Events By: Salma Syahbuddin February 21, 2020 @ 8:00am

“Saya Dan Pasukan Akan Memberikan Maklum Balas Segera”- Naim Daniel Bakal Tunjuk Bukti

Nampaknya isu tuntutan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel antara yang menajdi topik hangat dikalangan netizen. Justeru itu, bagi meredakan isu kontroversi ini, pihak pengurusan Naim iaitu World Peace Entertainment  (WPE) mahu pihak Dayana mengemukakan bukti kukuh bahawa lagu Sumpah adalah milik dirinya dan artis dibawah naungannya itu.

Sumber : Google

Lagu adalah hak bersama sekiranya bukti adalah benar

Menurut kenyataan syarikat pengurusan Naim Daniel sejak April tahun lalu, hak cipta lagu Sumpah menjadi milik Naim sebagai penulis lirik, dan gubahan lagu tersebut dihasilkan bersama Omar K. Tetapi, sekiranya bukti yang ditunjukkan oleh pihak Dayana adalah benar dan kukuh, pihak WP Entertainment akan menimbang tuntutan tersebut.

Sumber : Google

“Kami tidak ada masalah menyelesaikan perkara yang dibangkitkan Dayana yang tampil bersama ibunya pada sidang media tersebut. Tetapi mereka perlu kemukakan bukti seperti didakwa dengan cara menghantarnya menerusi e-mel

” Kami kesali kesulitan yang dihadapi pihak Dayana dan keluarga akibat isu hak cipta dan tuntutan seperti yang dinyatakan” menurut kenyataan tersebut.

Pihak Naim Daniel kesal isu ini dibangkitkan semula

 

 
 
 
View this post on Instagram

ANUGERAH JUARA LAGU 34 . Official photographer: @kakifoto_ Assisted by: @aqoimran Live update: @amnanzaki_

A post shared by Muzik Muzik 35 (@muzikmuzik_official) on

Bagaimanapun, pihak WP Entertainment menyangka isu penciptaan lagu antara Naim dan Dayana telahpun selesai pada tahun lalu.

” Kami terkejut apabila isu ini kembali dibangkitkan. Dan kami tegaskan sejak 2019 lagi lagu Sumpah telah menjadi hak mutlak nama-nama yang telah disebutkan tadi” Jelasnya.

Terdahulu, isu ini kembali menajdi ‘panas’ apabila bekas kekasih penyanyi Naim Daniel, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 21, membuat tuntutan meminta mendaftarkan semula lagu yang dinobatkan sebagai Juara Lagu pada #AJL34 lalu sebagai karya bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Sep 2022

“Kaya Tapi Tak Menunjuk, Humble & Bersederhana…” – Netizen Intai Harga Jam Tangan Fazura Cecah RM4 Juta

Seriuslah weii, harga beg dia boleh beli kereta RR syatuuuuuu😱😱😱

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Bekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat

Akhirnya, selesai sudah kes kontroversi melibatkan Serina dan bekas suami

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Featured Sun, 12 Jun 2022
Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Featured Sat, 9 Sep 2023