Hiburan By: Del14 December 20, 2019 @ 10:34am

Zizan Razak Masuk Hospital, Mangsa Terbaru Influenza A

Selepas Neelofa dan Ismail Izzani…kini giliran pelakon dan pelawak, Zizan Razak pula dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat terkena jangkitan virus Influenza A. 

Baca: Neelofa Terkena Jangkitan Influenza A?

Baca: Sah! Neelofa Mengaku Dijangkiti Influenza A

Perkara itu dikongsikan oleh Zizan menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya. 

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualaikum dan maaf untuk lama tidak update dimedia sosial. Cuma ingin memberitahu pada semua yang mengenal Zizan. Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A. Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM. Tapi sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan. Jadi nasihat Zizan pada semua berhati hatilah bila ketempat awam. Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak nampak. Kalau terlupa bawak topeng pinjam je boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera. Dan Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza samada A atau B bergantung kepada kecermelangan anda. Dan doakan Zizan cepat sembuh ya. Dan terima kasih kepada yang kasi bunga serta buah dan yang mendoakan buat Zizan. I love u guys. #zizanrazak #polisevo3

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

 

Walaupun sakit, Zizan masih boleh membuat lawak apabila mengatakan sekurang-kurangnya dia masih mendapat A dalam pengalaman kehidupan walaupun bukan 9A seperti keputusan peperiksaan!

Memetik laporan BH Online, Zizan yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengatakan pada mulanya dia mengalami gatal tekak dan selsema yang disangkakan tidak serius. 

Namun, masalah gatal tekaknya berpanjangan lalu dia ke klinik untuk menerima suntikan untuk melegakan ketidakselesaan yang dihadapinya sebelum simptom menjadi bertambah teruk apabila dia demam. 

“Saya mengalami simptom itu ketika di set penggambaran Polis Evo 3. Pada mulanya, saya sangkakan ia hanya gatal tekak biasa dan tidak sangka menjadi semakin serius. 

“Selepas mendapat suntikan di klinik, keadaan saya menjadi semakin teruk. Jadi, saya sekali lagi ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ketika itu, suhu badan sudah mencecah 40 darjah celcius. 

“Saya segera meminta doktor merujuk ke hospital.  Mereka mendapati platlet darah saya turun dan mengesahkan saya mengalami jangkita virus. 

“Ujian Influenza pula menunjukkan keputusan positif,” kata Zizan. 

Memandangkan virus ini senang untuk menular dan berjangkit, Zizan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati terutama sekali apabila berada di tempat awam dan jangan ambil mudah jika badan rasa kurang sihat dan menunjukkan simptom-simptom jangkitan. 

“Tolong berhati-hati apabila keluar di tempat awam.  Kalau boleh pakai topeng atau ambil vaksin sebagai langkah pencegahan awal. 

“Ini bukan demam biasa. Sebelum ini, Neelofa dan Ismail Izzani pernah diserang virus yang sama dan terbaru, Mawar Rashid serta anaknya turut mendapat jangkitan virus ini.  Jadi, tolong jangan ambil mudah,” katanya lagi. 

Kredit Foto: Instagram @zizanrazak869

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Featured Tue, 14 Nov 2023

Sejak Masuk Penjara, Siti Bainun Makin Slim… Turun 60 Kilogram Dalam Masa 6 Bulan

Susut betul Siti Bainun 6 bulan duduk penjara kan?😉

Featured Tue, 26 Mar 2024

Neelofa Dikritik Tiada Empati, Netizen Mohon ‘Validate’ Perasaan & Kesedihan Pemanggil

Ops! Ramai juga yang kecam minta Lofa faham perasaan caller 🙄🔥

Events Sun, 27 Oct 2019

Jangan Lupa Saksikan 10 Protege Mentor Milenia 2019 Berentap Malam Ini!

Jangan ketinggalan UNDI protege kegemaran korang malam ini, 9 Malam guys!

Featured Fri, 9 Jul 2021

Selangor Dijangka Masuk Fasa 2 PPN September Ini

Kerajaan Selangor menjangkakan negeri berkenaan akan memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada September ini. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di beberapa daerah di Selangor adalah […]

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

创作精灵白安《1990s》马来西亚宣传

相隔好一段时间没来马来西亚宣传的白安终于带着她的第三张创作专辑《1990s》来马宣传啦!

Featured Fri, 11 Nov 2022

“Muka Dia Berkilat Betul…” – Gementar Nyanyi Live, Netizen Puji Rupa Paras Chombi

Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam, 15, tular di internet, bahkan pemilik suara itu sekarang turut menjadi tumpuan ramai. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna […]