LIFESTYLE By: SGMS Enal September 19, 2019 @ 11:32am

Akibat Kalau Pasang ”Braces” Di Klinik Haram

Setiap apa yang diinginkan itu pastinya memerlukan pengorbanan. Pastinya ada pahit, sakit dan jerih yang perlu ditempuhi untuk mendapatkan apa yang kita mahukan serta impikan. Dalam soal untuk mendapatkan bentuk gigi yang sempurna pula, kesakitan seseorang pesakit yang memakai pendakap gigi bagi mendapatkan bentuk gigi yang sempurna pula, pastinya hanya mereka sahaja yang boleh merasainya. Untuk memakai pendakap gigi pula, rujukan daripada pakar yang bertauliah perlu dititik beratkan.

Walaupun kos yang akan dikenakan agak mahal, namun ianya lebih selamat kerana sudah pastinya kesihatan anda akan lebih terjamin. Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai kes yang melibatkan pemakaian pendakap gigi oleh individu yang tidak bertauliah semakin meningkat gara-gara ada yang memilih untuk mendapatkan servis individu ini kerana kos yang agak murah berbanding dengan yang ditawarkan oleh pakar yang bertauliah.

Walaupun kosnya lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh pakar, namun ianya boleh menjejaskan kesihatan si pemakainya pada masa akan datang. Untuk mengetahui kesan kepada kesihatan serta mengapa anda perlu berbelanja lebih sedikit untuk mendapatkan rawatan ke atas gigi anda, ikuti artikel yang telah ditulis oleh seorang pensyarah Fakulti Pergigian UiTM, Nur Aliana Hidayah Mohamed berkenaan dengan perkara tersebut seperti yang telah dikongsikan di Ini Sains Beb seperti berikut:

KENAPA CARI PENYAKIT DENGAN SALON PERGIGIAN HARAM.

Panas kembali isu doktor gigi tidak bertauliah. Betul ke memakai pendakap gigi atau nama lainnya braces ni nampak lebih nerdy dan mengikut trend semasa? Tapi yang pasti, salah serah diri kepada yang bukan pakar pasti akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Bagi mereka yang pernah memakai pendakap gigi, pastinya anda tahu bagaimana susahnya penjagaan kesihatan oral sepanjang hampir 2 hingga 3 tahun tempoh pemakaian pendakap gigi. Kena pula jika tidak memakai ‘retainer’ setelah prosedur selesai, gigi boleh menjadi ‘relapse’ dan perlu melalui proses untuk berjumpa pakar sekali lagi.

Tahukah anda apakah kesannya jika anda memakai pendakap gigi yang dipakaikan khas daripada DOKTOR GIGI PALSU?

1. Selalunya doktor gigi palsu akan menggunakan dawai dan getah untuk dipasang pada gigi supaya akan wujud tekanan yang akan menyebakan gigi ditarik dan akan lebih tersusun. Tahukah anda, teknik ini memerlukan kepakaran daripada pakar ortodontik. Kalau salah justifikasi, tekanan yang buta-buta diberi kepada gigi boleh menyebabkan renjatan aliran darah kepada gigi. Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan kerosakan pada akar, kerosakan tisu di gusi dan akhirnya boleh juga menyebabkan pereputan gigi. Dan lebih menyedihkan, kerosakan-kerosakan ini ada yang berbentuk kekal dan tidak boleh dirawat semula.

2. Karang gigi. Adakah anda mendapat konsultasi bagaimana untuk menjaga kebersihan oral selepas prosedur pemasangan pendakap gigi palsu? Tidak bukan. Nah..ini lah antara punca penghasilan karang gigi. Bukan setakat itu sahaja, besi yang berkarat, warna yang luntur daripada getah boleh menyebabkan hakisan kepada gigi. Jika anda berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah, anda akan mempelajari bagaimana cara terbaik untuk kebersihan oral terutama apabila pendakap dipasang pada gigi. Bukan mudah ya menjaga kebersihan mulut sepanjang pemakaian pendakap gigi. Sanggup tidak makan lagi selepas rongga mulut dibersihkan. Rongga mulut yang tidak bersih boleh menyebabkan penghasilan ulcer dan masalah bau mulut yang sangat ketara.

3. Jangkitan penyakit berjangkit. Adakah anda pasti kesemua peralatan yang digunakan oleh doktor palsu telah disterilkan mengikut piawaian? Perlu diingatkan, semua peralatan perlu disterilkan dengan mesin autoclave sebelum diguna semula kepada pesakit lain. Autoclave merupakan alat yang digunakan di dalam makmal perubatan dan pergigian, mengunakan konsep stim pada tekanan tinggi. Fungsinya adalah untuk sterilisasi alatan perubatan/pergigian yang telah digunakan sebelum diguna semula untuk pesakit lain. Jika tidak melalui proses sterilisasi, kemungkinan wujud bakteria/virus yang merbahaya yang mungkin berasal dari darah pesakit A dan ia boleh berpindah ke pesakit B. Ia lebih bertambah bahaya jika terdapat bukaan saluran darah akibat kecederaan semasa prosedur di mana bakteria/virus dengan mudah dapat memasuki pesakit melalui salur darah yang terbuka. Dalam istilah perubatan, ia dipanggil blood-borne infection. Tidak takut kah anda dengan penyakit berjangkit yang boleh berpindah melalui darah seperti HIV ?

4. Keperluan X-ray: Untuk menyusun gigi supaya lebih teratur, doktor akan mengambil x-ray terlebih dahulu. Lain pesakit, lain masalah gigi mereka. Selepas imbasan x-ray diperolehi, barulah justifikasi rawatan dibuat. Bukan semberono memasang dawai gigi kepada pesakit. Jika anda mendapati doktor gigi anda tidak meminta imbasan x-ray sebelum melakukan prosedur ortodontik, sila semak perakuan amalan tahunan (APC) mereka. Hanya pengamal perubatan yang memiliki APC membolehkan mereka mengamal sebagai pengamal perubatan yang sah.

Di Malaysia, selain daripada rawatan gigi di klinik-klinik pergigian dibawah kawalan-selia Kementerian Kesihatan Malaysia, anda boleh juga membuat tinjauan ke universiti-universiti awam yang menawarkan kursus pergigian di mana universiti-universiti ini juga mempunyai klinik pergigian untuk orang awam mendapat rawatan. Caj yang dikenakan juga amat berpatutan.

#anaila #inisainsbeb

Sumber: Ini Sains Beb

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 21 Nov 2017

4 Tanda Kenal Pasti Sama Ada Si Dia Jujur Atau Tidak

Jujur ke tidak dalam perhubungan boleh di nilai dari antara tips yang dikongsikan

Fab Foodies! Tue, 23 Apr 2019

Ibu Tiga Anak Ini Kongsi Rahsia Turun 30 Kilogram Cara Selamat

Berat saya pernah mencecah sehingga 80 kilogram sehingga saya sendiri tertekan untuk berjumpa orang.

Events Tue, 27 Aug 2019

Sanitary Pad Meets Fashion: KOTEX® Batik Collection Stole the Show at KL Fashion Week

Kotex® empowers female artisans from Batik Boutique and up-and-coming designer, Seza Zulkeple, to bring collection to life at KLFW

LIFESTYLE Fri, 9 Nov 2018

Cara Hilangkan Ketuat Sendiri Di Rumah

Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak? Apakah punca ketuat? Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang […]

LIFESTYLE Sat, 28 Apr 2018

10项首投族「你一定要知道的事!」

随着国会4月7日解散,选委会宣佈第14届大选投票日将落在5月9日。在本届大选中,有超过197万个选民都是首次参与投票的「首投族」。在投票时,到底有哪些事项是要注意的呢?

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Gelagat Artis Malaysia Menari #KekeChallenge Memang Cool!

Inilah antara gelagat artis Malaysia menyahut cabaran #kekechallenge

Featured Thu, 16 Mar 2023
Events Mon, 9 Jul 2018

Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis 4 Ogos

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 21 Julai manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama 14 hari. Jangan lupa turun mengundi ok? Berita lanjut menyusul di Buletin Utama jam 8 malam ini.

LIFESTYLE Thu, 21 Jun 2018

看起来好好吃!被做成包包的食物都超时髦~

每换一季,许多品牌都会推出新款式的包包,但是除名牌外,你知道现在最流行的食物包吗?

LIFESTYLE Fri, 20 Jul 2018

午睡有「5大好处」抗衰老、摆脱金鱼脑…15分钟就够

「午睡」被誉为健康最天然的充电器,不仅能养眼、修复肌肤、延缓衰老、摆脱金鱼脑,甚至还可以降低罹患心血管疾病的风险,而且午睡只要15分钟就够了!