Hiburan By: Del14 January 20, 2020 @ 10:30pm

Sasha Pilih Sirhan Sebagai Suami!

Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin (43) sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab (43) dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang dilangsungkan di The Sanctuary, Kuala Lumpur pada jam 9.28 malam tadi. 

Sasha dinikahkan oleh adiknya, pelakon Zain Saidin di hadapan keluarga dan sahabat terdekat di antaranya teman-teman seangkatan di dalam Elite seperti Azza, Wati dan Linda Rafar.

Pada majlis itu, Sasha menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran bernilai RM10,000 beserta tiga dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki berbalas lima dulang dari pihak Sasha sendiri.  

Sirhan yang merupakan duda yang mempunyai dua orang anak dan bekerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di dalam sektor kewangan menjadi pilihan hati Sasha untuk menamatkan status ibu tunggalnya dan akan memulakan hidup baharu di sana selepas perkahwinan mereka. 

Mereka juga mengenali diri masing-masing sejak di bangku sekolah lagi tetapi hanya rapat kira-kira setahun yang lalu. 

Terdahulu, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 dan bercerai pada 2007. 

Kemudian, Sasha menikahi warga Indonesia, Salyo Priyanto dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adam Aryasenna Notosoemarsono (10).  Namun, perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 5 tahun sebelum berpisah.

Setelah 8 tahun memegang status ibu tunggal, hati Sasha kini milik Sirhan. Kami dari team XTRA ingin mengucapkan selamat berbahagia kepada pasangan mempelai sehingga ke Jannah. 

 
 
 
View this post on Instagram

Sah sekali lafaz #sls4ever Tahniah @sashasaidin dan suami ?: @jaydeesm

A post shared by Anugerah Bintang Popular BH (@abpbh_32) on

Kredit Foto: Instagram @lindarafar @abpbh_32

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Penyanyi Korea Seungri (Big Bang) Berdepan Dakwaan Rasuah Seks

Seungri berdepan tuduhan rasuah seks apabila didakwa menawarkan khidmat pelacuran kepada pelabur asing di salah sebuah kelab malam miliknya

Kisah Viral Mon, 31 Oct 2022
Events Wed, 10 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Ingat! Kalau Pasangan Korang Kuat Merajuk, Korang Boleh Try Cara Ni Okay!

Semoga rumahtangga Aeril dan Wawa serta pembaca setia Xtra sentiasa manis yah!

Featured Mon, 7 Nov 2022
Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Dapat Kejutan, Untungnya Jadi Elfira Loy!

Tak sabar nak tengok Elfira jadi ibu!

Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Sat, 24 Dec 2022
Featured Mon, 21 Mar 2022