Hiburan By: SGMS Faida June 11, 2018 @ 11:04pm

Zizan Bakal Pindah Ke Indonesia?

Wow! Selepas kerjasama pertama dengan produksi milik pelakon ‘papan atas’ di Indonesia, Raffi Ahmad, karier Zizan Razak dilihat bakal menyinar di sana tak lama lagi.

Selepas selesai penggambaran filem Peluang Ke Duda pada Mac lalu, nampaknya Raffi Ahmad kini menawarkan Zizan untuk tinggal di sana.

“ Dia nampak kemampuan saya dan masa depan dalam industri perfileman di sana.

“ Dia juga menawarkan kepada saya untuk menetap di Indonesia kerana ada beberapa perancangan yang disusun untuk saya,” katanya kepada Harian Metro.

Namun pelakon, penyanyi dan pengacara enggan terburu-buru atau tamak dalam membuat keputusan.

“ Saya takut nanti tak mampu nak beri komitmen penuh. Apa pun, saya anggap itu adalah rezeki untuk saya,” katanya.

Zizan juga sentiasa berharap pihak pengurusannya di Malaysia dan produksi milik Raffi boleh menyusun jadual supaya lebih banyak peluang terbuka untuknya.

“Saya sangat berharap jadual saya boleh disusun dengan baik dan saya mendapat lebih banyak peluang untuk beraksi di negara itu.

“Saya anggap diri saya bagai artis baru di Indonesia. Malah, seperti bayi baru, saya kena kerja lebih keras,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Realisasi Konsert Nafas Cinta, Khai Bahar Ubati Kekecewaan Peminat

Konsert sulung penyanyi Khai Bahar yang dijadual berlangsung pada Mac tahun lalu dibatalkan selepas ia tertunda lebih setahun ekoran penularan wabak Covid-19 selain aktiviti persembahan dan konsert tidak dibenarkan sepanjang pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). […]

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Pasangan Selebriti Terkenal Indonesia Bertunang Esok!

Mahu lebih ‘intim’ jadi hanya yang terdekat sahaja bakal berada di sana.

Hiburan Sun, 10 Mar 2019

Suami Syahrini Bukti Dirinya Seorang Lelaki Yang Romantik!

Sebelum ini, Reino juga menyifatkan Syahrini amat istimewa kerana wanita itu mengajarnya erti cinta sebenar.