LIFESTYLE By: SGMS Enal December 3, 2019 @ 12:42pm

5 Tips Untuk Ibu Hamil Hadapi Banjir

Bencana alam seperti banjir adalah satu situasi yang tidak boleh dijangka. Paras air boleh meningkat secara mendadak jika hujan tidak turun tidak henti-henti.

Ekoran dari kejadian banjir, banyak rumah yang tenggelam dan juga penduduk yang dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Doktor Muhammad Izzat ada berkongsi sedikit tip untuk ibu hamil dalam menghadapi situasi banjir.

1. Ibu hamil yang menanti saat bersalin, sediakan dan simpan kelengkapan bersalin dan barang-barang untuk anak yang bakal lahir di tempat yang mudah dicapai. Lebih baik jika tempat tinggal semasa banjir berada berdekatan dengan hospital atau di luar kawasan banjir, sama ada di rumah saudara, hotel dan seumpamanya, senang untuk pergi hospital pada saat memerlukan.

2. Selain itu, sila pastikan dokumen-dokumen penting seperti mykad, buku antenatal( buku pink) , sijil nikah, dan lain-lain dokumen penting dibawa bersama untuk kegunaan dan rujukan semasa bersalin. Dapatkan nombor telefon bagi klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika berlaku kecemasan. Bagi ibu hamil yang belum lagi dekat dengan tempoh untuk bersalin, kenal pasti tempat tinggal, pusat pemindahan atau rumah saudara yang selamat dan sehampir mungkin dengan bantuan jika berlaku kecemasan.

3. Jangkitan penyakit bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir. Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus, bakteria,kulat dan parasit ) akibat bercampur dengan air kotor dan air kumbahan. Kehamilan sendiri meningkatkan risiko ibu hamil mendapat penyakit bawaan air seperti taun, kencing tikus dan seumpama dengannya. Dapatkan rawatan segera jika berasa tidak sihat.

4. Lindungi diri dari kecederaan. Kadang-kadang air banjir terdapat kaca, kayu, serpihan barangan tajam. Berhati-hati jika perlu meredah banjir. Gunakan kayu atau apa-apa objek jika anda ingin mengalihkan sebarang halangan di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan serpihan tajam dan ancaman binatang berbisa.

5. Tip yang terakhir ialah, air banjir atau air bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk, sekaligus boleh menyebabkan wabak denggi. Jangkitan denggi pada wanita hamil jika tidak dikenalpasti dengan segera dan dirawat boleh menyebabkan kesihatan ibu menjadi merundum dan boleh membawa maut. Jika ibu hamil demam, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber & gambar :suara.com &  Dr.Muhammad Izaat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 22 Aug 2018

Selepas 40 Tahun, Aktiviti Qurban Temukan Bekas Pelajar Kg Pandan

Seronok dapat berkumpul dengan bekas rakan sekolah. Menerusi program ini juga, kami dapat mengaturkan beberapa pertemuan. Beberapa sesi mesyuarat turut diadakan bagi memastikan program Qurban kali ini berjalan lancar.

LIFESTYLE Thu, 21 Nov 2019

全球首间《尸速列车》鬼屋开抵大马!再不逃就没命了

全球首个实境还原韩国丧尸巨作《尸速列车》惊悚鬼屋等您来挑战!

LIFESTYLE Sat, 28 Apr 2018

BBQ Alligator Jadi Kegilaan Terbaru Penduduk Los Angeles

BBQ Alligator Jadi Kegilaan Terbaru Penduduk Los Angeles “Sangat Lembut Dan Dipanggang Sempurna,”

LIFESTYLE Tue, 19 Feb 2019

感冒就多喝水?营养师:吃这2样才对

感冒发烧的时候,除了吃药之外,医生也会提醒「多喝水、休息」,才能让身体快快恢复;不过营养师指出,如果是喉咙痛、鼻塞等症状,多喝水是没办法让身体快速恢复的,「对症下药」才是最好的办法。

Fab Foodies! Wed, 28 Aug 2019

减肥好朋友?研究:低糖饮料越喝越胖

无热量?喝低糖是「自我感觉良好」!研究:喝越多吃得越胖~

Fab Foodies! Sat, 13 Jan 2018

金马仑珍珠玉米和山寨玉米 你有买对吗?

金马伦竟然有三寨玉米?而且还跟珍珠玉米很像。虽然有很多不肯定,不用担心!小编会慢慢为你们解释,只要跟着这片文章,你你就会学到如何分辨出真的珍珠玉米!

Fab Foodies! Mon, 23 Dec 2019

Two Apples A Day Can Control Cholesterol?

Those who has concerns on lowering their cholesterol level, you might want to read this.

LIFESTYLE Mon, 29 Apr 2019

如果不想活得太累!请放弃以下的五件事

生命中的许多时候,我们被一些事情束缚,让自己变成另一个人,活得非常疲累。想要过自由自在的生活,我们每个人都应该学会放手。

LIFESTYLE Sat, 5 Oct 2019

Masalah Mental Berpunca Dari Rumah Betul Ke?

Mencegah lagi bagus dari merawat. Awasilah diri anda dan juga anak-anak

| Live TV