Anugerah By: Khairil Khusyairi January 9, 2023 @ 1:38pm

AISHM: Dinobat Ikon Sukan Terbaik, Al-Jufferi Anggap Rezeki Anak Bakal Lahir

Pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari meluahkan rasa syukur apabila dinobatkan sebagai Ikon Sukan Terbaik pada Malam Kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, malam tadi.

Al-Jufferi yang turut merangkul Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru berkata, kejayaannya pada malam penuh gemilang itu adalah rezeki buat bayinya yang akan lahir nanti.

“Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya berjaya merangkul dua kategori.

“Sebenarnya saya memang tak menjangkakan kedua-dua anugerah ini kerana saingan saya adalah Lee Zii Jia, pemain bola daripada kelab Johor Darul Ta’zim tetapi Allah lebih mengetahui dan rezeki tak pernah salah alamat.

“Saya rasa syukur, mungkin rezeki ini untuk anak keempat yang bakal lahir pada bulan 3 nanti, Insya-Allah,” kongsinya gembira.

Berkongsi kegembiraan itu, Al-Jufferi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh keluarganya serta rakan-rakan media yang sentiasa menyokong kariernya sebagai atlet selama ini.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, ibu bapa mertua dan seluruh ahli keluarga saya serta kepada isteri dan anak-anak. Juga kepada penggiat silat, terutama sekali Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain serta guru saya sendiri, Datuk Osman Nok dan juga kepada media yang datang dari semua sudut.

“Saya hari ini tak pilih kasih, tak kisah dari media mana, kerana anda lah saya berada disini, saya ucapkan terima kasih kerana tidak jemu untuk mengikuti perkembangan saya,” luah Jufferi.

Al-Jufferi yang sudah memenangi empat gelaran juara dunia dalam kariernya turut berharap pelapis pesilat negara mampu untuk mempertahankan kemenangan di Kejuaraan Pencak Silat Dunia pada edisi akan datang.

“Untuk perkembangan silat negara, kalau tanya saya, mereka boleh memenangi pingat emas akan tetapi yang merisaukan saya adalah mereka tak boleh kekalkan kejayaan.

“Bagi saya mereka perlu belajar, ketika zaman saya, kita belajar bukan untuk berjaya tetapi untuk mepertahankannya sekali iaitu mempunyai jiwa yang besar tetapi anak muda sekarang yang saya tengok baru-baru ini mereka boleh menang, ada semangat yang tinggi akan tetapi mereka tiada jiwa yang besar untuk pertahankan gelaran dunia.

“Saya harap mereka dengar apa yang saya ucap malam ini, saya pun dah ucap pada kejuaraan kebangsaan pemilihan untuk atlet negara, saya bagitahu pada mereka semua yang memenangi pingat emas di kejohanan kebangsaan dan akan wakil Malaysia, jadi galaslah tanggungjawab abang-abang kalian untuk memartabatkan nama silat negara,” harapnya.

Al-Jufferi yang muncul juara bagi kelas F Putera pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 memberitahu persaraannya pada Ogos lalu adalah disebabkan masalah kecederaan yang dialaminya di bahu.

“Saya sebenarnya memang tak sanggup berhenti, jiwa saya masih di arena sukan, tak sanggup lagi jadi jurulatih akan tetapi keadaan tak mengizinkan bahu saya dah agak teruk, bahu kanan dah dislocate jadi itu adalah bahagian yang saya risau selama saya jadi atlet.

“Apabila kecedaraan di lutut dan di bahu, serta di slip disc memang saya mengambil keputusan untuk berhenti kerana itu memerlukan kesihatan yang baik untuk menjaga orang tua saya dan isteri saya,” jelasnya.

Anugerah Ikon Sukan Harian Metro menyaksikan Al-Jufferi membawa pulang sebuah kereta elektrik jenama Appollen A1 (hatchback 5 pintu) bernilai RM136,000, wang tunai RM5,000, sebuah trofi dan langganan percuma akhbar digital HM selama setahun.

AISHM yang julung kalinya diadakan ini mempertandingkan 10 kategori bagi memberi pengiktirafan kepada atlet, paralimpik dan penggiat industri sukan, termasuk kelab dan persatuan sukan.

Senarai pemenang:

Anugerah Ikon Sukan Legenda – Shalin Zulkifli

Ikon Sukan Terbaik – Mohd Al-Jufferi Jamari

Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru – Mohd Al-Jufferi Jamari

Anugerah Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru – Nur Dhabitah Sabri

Anugerah Ikon Sukan Paralimpik – Cheah Liek Hou

Ikon Sukan Jurulatih – Datuk Misbun Sidek

Ikon Sukan Persatuan/Kelab – JDT

Ikon Sukan Kepimpinan – Datuk Hamidin Mohd Amin

Anugerah Ikon Sukan Harapan – Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin

Anugerah Ikon Sukan Pempengaruh – Datuk Azizulhasni Awang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 28 Aug 2019

朋友的话你都听得进去吗?

面对朋友的善意劝导,你是否会听进去,还是勇敢做自己呢?

Trending Fri, 9 Aug 2019

Do You Have What It Takes to Take on the #BacaBeritaChallenge?

Got talent? What are you waiting for? Now is the time to let out your long-awaited presenting skills with #BacaBeritaChallenge brought to you by Realme.

Featured Tue, 6 Feb 2024

Khairul Aming Atau Vivy Yusof? Isu Siapa Lagi Layak Terima Dana Jadi Perdebatan Netizen Di Platform X

Sebagai rakyat Malaysia, min berbangga dengan kedua-duanya. Masing-masing hebat!❤️

Featured Sat, 9 Oct 2021
Hiburan Wed, 14 Feb 2018

‘CINTA PALSU’ MAZUIN HAMZAH?

Mendapat lebih dari 119k tontonan, DS Vida turut memuat naik beberapa keping  gambar lagi yang memperlihatkan wajah putera ketiga Mazuin, Pengiran Khaleed, 23 tahun.

Featured Wed, 10 Jan 2018

10 sebab travel buat anda lebih bahagia

Berkembangnya syarikat penerbangan tambang murah Air Asia membuatkan travel perlahan-lahan menjadi satu budaya dan gaya hidup masyarakat kita. Sama ada bercuti untuk bertemu keluarga di kampung, atau melepaskan lelah kerja seketika, travel sebenarnya bermanfaat kepada […]

Trending Fri, 4 Oct 2019

Anak Angelina Jolie Jadi Rapper di Korea?

Besar dah Maddox Jolie-Pitt…

Trending Thu, 7 Oct 2021

Nak Anak Pertama Baby Girl Ke Baby Boy? Ini Jawab Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa, 32, mengakui dia dan suami, PU Riz atau Haris Ismail, 26, tidak meletakkan sebarang sasaran jantina bayi sekiranya mereka dikurniakan dengan anak sulung selepas ini. Menurut pemilik nama sebenar Noor […]