Automobile By: Ad Ops April 29, 2018 @ 1:00am

4 Aplikasi Edit Gambar Yang Selalu Digunakan Artis Kpop!

Pastinya anda diluar sana sedang kemaruk dan menggilai artis-artis korea atau popular dengan panggilan K-POP kan? Adakah anda pernah melihat instagram artis kegemaran korang? Nampaknya, gambar-gambar mereka cantik dan sedap je mata memandang kan? Sebenarnya, terdapat aplikasi yang sering digunakan oleh mereka untuk mengedit gambar mereka agar kelihatan lebih menarik. Jadi, apa tunggu lagi, kami akan kongsikan antara 4 aplikasi mengedit gambar yang selalu digunakan oleh artis Kpop kegemaran korang!

1. Analog Film Paris

Aplikasi ini akan memberikan effect yang lebih cerah dan terang namun tetap kelihatan natural jika dilihat menerusi gambar anda. Artis kpop sering menggunakan aplikasi ini untuk memberikan filter pinkish di dalam gambar mereka!  Namun, buat masa sekarang aplikasi ini adalah berbayar dan hanya terdapat di aps store iOS.

2. Snow Camera

Aplikasi ini sama seperti Snapchat tetapi ianya versi Korea! Annyeonghaseyo! Bezanya, aplikasi ini mempunyai effect yang lebih banyak bersama sticker yang menarik. Anda boleh muat turun aplikasi ini di android dan juga iOS.

3. Foodie

Pasti ada diantara korang yang dikategorikan sebagai gila apabila tiba waktu makanan sampai didepan mata kan? Haa, bagi yang suka menangkap gambar makanan dan muatnaik nya di instagram,  inilah rahsianya! aplikasi yang dipanggil Foodie ini sangat sesuai untuk anda! Filter yang ada boleh membuatkan gambar makanan anda lebih menarik dan tempting! Pasti followers korang akan terliur melihat gambar korang nanti.

4. Gudak Cam

Gudak Cam merupakan salah satu aplikasi yang agak hot sekarang ni! Ramai artis kpop yang menggunakan aplikasi ini untuk memberi sentuhan yang lagi vass pada gambar mereka. Gudak Cam ni akan membuatkan gambar anda seperti gambar lama yang menggunakan kamera kodak macam zaman dulu-dulu. Istimewanya, korang juga perlu menunggu 3 hari untuk gambaryang diambil tu siap sepenuhnya!Ala, sama macam konsep kodak yang digunakan dulu.

Inilah antara rahsia untuk mendapatkan gambar yang cantik dan boleh dikategorikan sebagai sama level dengan artis korang lah! Dengan 4 aplikasi yang kami kongsikan, pasti gambar dan feed instagram anda akan jadi lebih menarik. Apa tunggu lagi? Jom muat turun sekarang!

Ditulis oleh : Nur Nasuha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Hantu Kak Limah Kahwin Hanya Gimik Tapi…

Kata pelakon Hantu Kak Limah ini, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri semula. “ Saya juga perlukan teman seperti orang lain yang boleh menemani saya ketika anak-anak tiada di rumah…

Featured Sat, 28 Jan 2023
TECH Thu, 10 May 2018

ZTE Telah Dibenarkan Kembali Untuk Berurusan Dengan Amerika Syarikat

erkembangan tersebut walau bagaimanapun akan dikenakan dengan beberapa syarat. ZTE akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM 5.2 bilion serta perubahan dari segi pengurusan tertinggi syarikat.

Events Wed, 2 May 2018

Teringin Cari Jodoh Di Facebook? Baca Ini!

Ciri baharu ini akan membantu orang ramai menjalin hubungan sebenar, bagi tempoh yang panjang dan bukannya untuk suka-suka

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Bertarung Dengan Kanser Ovari, Ibu Ubai MZ Meninggal Dunia

Al-fatihah.. Salam takziah Ubai sekeluarga 🥹

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pasangan Diraja Ini Pilih ‘Lubuk’ Zika Untuk Bulan Madu?

Duke dan Duchess akan mendapat nasihat di peringkat tertinggi sebelum membuat keputusan dan merancang perjalanan.