LIFESTYLE By: SGMS Enal December 25, 2017 @ 3:14am

10 Perkara Penting Untuk Kawal Nafsu Makan Anda

Macam yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang bernama Jazli Hassan ini, malah dia juga tidak keberatan untuk berkongsi tips yang diamalkan olehnya.

Nak tahu tipsnya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Hye semua, perjalanan dari 183 kilogram (kg) ke 78 kg, saiz 6 XL UK ke saiz M , saiz pingang 60 inchi ke 34 inchi.

Saya berbesar hati saya sharekan “10 TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN”. Mudah-mudahan sedikit pengalaman dan perkongsian saya berikan kebaikan pada semua. Saya izinkan di kongsikan.

1) Otak adalah kunci segalanya.

Ramai tak mampu mengawal nafsu makan sebab otak dah setting pantang nampak sedap pasti nak makan. Mula nak merasa akhirnya habis satu periuk. Cuba bertenang, jangan gopoh buat keputusan. Fikir masa depan. Kesedapan makanan depan mata anda lihat tak menjamin apa-apa pada anda kecuali kenyang. Tapi kalau kita kuat itulah bezakan kita dari yang lain. Muhasabah diri sikit.

2) Baca doa makan biar khusyuk.

Jangan tipu saya antara 10 orang hanya 3 orang sahaja baca doa makan dengan penuh penghayatan. Yang lain baca Bismillah terus masuk mulut. Ada sebab tuhan utamakan doa dulu sebelum makan untuk elakkan kita tergoda nafsu makan yang tak mampu di ramal. Doa juga ibarat kita muhasabah diri ketika makan. Cuba pratikkan selama sebulan kesannya akan anda lihat..Percayalah.

3) Makan buah dulu.

Ramai telah terpesong makan buah adalah desert katanya selepas makan. Sebenar peranan makan buah dulu ada untuk kebaikan sistem penghadaman anda sekaligus dapat mengurangkan rasa lapar yang tinggi, mempercepatkan kenyang serta dapat mengawal nafsu makan anda. Tapi kesilapan kita banyak pandang lauk-lauk sedap dulu dari melihat buah-buahan.

4) Minum air sebelum atau selepas makan.

Kebanyakkan kesilapan yang banyak orang buat makan bersulam minum, kalau boleh elakkan kecuali dalam situasi-situasi tertentu yang perlukan kita minum di bolehkan. Sebab bila kita makan sambil minum kita rasa makan kita tak puas. Sebab sistem pemghadaman kita tak dapat melakukan kerja dengan sempurna.

5) Kunyah secara perlahan.

Haaa, jangan gopoh ketika makan sesuatu makanan. Cuba nikmati makanan dengan penuh penghayatan ketika masuk mulut, tapi makanan berkhasiat la bukan yang tak sihat. Bila kita kunyah secara perlahan enzime ketika mengunyah dapat berfungsi dengan betul. Tu kadang-kadang makan sedikit kita dah kenyang sebab kita menghayati saat ketika makan dengan sempurna.

6) Makan sedikit tapi kerap.

Pastikan anda mengambil 5 hidangan setiap hari iaitu sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan dinner. Kalau lapar sangat baru supper sedikit. Bila kita kerapkan makan dan kurangkan kuantiti jumlah sesuatu hidangan kita dapat mengelakkan rasa kelaparan terlampau yang merangsang nafsu makan kita membuak-buak.

7) Elakkan dan latih diri iklan makanan.

Jangan racun minda kita dan mudah terpedaya dengan iklan makan yang di post di facebookatau medium-medium lain. Bila banyak kali kita di racuni minda dengan makanan maka ia akan meransang nafsu makan kita membuak buak. Jangan terpedaya dan mulakan disiplin diri anda untuk lawan nafsu makan.

8) Anggap dah pernah makan banyak kali.

Dah bertahun-tahun kita makan macam-macam berikan peluang diri kita pantang dengan makan. Dulu pantang jumpa terus makan. Last, 10 tahun kita masih gagal kawal nafsu makan kita.

9) Tumpu perhatian ketika makan.

Bila time makan fokus untuk makan. Jangan main handphone, tangkap gambar sibuk updalam facebookTime tengah suap itulah kita balas WhatsApp. Semua ini menyebabkan kita tak puas makan. Pada masa inilah semua kita nak makan sebab kita tak menghayati saat makan betul-betul. Ini akan merangsang otak hantar input makan yang meransang nafsu makan kita.

10) Kurangkan stress.

Cuba elakkan diri stress terlampau. Inilah punca kita nak makan nak makan dan terus makan. Memang kita rasa tak stress tapi kita sebenarnya dalam keadaan stress. Sebab kita balas stress kita dekat makanan tu bila pantang jumpa benda sedap kita makan. Pastu timbul rasa menyesal, belajar kawal stress.

Terima kasih kerana membaca, ini di tulis adalah berdasarkan pengalaman saya dan setiap cerita saya lalui. Sila sharekan untuk tujuan kesedaran obesiti di Malaysia.

Sumber : Jazli Hassan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 23 Jan 2019

一样都不能少!四大传统年饼食谱

说到过年,撇开团聚、红包和送礼外,脑子是不是也闪过「减肥」的念头呢?琳瑯滿目的年饼总是让人停不了口……

Fab Foodies! Mon, 9 Jul 2018

全新KFC「MAD MEX TWISTER」五彩缤纷的墨西哥风味

大马KFC隆重推介全新KFC Mad Mex Twister,将在时限内以色彩缤纷的墨西哥风味「玩转」KFC Twister,展开一场充满活力的墨西哥式冒险。

Fab Foodies! Wed, 19 Sep 2018

Pahit TAPI Peria Boleh Panjangkan Umur?

Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.

LIFESTYLE Wed, 12 Dec 2018

每天起床都超痛苦?有这5症状代表你该换工作了

无止境的加班?信箱总是有无止境的未读信件?一到家马上睡趴?先想想自己在这样的情况之下有多久了,是否已经干扰到你的日常生活了?

Events Mon, 9 Sep 2019

Get Inside KLFW 2019 Exclusive Collection By Ezuwan Ismail And Alia B, These Are Our Top 5 Favourite Looks

It was all about edgy prints and fairytales fantasy with these two local designers.

LIFESTYLE Thu, 18 Oct 2018
LIFESTYLE Tue, 19 Mar 2019
LIFESTYLE Wed, 4 Sep 2019

”Toilet Newspaper/Handphone Syndrom” Punca Buasir Terhasil?

Syndrom apakah ini ? ”Toilet Newspaper/Handphone Syndrom” 

LIFESTYLE Thu, 4 Jul 2019

IMAGINATRICKS杂技大汇演!让人肾上腺素飙升的演出

IMAGINATRICKS杂技大汇演!一场不但结合了视觉及音乐元素,更是齐聚了世界级最优秀的杂技员、运动员及技术精湛高超的表演者,震撼人心的演出肯定让您看得目瞪口呆。

Events Mon, 2 Sep 2019

Elianto Perkenal ‘Use, Share & Earn’

Ahli akan menikmati rebat minimum 10% serta faedah lain setelah menjadi ahli EMU.