Categories: LIFESTYLE

Air Kalalit Rahsia Kecantikan Wanita Kadazan-Dusun

Masyarakat Kadazan-Dusun sememangnya terkenal dengan kulit wajah yang sempurna dan mempunyai rahsia kecantikan yang dijaga rapi sejak turun-temurun sehingga kini.

Dikatakan bahawa rahsia di sebalik kulit wajah Kadazan-Dusun yang jernih dan bebas sebarang masalah ini adalah bersandarkan kepada amalan menyiram air kalalit ke wajah.

Berasal dari rantau Asia Tenggara, pokok kalalit telah digunakan sebagai penawar tradisional selama berabad-abad lamanya.

Kayu kalalit ini penuh dengan sebatian semulajadi yang disebut brazilin, dan di sinilah ekstrak kalalit memperoleh semua kemampuan pemulihannya.

Penyelidikan perubatan moden menunjukkan bahawa brazilin sebenarnya mempunyai keberkesanan biologi yang berfungsi sebagai agen anti-radang, anti-bakteria, anti-oksidan dan sebagai anti penuaan-photo.

Berasakan ritual kecantikan kuno ini, jenama kecantikan tempatan, OLUMES meraikan keberkesanan ekstrak kalalit ini dan ia merupakan nadi utama di dalam formulasi dua produk penjagaan kecantikan mereka, The Rening Lotion dan The Satin Cream.

Jenama OLUMES itu sendiri membawa makna ‘cantik’ dalam bangsa Kadazan–Dusun dan menjadi lambang dalam setiap ritual kecantikan serta kekayaan budaya masyarakat berkenaan.

Hanya menggunakan bahan-bahan botani berprestasi tinggi dan tidak bertoksik, bebas kekejaman haiwan dan disumber secara bertanggungjawab, ia diformulasikan untuk mengatasi pelbagai masalah kulit, semuanya dalam masa yang sama.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk jenama OLUMES dan cara pembelian, layari laman web www.olumes.com

Padin