Fab Foodies! By: SGMS Putri November 19, 2017 @ 8:33pm

7 Tabiat Penjagaan Kebersihan Yang Boleh Memudaratkan Anda

Menjaga kebersihan diri sememangnya satu perkara yang amat penting dalam kehidupan. Cara kita menjaga kebersihan berkait rapat dengan status kesihatan diri. Sesetengan orang, hanya berkawan dengan mereka yang mempunyai penampilan yang bersih sahaja.

Begitulah betapa pentingnya kebersihan dalam kehidupan seseorang itu. Ada yang mengamalkan tabiat yang pelbagai hanya semata-mata untuk memastikan dirinya kekal bersih sepanjang masa. Tapi cukup bersihkah diri anda dengan mengamalkan tabiat penjagaan kebersihan diri tertentu tersebut? Anda yakin tidak ada kesan sampingan yang boleh memudaratkan diri anda?

Sebelum anda dengan yakin menjawab ‘Ya, saya yakin’ apa kata anda baca dulu apa yang kami nak kongsikan kali ini. Artikel di bawah adalah mengenai tabiat kebersihan yang sering kita amalkan setiap hari, namun sebenarnya ia lebih banyak memberi anda masalah tanpa anda sedar.

1. Mencuci Telinga Dengan Putik Kapas

Anda mungkin tidak tahu tetapi sebenarnya saluran telinga tidak perlu dibersihkan pun. Tindakan anda menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga sebenarnya lebih banyak memberi mudarat berbanding kebaikkan.

Menurut pakar, air yang masuk ke telingan ketika anda mandi sudah cukup untuk ‘melembutkan’ kotoran dan mengeluarkannya daripada telinga. Antara bahaya-bahaya yang mungkin anda hadapi jika menggunakan putik kapas seperti kerosakkan gegendang telinga dan berisiko untuk kehilangan pendengaran.

2. Mencucui Tangan Dengan Pembersih Tangan / Hand Sanitizer

Mungkin anda selalu melihat di kedai-kedai makan, selepas makan ada yang gemar untuk mencuci tangan dengan pembersih tangan yang disediakan di sinki, kemudian mengeluarkan hand sanitizer sendiri untuk memastikan lagi kebersihan tangan tersebut.

Menurut Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Amerika Syarikat, pembersih tangan sebegitu mempunyai kandungan bahan sintetik yang berbahaya berbandng menggunakan sabun dan air.

Menurut agensi itu lagi, pendedahan berlarutan kepada pencuci tangan ini boleh menyebabkan berlaku rintangan terhadap bakteria dan berkaitan hormon.

3. Pengering Tangan

 
 

Pengering tangan mudah untuk anda temui di dalam tandas-tandas awam ataupun tandas yang disediakan di dalam pusat membeli belah. Anda pasti tertanya-tanya kan, dari manakah udara tersebut dipam? Ataupun anda tak pernah terfikir pun. Sebenarnya, kebanyakan pengering tangan ini hanya mengitar semula udara tercemar yang ada di dalam tandas sebelum dihembus terus ke tangan anda.

Satu lagi, kajian yang dibuat juga menunjukkan pengering udara juga langsung tidak mampu menghapus bakteria pada tangan, malah lebih teruk, ia mampu menyebarkan bakteria yang wujud pada tangan sekaligus mencemarkan ruang dengan pelbagai bakteria.

4. Membasuh Rambut Setiap Hari

Membasuh rambut secara kerap setiap hari juga sebenarnya tidak baik untuk kesihatan rambut anda. Apa yang terjadi setiap kali anda membasuh rambut terutama dengan syampu, ia menanggalkan lembapan semula jadi yang wujud pada rambut.

Kesannya, tambut anda akan menjadi lebih kering dan kusut walaupun anda menggunakan perapi.

5. Menggosok Gigi Selepas Makan

Bagi mereka yang amat mementingkan kesihatan mulut, menggosok gigi sebaik sahaja selesai menjamah makanan adalah sesuatu yang wajib dilakukan. Tapi, pakar mengatakan bahawa ia sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan gigi.

Sesetengah makanan terutamanya makanan yang mengandungi asid sitrik, ia boleh menjejaskan kekuatan gigi ketika dikunyah. Apa yang terjadi jika anda menggosok gigi dengan segera selepas makan, anda sebenarnya memberi tekanan pada gigi ketika gigi berada dalam keadaan lemah.

Pakar menyarankan anda untuk menggosok gigi sekurang-kurang 30 minit selepas makan supaya ruang dapat diberi untuk air liur meneutralkan asid yang tertinggal pada gigi.

6. Menutup Hidung Dengan Tangan Ketika Bersin

Anda mungkin merasakan ia lebih sopan untuk menutup hidung anda dengan tangan ketika bersin berbanding membiarkan hembusan nafas anda tersebar ke persekitaran, tapi apa yang anda lakukan adalah satu kesalahan.

Bakteri yang melekat pada tangan anda boleh merebak dengan pantas melalui sentuhan seperti menyentuh makanan ataupun dengan orang lain. Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, kebanyakkan penyakit berkaitan saluran pernafasn disebarkan melalui sentuhan.

7. Menggunakan Pelembap Secara Berlebihan

Anda mungkin gemar untuk menggunakan pelembap terutamanya jika kulit cepat kering dan menggelupas. Tetapi ia bukan lah satu langkah yang bijak. Menggunakan pelembap kulit secara berlebihan terutamanya ketika tidur, anda sebenarnya secara tidak sedar melatih kulit anda sendiri untuk menghasilkan lembapan semula jadi, menyebabkan kulit anda menjadi lebih kering untuk jangka masa panjang.

Sumber : Reader Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Featured Fri, 25 Nov 2022

Didakwa Obses Dengan Berat Badan, Ini Respons Atikah Suhaime

Badan dah elok dah.. Betul ke Atikah obses nak kurus?

Fab Foodies! Thu, 24 May 2018

挑选红枣的7个秘诀!太红、太软都不行?

红枣又称之为大枣,可用来入菜、当零食或者也可以是一味中药,中国自古就有「一日三枣 不显老」的说法。但是市面红枣繁多,要如何挑选合适的红枣?

LIFESTYLE Tue, 9 Jan 2018

Lokasi Bergambar Bawah Air Paling ‘Stylo’, Umbuk Ponggol

‘Port selfie’ dalam air, Umbul Ponggok merupakan tempat pelancongan air baru yang terletak di kampung Ponggok, Klaten, Jawa Tengah.