Hiburan By: SGMS Faida May 31, 2019 @ 2:24pm

Zara Zya Segan Naik Pentas?

“ Daripada malukan diri, baik tak payah buat,” demikian kata pelakon Zara Zya yang menolak tawaran membuat persembahan menyanyi atas sebab tersendiri.

Pelakon drama Pia ini juga mengaku mempunyai masalah mengingat lirik ketika berada di pentas.

“ Ada banyak tawaran menyanyi, tapi saya tolak sebab memang tak boleh nak buat. Lagi satu, saya ada masalah untuk ingat lirik. Bayangkan kalau ada dua tiga lagu yang perlu dinyanyikan, apa akan terjadi? Daripada saya malukan diri, baik tak payah buat. Saya juga rela tolak daripada nak kena ‘miming’ dan memalukan diri,” kata Zara yang pernah tampil dengan single berjudul ‘Tiada Dendam’.

Zara juga berkongsi pengalaman yang mana dia pernah ‘miming’ di sala sebuah acara di Singapura dan insiden itu membuatkan dia berfikir semula untuk menerima undangan persembahan.

” Persembahan akhirnya ‘kantoi’ sebab muzik dan pergerakan bibir tak sama. Walaupun penonton tak fikir apa-apa, tapi boleh nampak reaksi wajah mereka yang saya ‘miming’. Saya yang jadi janggal,” 

Sementara itu, Zara juga menolak tawaran daripada pihak Muzik Muzik bagi mencalonkan lagu itu.

“Saya pernah menjadi tetamu jemputan program itu. Apabila mereka minta saya calonkan lagu, saya tak nak. Malah, komposer dan penulis lirik pun nak saya masuk.

“Diakui, saya menyanyi sekadar suka-suka dan bukan nak menjadi penyanyi profesional. Suara saya asas saja dan tidaklah sedap mana pun.

“Cuma, sekurang-kurangnya saya ada lagu dan boleh diceritakan pada anak cucu nanti. Saya tak nak berhenti setakat ini saja. Saya memang suka menyanyi,” katanya.- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kunci Tertinggal Dalam Rumah, Fizz Fairuz & Keluarga Tersadai! – “Bersila Dah, Tinggal Ada Cekodok…”

Pelakon Datuk Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia bersama anak-anaknya ‘tersadai’ di luar akibat kunci pintu tertinggal di dalam rumah. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Munafik itu sedang merakam setiap ahli keluarganya yang duduk […]

Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Tue, 21 May 2019

Kalau Jadi BBNU, Siti Nurhaliza Pilih Naim Daniel!

Wow, mesti happy habis kan Naim. Terbaiklah!

Politik Tue, 22 Nov 2022

PRU15: Ketua Polis Negara Mohon Rakyat Tidak Cetuskan Sebarang Provokasi

Ketua Polis Negara mohon rakyat tidak ancam ketenteraman awam

Kes Mahkamah Thu, 16 Nov 2023

33 Tahun Jalani Hukuman Penjara, Pembunuh Along Spoon Dibebaskan Hari Ini

Tolak cuti dan lain-lain, dia dah serve 33 tahun – Peguam Mohd Ya’acob