Zoey Rahman Jawab Isu Permainkan Perasaan Seorang Wanita OKU – “Saya Terkejut Sebab Terlalu Drastik Sangat…”

“Bukan, saya hanya sekadar membantu,” tegas pelakon dan pengacara Zoey Rahman selepas didakwa mempermainkan perasaan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU), pada tahun lalu.

Menurut Zoey, dakwaan tersebut mula tercetus apabila dia dan wanita OKU yang bernama Mass Factor itu kelihatan kerap membuat live bersama di aplikasi TikTok.

Mengakui senang mencipta keserasian bersama, Zoey tidak sangka wanita itu mula meluahkan perasaan suka terhadapnya.

“Disebabkan keadaan mereka macam tu saya nak bagi mereka peluang sebab dia suka make up. Kebetulan saya jumpa dia (Mass), kadang dia masuk live saya dan saya masuk live dia.

”Jadi kami ada chemistry sebab kami boleh buat lawak sampai pagi dan kami happy dapat sambutan. Lepastu timbul isu lain pula, isu dalaman dan lebih kepada peribadi.

“Jadi saya cakap kat dia yang kami sekadar kawan je tapi dia nak lebih dari itu. Kita baru seminggu ni kenal kat media sosial.

“Jumpa pun tak lagi, macam mana nak bercinta. Dia okay lepas tu dia block unblock saya. Tapi sekarang kami dah okay balik,” katanya.

Dalam pada itu, Zoey turut menyatakan niatnya hanya mahu membantu Mass untuk menjana pendapatan dengan menjadi ‘affiliate’ kerana yakin golongan sepertinya juga mampu menjadi jutawan sekiranya bersungguh-sungguh.

Zoey bagaimana pun mengakui dirinya juga terkejut apabila perkara itu berlaku dan akan lebih berhati-hati.

“Saya terkejut juga sebab drastik sangat. Ada orang cakap salah saya sebab saya memberi harapan sangat. Tapi memang diri saya macam ni takkan saya nak bersikap kurang ajar kan.

“Tapi kalau nak kata silap saya, saya akuilah silap saya. Lain kali saya hanya buat santai dan biasa sahaja. Takda macam nak manja-manja sangat dah.

”Saya dah tahu keadaan macam mana saya buat relax je dan tak melenting ke apa. Kadang-kadang netizen yang jadi batu api,” jelasnya.

 

Fatin Nurain