Hiburan By: SGMS Faida March 15, 2019 @ 4:32pm

Yura Yunita Terkejut Dapat Kongsi Pentas Dengan Idola

Penyanyi Indonesia, Yura Yunita mengaku tidak sabar untuk membuat persembahan di konsert Siti Nurhaliza On Tour yang bakal berlangsung esok.

Kata wanita kelahiran Bandung yang ditemui di majlis sidang media di Alila Bangsar hari ini, beliau bagaikan bermimpi dapat membuat persembahan pembukaan di konsert idolanya sejak dahulu lagi.

“ Sejak sebelum bergelar artis saya amat kagum dengan karya Datuk Seri Siti Nurhaliza. Malah personalitinya yang sederhana biarpun namanya cukup gah turut memikat hati saya.

“ Apabila diberi peluang untuk membuat persembahan di konsert beliau, sudah tentu saya amat gembira. Dalam masa sama, saya dapat mengenali pendengar lagu-lagu saya di sini,” kata Yura ceria.

Yura yang tampil dengan album kedua berjudul ‘Merakit’ pada tahun lalu memberitahu ini merupakan kunjungan keduanya ke Malaysia.

“ Saya pernah ke sini pada tahun 2014 ketika mempromosikan album pertama Cinta & Rahsia yang memperkenalkan nama saya di Indonesia dan juga di negara ini.

“ Menerusi lagu itu juga, saya sering menerima kiriman direct message oleh pengikut dari Malaysia di Instagram. Saya senang sekali dapat menghasilkan karya yang menapati selera pendengar di sini,” katanya.

Tambah Yura, beliau akan menyanyikan dua lagu hits di konsert Siti Nurhaliza On Tour iaitu Cinta & Rahsia dan Buka Hati.

Wartawan: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

Anthony Loke Menyamar Lagi.. Kali Ini Tinjau Situasi KTM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyamar sebagai penumpang biasa bagi meneliti dan memeriksa sendiri keadaan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), semalam. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Loke menaiki

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

#SFMM33: Buat Kejutan, Penonton ‘Ternganga’ Tengok Syamel Menari

Kemunculan penyanyi berusia 25 tahun itu mendapat tepukan gemuruh semalam apabila dilihat mempamerkan persembahan luar biasa.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Tue, 28 Feb 2023

Jasper Supayah Lega Watak Gedik Menjadi

Jasper Supayah puas hati

Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempoi Layan Pengamal Media, Anwar Ibrahim Ajak Pergi Kelantan Lawat Mangsa Banjir

@jason.yew Siapa nak ikut? PM bergerak ke Kelantan selepas sidang media #kerajaanperpaduan #DemiPertiwi #DSAIPM10 #anwaribrahim #banjir2022 #foryou ♬ original sound – JASON Update Tular sebuah video memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempoi

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Thu, 15 Nov 2018
Featured Fri, 1 Oct 2021

Penjawat Awam Wajib Lengkap Vaksin Sebelum 1 November, Berdepan Tindakan Tatatertib

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mewajibkan  semua penjawat awam mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi itu sebelum 1 November ini. Menerusi satu kenyataan rasmi JPA, setakat ini seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam

| Live TV