Banyak calon-calon yang lebih mementingkan sijil daripada dokumen yang betul-betul diperlukan, pengalaman kami mengendalikan temuduga bersama calon-calon sebegini memang kerap kali terjadi. Mana-mana majikan sekalipun pasti akan geleng kepala bila anda lampirkan dokumen-dokumen sebegini.
Pernah terjadi, mereka membawa dokumen ini tapi tak ada resume langsung! Jadi, baca dengan teliti dan ingat agar jangan sesekali lampirkan dokumen yang portal MauKerja senaraikan jika mahu mendapatkan pekerjaan tersebut. 5 Dokumen yang tidak perlu di bawa adalah
Slip Keputusan Setiap Semester – majoriti majikan tak pandang pun semua tu, buat malu nak tunjuk lagi-lagi kalau anda pernah gagal dalam matapelajaran tersebut
Sijil-Sijil Sewaktu Sekolah – Mungkin anda anggap lagi banyak sijil lagi suka majikan tengok, tanggapan itu salah! Zaman sekarang majikan mahukan sesuatu yang ringkas tapi padat!
Keputusan UPSR & PMR – Sijil SPM sudah memadai untuk menjelaskan bahawa anda merupakan bekas pelajar di sekolah tersebut.
Sijil AJK Kelab Di Kampung – Apa yang ditunjukkan semua ini hanya jadi bahan lawak mereka sahaja.
Sijil Penyertaan – Jangan buang masa anda untuk tunjuk semua ini, membazir sahaja.
Kami cadangkan habiskan masa anda untuk mencantikkan susuan resume dan tunjuk showreel kalau perlu untuk meyakinkan majikan.