LIFESTYLE By: SGMS Faida June 20, 2018 @ 6:43am

Pakai Shampoo Mahal Tapi Rambut Tetap ‘Sedih’, Apa Perlu Korang Buat?

Sama ada korang berhijab atau tidak, penjagaan rambut adalah penting! Harus tahu beberapa faktor yang membuatkan rambut gugur sebelum waktu. Jangan salahkan produk jika penjagaan rambut tidak tepat ya.

1. Ambil Tahu Jenis Rambut

Rambut kering, cari shampoo yang bersesuaian. Bukan shampoo untuk masalah rambut berminyak pula. Harus spesifik dan ambil tahun jenis rambut, bukan hentam kromo saja.
 
 2. Lebihkan pengambilan air masak

Tentu anda dah dengar fasal minum air lebih dari yang sepatutnya tetapi minum airlah yang dapat menyuburkan rambut. Secara tidak langsung ia melembapkan akar rambut dan memberikan sinar pada setiap helaian.
 
3. Menggunakan produk yang salah

Apabila tidak memahami jenis rambut, muncul pula masalah menggunakan produk yang tidak sesuai dengan rambut yang dimiliki ini. Ramai juga yang terperangkap dengan periklanan yang mendorong anda untuk mencubanya kerana menjanjikan rambut ikal berkilauan tanpa menghiraukan kesesuaiannya.
 
4. Sikat secara perlahan dan lembut

Menyikat rambut kusut sebenarnya menyumbang kepada keguguran rambut. Sebaiknya cuba sikat ketika rambut basah terutama bagi rambut yang kerinting.
 
5. Terlalu banyak produk

Asal nampak model berambut cantik di kaca TV terus berminat nak beli shampoo. Sampaikan berpuluh-puluh produk atas meja. Awas ya, ada shampoo yang mengandungi bahan kimia bakal merosakkan lagi tekstur rambut.
 
6. Tak jaga langsung

Ada juga yang tidak hiraukan penjagaan rambut pula kerana sikap sambil lewa seperti guna saja syampu yang ada depan mata dan tak payah keringkan rambut atau menyisir kemas rambut yang dibiarkan kusut masai antara penyumbang rambut mudah rosak.
 
Dapatkan nasihat dari pendandan yang betul-betul pakar dan ikhlas mengenai pendapatnya dan bukan sekadar menjual produk salun yang boleh mencecah ratusan ringgit!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Nov 2022

Tak Sampai 24 Jam Tular, Ebit Lew Hadiahkan Kereta Pada Ibu Tunggal & Anak OKU -“Ya Allah.. Anak Rezeki Kita..”

Alhamdulillah, terima kasih Ustaz Ebit Lew. Semoga Allah permudah segala urusan Puan Azimah dan anaknya ❤️

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘Ku Bersuara’ Rungkai Kisah Sebenar Hidup Ernie Zakri

Lebih istimewa, lirik lagu Ku Bersuara merupakan tulisan sahabat baiknya, Syamel bersama Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

Featured Mon, 29 Jan 2024
Hiburan Wed, 14 Sep 2022