Featured By: Maya Basir September 2, 2022 @ 3:28pm

Zaidi Omar Dedah Rahsia Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Pelakon veteran, Zaidi Omar mendedahkan amalan tidak makan gula dan kerap minum air kosong membantu dirinya untuk kekal sihat dan bertenaga di usia 64 tahun.

Memetik laporan Utusan, dia amat menitikberat soal pemakanan dan tidak minum air manis sejak dahulu lagi.

“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong.

“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis,” katanya.

Selain itu, pelakon ini mementingkan tidur yang cukup dan jarang keluar malam untuk berjumpa kawan.

“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga mengamalkan senaman di gimnasium setiap hari untuk kekal sihat dan aktif.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Featured Wed, 5 Sep 2018

Kylie Jenner Berikan ‘Tour’ Ke Rumah Besarnya, Anda Pasti Akan Rasa Jealous

Haih, sesetengah orang memang bertuah dalam hidup.

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Alami Pendarahan Otak, Seniwati Sharifah Aminah Sudah Sebulan Terlantar Di ICU

Sama- sama kita doakan agar seniwati Sharifah Aminah diberikan kesihatan yang baik seperti sedia-kala. Insya Allah…

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Gordon Ramsay Forced to Eat Bull Penis in Front of Live Audience!

It was a crazy truth or dare game gone wrong.

Events Fri, 30 Nov 2018
Trending Fri, 13 Apr 2018

Dedah Rahsia Terbaru, Penjaga Pintu Menara Trump Terima AS$30,000

Namun menurut laporan akhbar The New Yorker, mereka tidak menemui sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan dibuat Dino Sajudin bahawa Trump ialah bapa kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 29 tahun. Aik, mana satu yang betul ni?

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

| Live TV