Hiburan By: Attiqah Mohd February 21, 2020 @ 9:20am

“Sejak Ashraf Meninggal, Dia Belum Tidur – Afgan Dedah Kondisi Bunga Citra Lestari

Susulan berita pemergian Ashraf Sinclair, ramai rakan artis dan kenalan terdekat yang turut meluahkan perasaan simpati dan sayu dengan kehilangannya. Tak kurang juga yang terkilan kerana Ashraf merupakan seorang teman yang sangat baik dan pemergiannya berlaku sekelip mata. 

Terbaru, Afgan Syahhreza yang juga kenalan rapat kepada Ashraf Sinclair dan BCL mendedahkan keadaan Bunga sejak kematian Ashraf 2 hari yang lalu.

Menurut penyanyi lagu Terima Kasih Cinta, BCL mengalami kesukaran untuk tidur sejak akhir-akhir ini, kemungkinan masih lagi dalam keadaan terkejut dan berkabung di atas pemergian Ashraf. 

“Dia (BCL) beritahu badannya penat, belum tidur. Tadi BCL tampak lebih baik, sudah boleh berbual. Harap ada doktor yang boleh memantau kesihatannya. Noah juga bertambah baik, sudah mula berbual

Keadaan BCL itu dikongsi selepas Afgan menghadiri majlis tahlil arwah Ashraf di kediaman keluarga itu di Pejaten Barat, Jakarata Barat, malam tadi. Menerusi laman Instagram, Afgan, beliau masih tidak percaya dengan berita pemergian Ashraf kerana beliau baru bertemu arwah dua minggu lalu. 

Majlis tahlil yang berlangsung secara tertutup itu dihadiri ramai selebriti terkenal. Selain Afgan, artis yang datang memberi sokongan kepada BCL adalah Ari Lasso, Marcell, Judika dan ramai lagi. 

Buat BCL, jangan lupa jaga diri dan jaga Noah, kami mendoakan semoga BCL terus kuat menempuhi dugaan ini. 

Kredit: Instagram Afgan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

BTS’s J-HOPE Finally Reveals Member Who Made Cameo in Daydream MV!

J-Hope played a guessing game with fans but now he has revealed the answer.

Events Fri, 24 Aug 2018

Hanya Celup, Cicah Dan Rasai Keseronokkan Dunk & Dip Hanya Di KFC

Rasai kelazatan dan kenikmatan hidangan terbaharu KFC Malaysia pastinya menjilat jari dengan Celup dan Cicah! 

Contest Thu, 25 Jul 2019
Featured Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Thu, 22 Aug 2019

Zul Ariffin Kahwin Tahun Depan?

Saya mahu berkahwin pada tahun depan cuma buat masa sekarang…

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Teater Bangsawan Badang Bakal Di Pentaskan?

Jom pi tengok ramai-ramai!