LIFESTYLE By: SGMS Faida July 1, 2019 @ 7:13pm

Dua Peluncur Malaysia Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Phuket Surf Fest 2019

Ini merupakan sesuatu yang sangat membanggakan, apabila dua orang anak muda peluncur ombak tampil beraksi di negara jiran Phuket, Thailand di dalam pertandingan luncur ombak anjuran Pearl of Andaman sempena Phuket Surf Fest 2019.

Mereka yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah Didaqt Musaddiq dan Suhaimi Hasssan yang berjaya mendapat tempat ke-4 masing-masing bagi kategori longboard dan shortboard dan memenangi hadiah wang tunai serta trofi di acara Pearl of Andaman Surf Contest 2019 yang telah berlangsung pada 28 Jun hingga 30 Jun baru-baru ini.

Acara sukan luncur ombak yang mungkin hanya popular di beberapa negeri tertentu di Malaysia khususnya Cherating, Pahang, seringkali berdepan dengan pelbagai cabaran seperti mendapat sokongan dan perhatian yang sepatutnya. 

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa ramai anak-anak muda di Cherating, Telok Chempedak, Dungun, dan ramai lagi di negeri-negeri Pantai Timur di Malaysia yang mempunyai bakat yang memberangsangkan.

Safari Xtreme Sports & Events merupakan sebuah syarikat dari Malaysia yang berkecimpung di dalam bidang penganjuran acara sukan ekstrem, telah menaja lima orang peluncur ombak dari Pahang untuk menyertai pertandingan di Phuket.

Mereka adalah Mohd Daud, 29, Didaqt Musaddiq 24, Suhaimi Hassan 24, Nazrin Nasaruddin 25, dan Mona Rasidah 35. Selama lebih 2 tahun, Safari Xtreme telah menganjurkan beberapa acara sukan luncur ombak di Cherating Pahang dalam usaha mencari bakat baru tempatan.  Sejak tahun 2018 syarikat ini telah mula memberi pendedahan antarabangsa kepada peluncur-peluncur ombak dari Cherating bagi membantu anak-anak muda dari Pahang ini untuk menimba pengalaman berluncur ombak di peringkat antarabangsa.

Mushidy Ibrahim, Pengarah Program Safari Xtreme Sports & Events dan juga Presiden Persatuan Luncur Ombak Malaysia, berkata “Kami berharap agar dapat terus mendapat penajaan dan sokongan padu dari masyarakat setempat serta kerajaan negeri dan persekutuan untuk dapat membawa peluncur-peluncur ombak ini ke peringkat seterusnya”.

Buat julung kalinya, acara sukan luncur ombak akan ditawarkan di Sukan SEA 2019 yang akan berlangsung di Filipina, November ini. Safari Xtreme berharap agar pengalaman dan pendedahan yang diberi dapat meningkatkan peluang atlit-atlit ini untuk menyertai Sukan SEA dan seterusnya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Tak Nak Keluar Rumah Sebab Gemuk, Ini Cara Kilafairy Selesai Masalah!

Fuh, tapi kalau tengok sekarang…memang lain dah kan? Apa rahsia Kila eh?

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

‘Kau ingat aku tak semak dengan kau? Berambus!’, Giliran Ozlynn Pula ‘Sekolahkan’ Netizen

Tulisnya, “Kadang mulut kau tu bau juboq (punggung) ayam macam mulut kau masa kau bertanya tanpa fikir perasaan orang”

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Bekas Suami Gembira Fasha Bertemu Jodoh Semula

Semoga lepas ini Rizal pula bertemu jodoh pula ya. InshaAllah…

Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Tiada Lagi Accapan…

Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iatu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Aliff Syukri Naik Angin Gara- Gara Isu K****?

Bukan apa, sesetengah netizen telah mengkritik penampilannya di sekeping foto yang dimuatnaik, baru-baru ini.

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Fab Foodies! Wed, 8 May 2019

Serius Ke? Sajian Buffet Ramadhan Serendah RM 88 Di Dorsett Kuala Lumpur!

Wah, buffet Ramadhan RM 88 per person di Dorsett Kuala Lumpur! Jom try!

| Live TV