Mulai 30 Ogos Setiap Ahad 9 Malam Di
Strim Live Di



Penaja Utama
Rakan Penaja
Rakan Radio
Rakan Digital

Host

Ain Edruce
Fad Bocey
Amy Mastura
Boss Susu

Legenda

Episod Terkini

XTRA Trending

Undi

Seorang pengguna hanya dibenarkan mengundi SEKALI sahaja setiap hari.

Jika anda ingin mendapatkan 1 undian tambahan, kongsikan pengundian yang dilakukan di media sosial masing-masing.

1 undian tambahan jika anda menonton keseluruhan iklan Farm Fresh.

PEMENANG MINGGUAN UNDIAN PILIHAN PEMINAT

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

Episod 5

Episod 6

Terma & Syarat

  1. Undian atas talian rancangan ‘Immortal Songs’ ini tidak terikat dengan format asal rancangan yang ditayangkan di televisyen.
  2. Juara mingguan dinobat berdasarkan pengundian atas talian menerusi portal ini.
  3. Pengundian pemenang akan dibuka setiap hari Ahad bermula dari jam 9.00 malam sehingga hari Jumaat jam 11.59 malam pada setiap episod mingguan.
  4. Seorang pengguna hanya dibenarkan mengundi SEKALI sahaja setiap hari.
  5. Jika anda ingin mendapatkan undian tambahan, sila lakukan langkah-langkah berikut:
    a) Kongsikan pengundian yang dilakukan di media sosial masing-masing - 1 undi
    b) Tonton keseluruhan iklan Farm Fresh - 1 undi
  6. Dalam sehari, para pengundi boleh mengundi sebanyak maksimum tiga kali sekiranya anda memenuhi langkah-langkah di atas.
  7. Segala undian yang dilakukan adalah muktamad
  8. Persembahan penyanyi yang memperolehi undian tertinggi akan mendapat bekalan susu dari Farm Fresh selama 6 bulan untuk disumbangkan kepada badan amal pilihan mereka di Malaysia

Video Persembahan Penuh

Saksikan persembahan penuh penyanyi setiap minggu khas buat anda semua. Dalam setiap episod, seorang ikon legenda serta enam penyanyi terkemuka tanah air yang datang dari pelbagai latar belakang dan genre muzik akan membuat penampilan di dalam rancangan ini.

Jangan lupa untuk UNDI persembahan terbaik anda setiap Ahad jam 1030 malam sehingga hari Jumaat 11:59 malam.

Episod 7

Episod 6

Episod 5

Episod 4

Episod 3

Episod 2

Episod 1

Info Program

Rancangan hiburan 'Immortal Songs' ini diadaptasi dari ‘Korean Broadcasting System (KBS)’. Dalam setiap episod, seorang ikon lagenda serta enam penyanyi terkemuka tanah air yang datang dari pelbagai latar belakang dan genre muzik akan membuat penampilan di dalam rancangan ini. Enam penyanyi tersebut akan berentap antara satu sama lain menerusi persembahan dalam versi yang tersendiri menyanyikan semula lagu ikon legenda tersebut.

Di samping itu, sebelum membuat persembahan, para penyanyi akan memperkenalkan diri serta ditemubual oleh tiga orang hos di ‘Farm Fresh Lounge’. Turutan persembahan akan ditentukan secara rawak di pentas utama di mana ianya akan diputuskan melalui undian yang bakal dicabut hos pentas utama menerusi cabutan bola yang mengandungi nama penyanyi. Persembahan para penyanyi akan dinilai oleh lapan orang juri dari kalangan pihak media selepas setiap persembahan. Skor maksimum bagi setiap persembahan adalah sebanyak 800 mata. Penyanyi yang berjaya mendapat skor tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang dalam setiap episod.

Tentang Kami

Farm Fresh TVC

Impian Pengasas Farm Fresh

Sejak kecil lagi dan sewaktu membesar di sebuah bandar kecil di Perak, Loi Tuan Ee mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pertanian dan alam sekitar.

Menyedari bahawa banyak produk tenusu di Malaysia yang diperbuat daripada susu yang dihasilkan semula atau tepung, beliau mengambil keputusan untuk membeli sebidang tanah kecil di Johor dan mengimport 60 ekor lembu Holstein Jersey dari Australia, dan seterusnya menubuhkan The Holstein Milk Company.

Impian beliau? Menghasilkan tenusu yang segar dan asli secara semula jadi.

Membina Sebuah Legasi

Pada mulanya, beliau mendapati agak sukar untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Lagipun, siapa yang mempercayai jenama tenusu buatan Malaysia? Tetapi, sebuah peruncit utama telah memberikan kepercayaan kepada Farm Fresh.

Akhirnya, impian Loi menjadi kenyataan.

Melangkah ke hadapan

Farm Fresh telah berkembang dengan pantas dan melangkaui jangkaan serta imaginasi Loi. Bagi membantu mengembangkan operasi syarikat, beliau telah mendapatkan bantuan rakan lamanya Azmi Zainal sebagai rakan kongsi dan membawa masuk Khazanah Nasional, agensi pelaburan strategik Kerajaan Malaysia, sebagai pelabur dalam syarikat ini. Kerjasama ini telah menyediakan sebuah asas yang kukuh bagi mencetuskan kejayaan syarikat yang seterusnya.

SUSU SEGAR NOMBOR 1 DI MALAYSIA, KEGEMARAN SEMUA

Hanya 6 tahun selepas penubuhannya, Farm Fresh kini menghasilkan susu segar yang paling mendapat sambutan di Malaysia, manakala produk yogurt dan minuman yogurtnya juga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat berkrim dan dihasilkan oleh jenama tempatan.

KESEGARAN SEMULAJADI

Sepertimana yang dijanjikan pada jenama kami, Farm Fresh bermaksud tenusu yang dihasilkan dan dihantar kepada anda dalam keadaan yang paling segar dan semulajadi.

Tiada bahan pengawet, pewarna atau mana- mana bahan-bahan asing lain ditambah ke dalam produk kami dari saat lembu kami diperah sehinggalah produk tenusu kami tersedia di pasar raya tempatan anda, kesemuanya hanya dalam tempoh 48 jam.

Kami percaya itulah cara Farm Fresh yang sebenar – kesegaran semulajadi.

RANGKAIAN PRODUK SUSU SEGAR

Kami menawarkan susu segar kami yang di pasteur dan yang terdapat dalam pelbagai pilihan, termasuk susu penuh krim dan rendah lemak