LIFESTYLE By: SGMS Faida December 15, 2018 @ 8:26am

Aplikasi SENTUH Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda, Dah Cuba?

Seiring dengan perkembangan teknologi, spa Adania mewujudkan sistem aplikasi SENTUH di mana anda hanya dengan satu klik sahaja, mereka akan bawa sebuah spa ke rumah anda.

Maksud kami di sini adalah anda tidak perlu bimbang dengan segala kelengkapan untuk proses memanjakan wajah dan badan anda, semuanya akan tersedia sekelip mata.

Menurut pengasas Puan Ain Nadia Yusoff, selepas lapan tahun beroperasi di dua lokasi di Lembah Klang, Adania sedia membawa kelainan dengan datang sendiri ke rumah pelanggan dan mewujudkan suasana spa di rumah pelanggan.

“ Atas permintaan yang menggalakan, Adania Spa akan meneroka pasaran lebih luas dengan bantuan aplikasi dan laman sesawang SENTUH.

“ Dengan SENTUH, kami juga bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penjagaan wajah dan badan malah menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat bergelar pakar kecantikan,” katanya kepada xtra.com.

SENTUH mensasarkan mencari 100 pakar kecantikan atau ahli terapi kecantikan menjelang tahun depan.

“ Kami amat komited membawakan inovasi dalam bidang kecantikan di mana kami akan menyediakan landasan tepat untuk individu di luar sana yang mahu menjadi pakar kecantikan.

“ Kami akan ajar bermula dari A-Z sekaligus menyediakan kelas pembelajaran asas sebelum memiliki spa bergerak sendiri,” katanya.

Sementara itu, pengasas SENTUH Ahmad Aizudin Ahmad Anuar memaklumkan program ini juga merupakan salah satu usaha dalam memperkasakan golongan suri rumah dan wanita.

“ Bukan hanya wanita, kami juga menerima permohonan daripada kaum lelaki yang ingin memulakan perniagaan spa bergerak namun tiada pengetahuan asas. Selain membantu golongan wanita kami juga mahu buang stigma masyarakat, dunia kecantikan hanya untuk kaum lelaki sahaja.

“ Kami percaya ramai golongan lelaki di luar sana yang berminat dalam dunia kecantikan namun tidak berpeluang untuk ke depan. Dengan SENTUH, kami boleh mengubah perjalanan hidup anda,” katanya.

Sebarang info lanjut, anda boleh layari www.sentuh.my atau laman sosial seperti Facebook, Sentuh MY dan Instagram sentuh.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 26 Feb 2018

Red Velvet Fans Can Now Talk to and Live With Wendy!

Who would have thought that our dreams of talking to our favourite idol everyday or even living with them would actually come true.

Hiburan Thu, 24 May 2018

Panas! Faye Kusairi Mengamuk Mahu Pertahankan Suami

Terbaru, pelakon dan juga isteri kepada Azmi Hatta, Faye Kusairi bagaimanapun tampil mempertahankan suaminya itu dengan menjawab tuduhan tersebut melalui ruangan komen instagramnya selepas suaminya itu dihentam pelbagai persoalan

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Penyanyi 80an, Nassier Wahab Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihi roji’un…

LIFESTYLE Thu, 20 Sep 2018

Khasiat Minum Kopi Bagi Wanita

Umumnya minum sampai 2/3 gelas kopi demi untuk mendapatkan manfaat kopi dan agar terhindar dari berbagai permasalahan kesihatan lainnya kerana akibat efek dari kafein yang berlebihan.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

New 5-Member Girl Group to Debut with Former Pristin Members!

The rumours are trumours! They (some) are coming back!

Hiburan Mon, 18 Mar 2024