PayNet merupakan satu-satunya pengendali rangkaian pembayaran runcit kebangsaan di Malaysia. Selain memudahkan urusan rakyat Malaysia dalam proses pembelian barangan tanpa menggunakan tunai atau “cashless”, PayNet turut memainkan peranan penting dalam memperkasa perniagaan milik usahawan sederhana, mikro dan penjaja kecil.

Semua ini dapat dilihat dalam Program I Can See Your Bisnes (ICSYB) oleh PayNet serta peluang transformasi buat peniaga dan pengguna menuju ke arah pembayaran tanpa tunai.

Nak tingkatkan perniagaan dengan “Cashless Makeover”*? Ini peluang anda! Dapatkan insentif RM500 serta kunjungan istimewa Sean Lee ke perusahaan anda.

Nak tahu bagaimana,
skrol bawah

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI DALAM PERNIAGAAN

Urusniaga lebih cekap, cepat dan selamat

  1. Menjimatkan masa, kos operasi dan transaksi urusniaga lebih selamat.

  2. Pelbagai pilihan kaedah pembayaran buat pelanggan menggunakan Kad ATM, e-Wallet atau QR.

  3. Transaksi pembayaran direkod secara automatik dan tersedia dalam talian untuk semakan.

  1. Tidak perlu membawa wang tunai, sekaligus dapat elak daripada risiko kehilangan wang.

  2. Tawaran ganjaran dan pulangan tunai.

  3. Menjimatkan masa - hanya scan, wave atau ‘tap’ je. Resit pembelian juga boleh didapati dengan cepat untuk semakan.

Peniaga-peniaga yang telah memilih untuk bertukar kepada penerimaan bayaran secara tanpa tunai

Mohd Syukri Md Nor,
Pengurus Nor Atikah Songket

“Saya menerima bayaran tanpa tunai MyDebit sebagai alternatif kepada pelanggan yang tidak membawa tunai yang mencukupi. Saya sendiri sukakan cara bayaran melalui kad ATM ni, sebab lebih cepat. Jadi sebagai peniaga, saya faham keperluan pelanggan yang gemar untuk bayar secara cashless.”

Suhaini Liham, 54,
Pengasas Perusahaan Kedai Runcit S Mart Barakah.

“Penerimaan pembayaran tanpa tunai  melalui DuitNow QR jadi pilihan utama saya kerana ia lebih cepat dan sistematik. Menjimatkan masa, saya tidak perlu lagi ke bank setiap hari.”

Noriza Mohamad, 52,
Pengasas Kedai Pekasam.  

“Mula menerima bayaran secara online transfer sejak tahun lepas. Paparan DuitNow QR di kaunter untuk pembayaran sangat membantu saya dalam urusan jual beli. Pelangan memang happy.”

KAEDAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI DI MALAYSIA DIKUASAKAN OLEH PAYNET

Anda sebagai peniaga boleh memilih untuk menerima pembayaran tanpa tunai yang bersesuaian dengan perniagaan anda sama ada melalui kad ATM, QR, MyDebit Tap on-Phone atau kesemuanya sekali. Kaedah ini lebih menjimatkan masa, kos efisien dan lebih rendah berbanding skim antarabangsa.

Transaksi pembayaran kini menjadi lebih mudah dengan adanya DuitNow QR. Peniaga hanya perlu mempamerkan satu kod DuitNow QR untuk menerima bayaran daripada pelanggan melalui mana-mana aplikasi perbankan atau e-wallet. Selain warganegara tempatan, pelancong luar dari Thailand, Indonesia dan Singapura kini juga dapat membuat bayaran dengan hanya imbas DuitNow QR.

Kad ATM MyDebit digunakan dengan cara wave di peranti pembayaran point-of-sale atau memasukkan kad ATM MyDebit bersama nombor PIN peribadi pengguna. Ia memudahkan, pantas dan meluaskan cara bayaran untuk perniagaan anda!

Kos lebih rendah. Caj Merchant Discount Rate (MDR) adalah lebih rendah berbanding skim antarabangsa

MyDebit Tap on Phone membolehkan anda menggunakan peranti Android untuk urusan menerima pembayaran melalui kad ATM MyDebit. Janji ada pelan data, anda boleh memulakan perniagaan dengan pembayaran tanpa tunai.

IMBAS QR

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Urusniaga Tanpa Tunai.

Muat Turun Kit Permulaan

VIDEO terkini

Saksikan Sean Lee bersama rakan-rakan selebriti berkongsi pengalaman berurusan dengan peniaga-peniaga tempatan yang menawarkan pembayaran tanpa tunai

TINGKATKAN PERNIAGAAN ANDA DENGAN MENYERTAI TRANSFORMASI CASHLESS

Klik di sini

KEDAI FAVOURITE ANDA BELUM CASHLESS? CALONKAN MEREKA SEKARANG

Klik di sini

*Penafian:

“Cashless Makeover”* adalah satu inisiatif baucar tunai untuk membantu peniaga dalam transisi perniagaan dan mempromosi pembayaran tanpa tunai kepada pelanggan