Karnival Jom Heboh (dahulunya dikenali sebagai Sure Heboh) mula dianjurkan sejak tahun 2003 dan diadakan di seluruh Malaysia.
Karnival ini mengetengahkan pelbagai aktiviti bersifat kekeluargaan, santai dan interaktif meliputi semua lapisan masyarakat Malaysia. Untuk edisi 2022, seramai hampir 1 juta pengunjung telah memeriahkan karnival ini.
Karnival Jom Heboh meraikan ulang tahun ke-20 pada 2023 dan telah diiktiraf sebagai“Longest Running Outdoor Carnival” oleh The Malaysian Books of Records.