LIFESTYLE By: Padin December 3, 2020 @ 8:01pm

Dapat Sokongan Persatuan Penerbit Filem Malaysia, eWayang Tawar Hiburan Kepada Pengguna

Platform eWayang yang dilancarkan semasa berlakunya pandemik COVID-19 kini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

Ia merupakan salah satu inisiatif untuk membantu penerbit dan mendapatkan pengisian filem di dalam platform tersebut.

Selain itu, pendapatan untuk penerbit, artis dan masyarakat juga mampu dijana menerusi platform ini.

Pengarah Urusan eWayang, Azmi Ismail berkata, objektif platform eWayang adalah turut membantu semua pihak.

“Pendapatan dapat dijana menerusi ‘referral’. Sebagai contoh, anda membeli tiket untuk menonton wayang di eWayang, anda akan mendapat ‘referral link’ yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan, keluarga atau di media sosial.

“Sekiranya rakan anda berminat dan menonton filem menerusi ‘referral links’ anda, anda akan mendapat komisen RM1.

“Bukan penonton sahaja dapat menjana pendapatan, tetapi penerbit dan juga pelakon turut boleh menjana pendapatan sampingan. Ia merupakan ‘win win situation’ untuk semua,” kata Azmi.

Pengarah Urusan eWayang, Azmi Ismail & Pengurus Projek eWayang, DJ Pool

Dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara eWayang dan PFM baru-baru ini, Azmi turut menjelaskan yang setiap penerbit yang menayangkan filem mereka di platform eWayang tidak dikenakan sebarang caj tersembunyi.

“Setiap pembelian tiket pihak penerbit akan mendapat 50 peratus daripada harga tiket.

“Harga tiket untuk filem di eWayang berharga RM15 sahaja dan keuntungan setiap tiket akan dibahagi sama rata iaitu 50%-50%, jadi RM7.50 kepada penerbit dan RM7.50 kepada eWayang.

“Pihak eWayang juga akan menyalurkan RM1 setiap tiket kepada tabung COVID-19, maknanya penonton bukan sahaja dapat tonton filem tetapi juga dapat membuat amal,” katanya.

Ketika ini, eWayang sudah pun menayangkan lapan buah filem dan bakal menayangkan lebih banyak lagi filem dalam masa terdekat ini.

Antara filem terbaru yang bakal ditayangkan di eWayang adalah Khurafat, Saya Amat Mencintaimu, Spinning Gasing, Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior, Jadi Juga, Kastil Tua, Senjakala di Manado, Bara dan Ciliwung Gudnite.

Setiap pembelian tiket, penonton boleh menonton filem dalam tempoh 48 jam tanpa had dan layari www.eWayang.com untuk info lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 13 May 2018

Simpan Atau Buang Mainan Di Kamar Tidur

Apabila di asingkan mainan yang elok atau tidak elok dan kemudian disimpan rapi , barulah anak-anak dapat tidur dengan lena di kamar tidur

LIFESTYLE Thu, 9 May 2019

床叫越大代表对方越幸福?

别被A片误导!研究:床叫越大代表对方越幸福,男性也该叫~

Featured Wed, 17 Feb 2021
LIFESTYLE Thu, 10 May 2018

5 Adab Ibu Bapa Gagal Terapkan Dalam Diri Kanak-Kanak Ketika Kecil

5 Adab Ibu Bapa Gagal Terapkan Dalam Diri Kanak-Kanak Ketika Kecil Anak Semakin Besar Semakin Kurang Ajar

LIFESTYLE Fri, 30 Mar 2018

5 Jawapan Win Untuk “Bila Nak Kahwin Nie?”

Rimas kot dengan persoalan bila nak kahwin ? bukan sahaja tak nak kahwin tapi..

LIFESTYLE Wed, 15 Nov 2017

5 SECRET BEAUTY TIPS FROM FAZURA THAT MANY OF YOU DIDN’T KNOW

There is indeed hope for us all to slay just like Fazura. Check out these 5 beauty tips from the amazing woman herself!

LIFESTYLE Wed, 16 Jan 2019

Stand Out This Chinese New Year in Timely Style

These watches will definitely get people talking.

Fab Foodies! Tue, 1 Oct 2019

Minum Kopi Buat Ibu Mengandung Boleh Risiko Keguguran?

Sedikit perkongsian ya boleh dinikmati tetapi berpada-pada ye