buang, Kehamilan Tak Halang Ayda Jebat Hulur Bantuan

Biarpun sedang sarat hamil, penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat tidak terkecuali untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, bersama ahli keluarganya memberikan bantuan untuk mereka

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Panas! Farid Kamil Bongkar Dua Wajah Suspek

” Saya mengaku tidak mengenali dua individu tersebut secara peribadi melainkan mengetahui kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air,” katanya.

Hiburan Sun, 17 Mar 2019

| Live TV