Categories: LIFESTYLE

5 Tips Hilangkan Stress Di Tempat Kerja

Berkerja adalah rutin harian. Ada yang berkerja Isnin hingga Jumaat dan ada pula yang perlu berkerja di hujung minggu. Bila berkerja pasti inginkan kepuasan dalam kerja yang dibuat, rakan-rakan sejawat dan juga persekitaran.

Tapi walaupun semua diatas lengkap, tidak bermakna anda tidak akan stress. Stress pasti akan datang dan pergi jika anda pandai menanganinya. Jom baca antara tips untuk hilangkan stress di tempat kerja 

CARI KAWAN YANG RAPAT

Mungkin kita rapat dengan staf yang kebetulan satu kepala dan sama minat.

Jadi berada bersama mereka sedikit sebanyak menceriakan hari-hari kita sepanjang di ofis.

HIAS MEJA KERJA

Ofis menjadi rumah kedua kerana kita di situlah kita berada seharian.

Jadi hias meja kerja mengikut cita rasa, jadi setiap kali anda berada di tempat duduk, anda rasa gembira.

BUAT BENDA BARU

Kesibukan kerja ada kalanya membuatkan kita tidak mengambil tahu apa yang terjadi di persekitaran.

Sesekali berkomunikasi dengan staf di luar jabatan dan anda akan seronok mengenali ramai orang dan mengetahui pelbagai info yang berlaku di ofis.

‘BUANG’ MASALAH PERIBADI

Biasanya apabila tertekan dengan isu peribadi, secara tak langsung boleh mempengaruhi emosi ketika berada di ofis.

Sebab itu, sebaik masuk di ofis ‘buang’ semua masalah peribadi di luar.

SELALU BERGERAK

Duduk sepanjang masa pun bukannya sihat, jadi sesekali bangun dan bergerak.

Mungkin berjalan keluar sekejap sambil merasai angin luar, bersenam ringan atau sebagainya.

SGMS Enal