LIFESTYLE By: SGMS Enal January 26, 2018 @ 1:53am

Antara Makanan Yang Perlu DiElakkan Sewaktu Ingin Bersalin

Perkongsian daripada Dr Hafiz Sulaiman di laman facebook, diharap dapat membuka mata wanita di luar sana agar tidak terikut dengan petua-petua ini tanpa mengetahui kesahihannya. Nampak remeh, tapi sebenarnya bahaya yang menanti.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah. Moga bermanfaat.

 
Astaghfirullah, sesak nafas terbaca petua mudah bersalin viral..

Nak mudahkan bersalin cuba makan plantah dan mee lor? Ada pula yang syorkan telur mentah 2 biji..

Saya biasanya mengelak komen benda viral atau isu semasa.. risau ada yang tersinggung. Kali ni saya bukan apa, tapi kesian dan rasa berdosa kalau tak tegur apa yang saya belajar.
Kita sama-sama betulkan dan belajar dari kesilapan.

Bahaya tu puan…Risiko pada ibu.. risiko pada bayi dalam kandungan.. saraf bayi boleh terencat… penglihatan boleh jadi cacat!

Petua mesti ada asas..dan faham asbab petua serta risikonya.

KENAPA PERLU ELAKKAN TELUR MENTAH

 

Mengandung memberi stres kepada badan..meningkatkan kortisol (hormon steroid)..Ya, imuniti badan akan menurun. Steroid berlebihan kurangkan imuniti badan..
 
Telur mentah berisiko dijangkiti kuman Salmonella dan ibu berisiko keracunan makanan kerana kuman ini. Demam, muntah, sakit perut, cirit birit dan renjatan merupakan antara kesan keracunan kuman Salmonella.

”MEE LOR” TINGGI GULA


Saya tidak tahu mengapa bersalin selalu orang syorkan makanan proses seperti mee lorr. Ia tinggi gula fructose proses dan juga mengandungi maltodextrin..yang meningkatkan gula darah ke langit..

Gula fruktosa ni toksik ya jika berlebihan. Menurut pakar hormon kanak-kanak, kesan berlebihan gula fruktosa ni sama seperti kesan arak kecuali tidak mabukkan. Kesan berlebihan gula ini dikaitkan dengan saraf, merosakkan hati (hati berlemak), meningkatkan asid urik, meningkatkan lemak jahat oxLDL penyebab sakit jantung serta menyebabkan obesiti.

Takde bukti pun Mee lor ambil masa bersalin cepatkan kelahiran. Buat masa ini, ia layak dikelaskan sebagai MITOS.

PLANTAH?

Lemak durjana yang mula diharamkan di US bermula tahun 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2018 terkandung pada bahan masakan kegemaran ramai ini.

Apa bahaya lemak trans ini?

Rujukan : Weston A. Price Foundation
1) Risiko penyakit jantung. Denmark menyaksikan penurunan kes sakit jantung lebih 50% hanya dengan menurunkan kadar lemak trans daripada 6gram kepada 1gram.
2) Risiko kanser
3) Risiko kencing manis
4) Gangguan imuniti
5) Gangguan kesuburan dan organ pembiakan.
6) Jika menyusu, lemak trans boleh mencemari susu dan menggangu perkembangan saraf serta merencatkan penglihatan.
7) Trans fat mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan otak dan saraf kandungan.

Ambil maklum ya ibu-ibu kajian penting oleh Berghaus et al. 1998, 2001: Paras darah kandungan trans fat bayi sama dengan paras trans fat ibu. Apa maknanya?

Trans fat MERENTASI uri ibu dan menjadi “makanan” .maksud saya.. RACUN pada kandungan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 17 Mar 2019

Blue Hole’ Muncul Dekat Pulau Sipadan

Satu-Satunya Dan Pertama Di Malaysia, ‘Blue Hole’ Muncul Dekat Pulau Sipadan

LIFESTYLE Tue, 20 Mar 2018

搭云霄飞车上路!日本「超陡」江岛大桥让人紧张

这座看起来像云霄飞车一样刺激的大桥其实是在日本连接鸟取县与岛根县的江岛大桥;全长1.7公里,达44公尺高,路桥的坡度让你开车就像坐云霄飞车一样刺激,。

Events Mon, 2 Sep 2019

Siapa Kat Sini Yang Suka Sangat Makan? Jom Ke Lokasi Ini!

Orang JB, jom ramai-ramai ke plaza Angsana Johor Bahru bermula 6-8 September!

LIFESTYLE Thu, 31 Oct 2019
LIFESTYLE Fri, 29 Mar 2019

有这种个性!中风、猝死机率高85%

医生警告!有这几种个性的人超容易中风、猝死~

LIFESTYLE Thu, 7 Mar 2019

休假日=补眠日?这样比连续熬夜更伤肝!

不少人喜欢利用周末末或者连假补眠,但你知道这样比连续熬夜更伤肝吗?

LIFESTYLE Sat, 25 Jan 2020

Betul Ke Bayi Suka Melihat Individu Yang Cantik Saja?

Nak kata rekaan tetapi kajian dah terbukti jadi bagaimana?

LIFESTYLE Tue, 24 Dec 2019

Nak Sumber Vitamin, Cukup Hanya Amalkan Pemakanan Sihat

Tak Perlu Beli Suplemen Harga Mahal

LIFESTYLE Mon, 23 Apr 2018

Are You Crazy About Travelling? It’s in Your Genes!

Science has proven that we’re wanderlusts because of our genetics.

LIFESTYLE Thu, 2 May 2019

Jangan Takut BEKAM, Ar-Rayyan Sedia Ruang Berkonsep Spa

Untuk anda yang sering mengalami migrain, jerawat, resdung, stress dan banyak lagi, amalam Bekam adalah amat disarankan. Jangan takut kerana ia tidak sakit.