Automobile By: SGMS Enal November 25, 2019 @ 10:30am

10 Hak Anda Perlu Tahu Sebelum Kereta Kena Tarik !

Pernah merasa was-was dengan ejen penarik kenderaan? Takut ditipu oleh mereka? Ketahui hak anda sebagai penyewa beli yang perlu dipatuhi oleh penarik kenderaan sebelum menarik kenderaan anda.

Ikuti perkongsian dibawah oleh IPD Rembau Negeri Sembilan untuk elak ditipu tentang prosedur penarikan kereta anda.

PROSEDUR “TARIK KERETA”

Ibu Pejabat Polis Rembau ada menerima aduan masyarakat berkenaan prosedur penarikkan kenderaan (kereta/motosikal) yang menyatakan Pihak Polis turut terlibat serta melindungi dalam aktiviti penarikkan kenderaan yang dijalankan oleh Ejen Penarik kenderaan mewakili Institusi kewangan di sekitar daerah Rembau.

Pihak Polis Rembau  tidak pernah terlibat secara langsung dan berkompromi dengan mana-mana aktiviti penarikkan kenderaan yang dijalankan oleh institusi kewangan.

Kebanyakkan laporan Polis yang dibuat oleh ejen-ejen penarik kenderaan (EPS) yang di lantik oleh pihak institusi kewangan hanya selepas proses penarikkan kenderaan dijalankan.

Laporan Polis yang dibuat oleh ejen penarik kereta adalah bagi menyatakan kesahihan bahawa tindakan yang diambil oleh ejen-ejen yang dilantik oleh Institusi kewangan adalah mengikut prosedur perundangan.

Kenderaan yang dibeli secara “sewa beli” terus menjadikan pembeli sebagai “penyewa” manakala Institusi kewangan adalah “pemunya”.

Mengikut Akta Sewa Beli, Intistusi Kewangan berhak mengambil semula (Tarik) kenderaan tersebut apabila penyewa gagal membayar jumlah ansuran yang telah ditetapkan dalam syarat perjanjian dengan Institusi kewangan.

Ejen Penarik Kenderaan (EPS) perlu membuat permohonan dan pendaftaran dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi (KPDNKK) bagi memperolehi kad kuasa ejen penarikkan kenderaan(EPS).

Hak penyewa beli (masyarakat) yang perlu Ejen penarik kereta (EPS) patuhi sebelum membuat penarikkan kenderaan:

  1. Tidak dibenarkan menarik kenderaan yang berada di kawasan kediaman berpagar.
  2. Tidak dibenarkan menarik kenderaan pada hari cuti umum.
  3. Masa untuk menjalankan penarikkan kenderaan bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam.
  4. Perlu mengemukakan kepada penyewa beli iaitu iaitu surat arahan Tarik dari Institusi kewangan dan perintah Mahkamah sekiranya kenderaan yang hendak ditarik telah membuat bayaran melebihi 75% daripada pinjaman kenderaan.
  5. Ejen Penarik Kenderaan mestilah mempunyai Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.
  6. Perlu bersikap professional.
  7. Penampilan yang kemas dan bersesuaian.
  8. Penggunaan kekerasan sepanjang proses penarikkan adalah tidak dibenarkan.
  9. Hendaklah memberi masa yang cukup kepada penyewa beli untuk mengeluarkan barang peribadi daripada kenderaan yang hendak ditarik.
  10. Selepas kenderaan ditarik hendaklah membuat laporan Polis dengan serta merta bagi maksud kesahihan menjalankan prosedur penarikkan kenderaan.

Selesai proses penarikkan kenderaan dijalankan, penyewa beli boleh mendapatkan semula kenderaan mereka setelah membayar jumlah tunggakan pinjaman, jumlah baki hutang pinjaman dan kos-kos berkaitan penarikkan.

Jika tidak bayar dalam masa 21 hari setelah Notis Jadual Kelima dihantar, pihak Institusi Kewangan berhak menjual kenderaan tersebut melalui kaedah lelongan.

Sebarang permasalahan melibatkan penarikkan kenderaan terutamanya ada perlakuan jenayah, kekasaran, pemerasan duit ataupun pencerobohan premis tanpa izin, pihak penyewa beli (masyarakat) berhak membuat laporan Polis bagi maksud mengambil tindakan Undang-undang keatas penarik kenderaan/Intitusi Kewangan tersebut dan begitu juga sebaliknya.

Sumber: IPD Rembau Negeri Sembilan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 16 Sep 2019
TECH Mon, 5 Nov 2018

5 Cara Pulih Sambungan WiFi Bermasalah Pada PC

Berikut antara beberapa kaedah yang boleh anda cuba untuk mengembalikannya fungsi Sambungan WiFi Pada PC anda.

LIFESTYLE Wed, 9 Jan 2019

Berita Baik Untuk Semua, CJ WOW Shop Kini Boleh Di Tonton Sepanjang Hari!

Beli belah anda di rumah lebih mudah dengan CJ WOW SHOP hanya disaluran ntv7 dan TV9!

TECH Wed, 3 Jan 2018

9 Langkah Mudah Mengatasi Telefon Pintar terkena Air

Tips yang betul kalau telefon pintar anda terkena air

LIFESTYLE Tue, 17 Sep 2019

Antara Masalah Kesihatan Akibat Jerebu!

Jerebu boleh mengakibatkan penyakit lebih risiko dan yang tidak pernah mengalaminya bakal alami

Automobile Mon, 26 Nov 2018

汽车隔热膜更新标准!新法案月底呈交国会

继全面禁止改装 HID 氙气灯后,交通部如今又有新动作:

TECH Sun, 10 Jun 2018

Jadikan Whatsapp Anda Sebagai Carian Wikipedia

Berikut kami kongsikan salah satu fungsi yang mana anda boleh jadikan Whatsapp sebagai ejen carian maklumat Wiki.

TECH Mon, 22 Oct 2018

光鲜亮丽背后「累垮」YouTuber的最后一根稻草

如果要用一个词来形容YouTuber,你会先想到哪个词呢? YouTuber很疯狂、很有趣、很闹、很有创意、看完YouTube觉得长知识⋯⋯?如果反问YouTuber这个问题,他们可能会说自己过劳。

Automobile Wed, 21 Feb 2018

轮胎沟槽卡到小石头需要清理吗?

相信有开车的网友们,每次在路经碎石的路段后,时不时会出现小石头卡到轮胎沟槽内的现象,问题来了到底需要清理吗?会对行车安全造成影响吗?

TECH Thu, 3 Jan 2019

Cara Download File Torrent di Android

Kepada yang suka menonton movie dan ingin download movie anda boleh ikuti cara-cara ini

error: Content is protected !!