FESYEN By: Padin February 5, 2024 @ 6:58pm

Guna Menu Juadah Syawal Sebagai Inspirasi, Uniknya Koleksi Tudung Premium Cotton Voile Doa AZ by AZ Pemurah

Sate, rendang, nasi impit, ketupat dan lontong menjadi antara inspirasi pempengaruh TikTok popular, AZ Pemurah untuk menghasilkan koleksi tudung terbaharu bersempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelma.

Muncul dengan nama-nama unik juadah popular Aidilfitri, jenama tudung Doa AZ by AZ Pemurah ini melancarkan koleksi Gempak Raya yang dicetuskan oleh AZ Pemurah sendiri.

Minat pengasas yang mempunyai lebih 1.7 juta pengikut di TikTok ini terhadap bidang fesyen telah menjadi dorongan utama dalam penjanaan setiap rekaan tudung dan koleksi terbaru yang dilancarkan.

Ia terdiri daripada 20 rekaan menawan ini dihasilkan dari material premium cotton voile yang eksklusif, sekaligus menawarkan kemasan laser cut yang berbeza bagi setiap edisi.

“Syukur kerana koleksi ini berjaya dilancarkan. Mereka yang mengikuti saya pasti tahu, saya selalu berkongsi video positif yang menyebarkan kebaikan dan kebajikan. Jadi, tujuan utama Doa AZ ditubuhkan adalah bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Di samping itu, ia akan memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat melalui inisiatif kebajikan yang berkekalan sesuai dengan slogan kami, Doa AZ Perjuangan Untuk Semua,” katanya.

Ditanya alasan mengapa dia masih menyembunyikan wajah serta identiti, AZ Pemurah menegaskan apa yang diperjuangkan adalah untuk mengelakkan perasaan riyak atau bangga diri, lebih-lebih lagi ketika bersedekah dan menyantuni mereka yang kurang berkemampuan.

“Kalau niat kita baik, Allah akan bantu. Saya tak kisah walaupun ramai yang pandang negatif. Saya bersedekah pun memang ramai saja yang kecam mempersoalkan kenapa perlu buat content semua. Tujuan saya rekod adalah kerana di Malaysia dah terlalu ramai orang kaya.

“Jadi apa yang kami lakukan adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang-orang yang berkemampuan untuk banyakkan bersedekah. Sumpah tiada niat langsung untuk menunjuk-nunjuk,” jelasnya.

Tak lokek berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, siapa menyangka individu di sebalik setiap rakaman adalah suaminya sendiri, yang mesra di sapa Ben.

Ditanya bagaimana AZ Pemurah bersaing dengan usahawan-usahawan tudung bawal yang lain yang sudah lama berada di pasaran, dia enggan untuk mempunyai perasaan sedemikian.

“Saya tak bersaing dengan siapa-siapa. Saya tak pernah risau, dan saya percaya pada rezeki Allah. Saya juga yakin dengan penghasilan tudung ini dapat membantu lebih ramai orang malah percaya andai banyak bersedekah, Allah akan bagi lebih banyak,” katanya.

Di majlis pengenalan koleksi terbabit, gimik pelancaran turut menyaksikan kesemua model menaiki 11 supercar dan seterusnya memperagakan tudung Gempak Raya.

Malah majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran penyanyi Bella Astillah menghiburkan pada tetamu.

Doa AZ juga menerapkan kepada semua para membeli dengan amalan membeli sambil bersedekah, di mana 30 peratus daripada hasil keuntungan DOA AZ akan diagihkan bagi membantu lebih ramai individu yang memerlukan di luar sana.

Setiap satu dari koleksi ini dijual pada harga mampu milik, hanya RM29 untuk Semenanjung Malaysia dan RM31 untuk Sabah dan Sarawak. Koleksi ini kini boleh dimiliki menerusi reseller Doa AZ yang berdaftar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 27 Aug 2019

“Yes, I Do”- WAF X Marriott Bridal Event Is Not Your Typical Wedding Scene And Here’s Why

Marriott X WAF 2019 push the boundaries of the wedding scene in Malaysia.

Events Sat, 2 Nov 2019

SYOKSYOK RIUH Invites You to Appreciate Arts and Cultures This Weekend!

Celebrate life with friends, family and food with plenty of festive flavours.

FESYEN Wed, 11 Sep 2019
Contest Fri, 18 Oct 2019

Stand A Chance To Be Up Close and Personal with KARD now!

ASICS combining with KARD to bring front bolder and more striking colourways for GEL-BND™ sneakers.

FESYEN Mon, 18 Nov 2019
Events Wed, 15 Aug 2018

Betul Ke Alicia Amin Tak Suka Pakai Bra?

Gambar yang dimuat naik menerusi laman instagram miliknya itu sekaligus mencuri perhatian netizen apabila baju yang dikenakan oleh Alicia seakan-akan menunjukkan bahagian n****s beliau???

FESYEN Mon, 7 May 2018

Ezuan Ismail Tepis Dakwaan Tiru Rekaan Luar!

Isu ini timbul apabila sebuah akaun instagram telah mendedahkan bahawa baju yang dipakai oleh penyanyi Pematah Hati, Nabila Razali dan pelakon, Maria Farida menyerupai rekaan pereka fesyen ini.

FESYEN Wed, 20 Feb 2019

Fashion Industry Bids Farewell to the Late Legendary Karl Lagerfeld

May the 21st Century fashion icon rest in peace.

FESYEN Sat, 28 Sep 2019

Abby Minta Doakan ‘Baby D’

Doakan Abby Abadi dan Baby D ya?