Cahaya Mata By: Halimey Zamal November 8, 2022 @ 5:39pm

Ziarah Makam Nabi Muhammad, Netizen Sebak Dengar Pesanan Alif Teega Buat Anak

Pesanan personaliti media sosial, Alif Teega kepada anak perempuannya, Khadeejah Hijanah ketika menziarahi makam baginda Rasulullah mengundang hiba netizen.

Lebih mencuri perhatian, pesanan yang dititipkan oleh Alif buat Khadeejah di ruangan kapsyen seakan-akan amanat terakhirnya untuk anak kecil itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Instagram milik Alif, Khadeejah digendong bersamanya untuk menziarahi makam Rasulullah dan anak kecil itu menangis di dalam dakapan Alif kerana takut dengan kehadiran orang ramai.

“Satu masa nanti daddy dah tak ada, Deejah datang sini selalu ya. Bawa daddy dalam doa Deejah. Daddy sentiasa doakan Deejah jadi anak yang baik, solehah, dan manusia berjaya dunia akhirat.

“Masa Deejah dalam video ni, Deejah umur 1 tahun. Deejah tak faham, Deejah cuma boleh sebut ‘Momad’ je. Deejah ziarah Nabi pun nangis-nangis sebab takut dengan orang. Deejah sebut no! no! angan acau! daddy pun tergelak tengok Deejah tau.

“Ini kenangan daddy dengan Deejah masa kecik, daddy syukur dapat dukung Deejah bawa ziarah nabi. Dapat berselawat dengan Deejah. Sebak daddy tengok Deejah sepanjang di Masjid Nabawi ni. Tengok Deejah berjalan, tengok Deejah duduk, tengok Deejah makan ais krim comot, sebab momen-momen macam ni tak tahu lagi bila, agaknya tak dapat dah. Deejah pun makin besar, nanti tak nak dukung-dukung dah,” tulis Alif di ruangan kapsyen.

Alif mengakui dirinya sebak semasa menulis kapsyen tersebut kerana dia memahami buat masa ini anaknya itu masih tidak faham apa yang dimaksudkan.

Alif percaya satu masa nanti pasti anaknya juga memahami dan berharap supaya Deejah mengingati Alif sampai akhir nyawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak mereka dan mendoakan hubungan anak dan ayah itu agar sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

挑礼物送宋慧乔?宋仲基香港逛街被偶遇

2017Mnet亚洲音乐大奖(MAMA)结束后,有网友巧遇宋仲基在中环逛街,难掩兴奋之情的模样让其他粉丝直呼“太幸运了!”

Trending Fri, 9 Aug 2019

Do You Have What It Takes to Take on the #BacaBeritaChallenge?

Got talent? What are you waiting for? Now is the time to let out your long-awaited presenting skills with #BacaBeritaChallenge brought to you by Realme.

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

TWICE Momo Dan SUPER JUNIOR Heechul Disahkan Sedang Hangat Bercinta!

ONCE dan E.L.F approve tak hubungan mereka?

Featured Fri, 10 Jun 2022

Rumah Bonda Saman JKM WPKL, Mohon Rumah Perlindungan Dibuka Semula

Alamak! Bila dah daftar baru lah boleh buka sis….Kena lah ikut prosedur

Trending Fri, 6 Mar 2020
Trending Tue, 30 Jan 2018

Isteri Punca Suami Jadi Anak Derhaka?

Isteri cemburu dengan ibu mertua atau ibu mertua cemburu dengan menantu bukanlah satu perkara yang pelik ketika ini.

| Live TV