Yusof Haslam & Isteri Hadir Majlis Pelancaran Buku Menantu – “Bertuah Puteri Sarah Dapat Mertua Baik”

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana telah melancarkan buku berjudul ‘Puteri Sarah: Terus Melangkah’ di World Trade Centre Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, ramai tetamu dilihat hadir ke majlis pelancaran buku tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah ibu bapa kepada pelakon Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail turut hadir ke majlis pelancaran menantunya untuk memberi sokongan.

“Hebat Puteri Sarah, bapa mertua dan mak mertua sentiasa support,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@albaihaqi236 Hebat Puteri Sarah, Bapa Mertua dan Mak Mertua sentiasa support. Dibuang terbilang….. #pbakl2023 ♬ original sound – Dj HarrisNugraha

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji betapa bertuahnya Puteri Sarah kerana mendapat ibu dan bapa mertua yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti kepadanya.

“Bertuah Puteri Sarah dapat mertua yang baik dan memahami. Mesti ada kebaikan yang kita taktahu. Hebat disayangi mertua,” ujar netizen.

Nurul Hana