LIFESTYLE By: SGMS Enal March 2, 2019 @ 5:36pm

6 Tanda Kemungkinan Anak Anda Didera Selepas Ambil Dari Pusat Penjagaan

Baru-baru ini tular mengenai kisah dimana seorang kanak-kanak yang berusia 3 bulan mengalami kecederaan patah kaki setelah dihantara ke pusat asuhan, dipercayai akibat didera oleh orang dewasa. Kecederaan kanak-kanak tersebut disedari oleh bapanya setelah dimaklumkan oleh pusat asuhan tersebut.

Namun ia bukan kali pertama yang berlaku, deretan kes dera dilaporkan sepanjang masa. Malah dalam sesetengah kes, ia berakhir dengan kematian. Walaupun tindakan tegas sudah diambil, namun kes sebegini kekal berlaku seolah-olah pengendali pusat asuhan ini tidak pernah takut dengan tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

Kita bercakap soal kesihatan dan nyawa kanak-kanak ini, mereka tidak mungkin dapat mempertahankan diri ketika di dera. Jadi, ibu bapalah seharusnya memainkan peranan dan peka dengan perubahan yang berlaku tehadap anak-anak anda.

Seperti tips yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif ini. Dengan panduan yang dibekalkannya, anda mungkin dapat mengetahui sama ada anak anda pernah menjadi mangsa dera atau tidak sebelum ini.

Jom baca perkongsiannya di bawah.

Ni 6 tanda utama anak kecil didera di tempat asuhannya :

1. Anak tiba-tiba berubah perangai

▪ Anak yang dulunya ceria tiba-tiba menjadi sangat pasif dan pendiam.

▪ Anak jadi mudah terkejut dan selalu meragam tanpa sebab yang jelas.

2. Anak tiba-tiba menjadi sangat patuh atau sangat memberontak

▪ Anak yang ketakutan memang akan mendengar arahan.

▪ Ataupun dia memberontak dan mengamuk kerana cuba mempertahankan diri.

3. Anak kelihatan sangat takut pada pengasuhnya

▪ Anak taknak pergi taska atau tadika tu biasa tapi kalau riak wajahnya tu dalam ketakutan yang melampau, kita memang kena hati-hati.

▪ Atau bila kita sebut je perkataan taska dan tadika atau dia nampak je benda yang berkaitan dengan pengasuhnya si anak tadi kelihatan sangat trauma.

▪ Menangis bila nak hantar anak ke taska akibat Separation Anxiety tu normal je tapi naluri mak ayah boleh tahu yang mana normal, yang mana tak normal.

4. Ada lebam-lebam dan luka atau kecederaan yang di luar kebiasaan

▪ Walaupun lebam atau calar biasa, mak ayah kena hati-hati apatah lagi kalau lebamnya ada di 2 atau 3 tempat yang berbeza.

▪ Kalau ada patah lagi la kena berhati-hati. Hantar terus ke hospital ye.

▪ Doktor biasanya akan suspek penderaan bila ada patah di tulang yang besar seperti tulang femur, patah di banyak tempat ( multiple fractures ), Shaken Baby Sydrome ataupun ada kesan patah lama yang tak dilaporkan.

5. Perkembangan anak terganggu

▪ Anak yang dulunya pernah hisap jari, kembali menghisap jarinya.

▪ Anak yang dah lama tak kencing malam, kembali kencing malam.

▪ Anak mengalami masalah duduk dan berjalan.

6. Anak sering mimpi buruk

▪ Kadang-kadang agak susah nak tahu anak kita mimpi buruk ke tak.

▪ Perhatikan ada tak anak kita nampak lesu atau tak bermaya walaupun dah tidur. Tu antara tanda-tanda tidur anak kita terganggu la tu.

Benda ni saya rasa sangat ramai mak ayah yang tak tahu. Tolong bagitahu mak ayah dan pasangan kita yang belum tahu ye demi keselamatan anak anak kita semua.

p/s : Ni la kenapa saya hantar anak saya ke taska yang ada CCTV. Biar depan kita baik bak bidadari, boleh je bidadari tu bertukar menjadi The Hulk bila di belakang kita!

Sumber : Dr. Taufiq Razif

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023
LIFESTYLE Sat, 10 Aug 2019

Kenapa Manusia Tepuk Tangan?

Ada sejarah rupanya tentang tepuk tangan. Ingatkan kerana bunyinya !

LIFESTYLE Wed, 8 May 2019

为什么你始终放不下过去情感?

想回头但感情早就已经结束,想往前心中却有疙瘩;面对这样的情感困境,感到厌烦了吗?

LIFESTYLE Thu, 5 Apr 2018

Ketagihan Bermain Permainan Video Merupakan Satu Penyakit – WHO

Ketagihan permainan video sememangnya semakin serius sejak kebelakangan ini. Ramai di antara kita yang menganggap bermian permainan video selama 5 ke 6 jam sehari itu adalah normal.

LIFESTYLE Fri, 7 Jun 2019

爱人与被爱,你的爱情角色是什么?

爱人与被爱,你的爱情角色是什么?

LIFESTYLE Tue, 24 Sep 2019

This First-Ever Limited Edition Dessert-Inspired Suite is Really the Sweetest Escape!

Promises you the sugar rush you never felt needed even on the first step inside!

Fab Foodies! Thu, 17 May 2018

5 Buah Yang Sesuai Untuk Anda Yang Sakit Jantung

” An apple a day keeps the doctor away” antara buah yang dapat membantu dan mencegah penyakit jantung

LIFESTYLE Tue, 18 Sep 2018

Takut Pada Bini, Jom Baca Tips Ini

Alangkah baiknya jika sebagai lelaki, sebelum berkahwin anda memiliki banyak pengetahuan terutama tentang agama

LIFESTYLE Thu, 26 Apr 2018

日本疯传「巨大长尾夹」竟是手提包

你是文具控吗?是的话,日本近期在推特疯传的「巨大长尾夹」,一定会引起你尖叫,因为它其实不是个文具,反而是咖手提包!

Eat Travel Fri, 9 Feb 2024