FESYEN By: Padin June 14, 2024 @ 7:59pm

Selesa & Versatil… Run Star Trainer Untuk Penggemar Sukan!

Larian, lawan pedang, bola tampar dan gusti. Apakah persamaan acara sukan ini? Semuanya menjadi ilham untuk siluet terbaharu Converse, Run Star Trainer.

Jenama ini bermatlamat untuk mencipta satu konsep baharu yang diilhamkan masa lampau, namun direka untuk hidup moden dan membuahkan satu gaya baharu untuk mereka yang menitikberatkan sifat-sifat versatil, ekspresi diri, dan keselesaan.

Satu kelainan baharu dari produk-produk sebelum ini, Run Star Trainer telah merangkumkan DNA jenama ini, sebelum memodenkannya.

Siluet baharu ini adalah bukti keupayaan jenama ini mengambil ilham dari sejarahnya dan gayanya yang diketahui ramai, sebelum menunjukkan imaginasi untuk mereka semula kasutnya.

Malahan, rekaan terbaharu jenama ini turut mengambil ilham dari seni moden seperti seni tembikar.

Run Star Trainer mengandungi hampir 20 siluet warisan jenama ini, di mana semuanya telah direka khusus untuk sukan termasuklah karate, lawan pedang, bola sepak, gusti, lompat kijang dan juga lari berhalangan.

Corak luar tapak kasut ini turut mengambil ilham dari rekaan Chuck Taylor All Star, namun dipanjangkan secara unik sepanjang tumit dan serta diterapkan dengan logo bintang dari kasut Run Star Hike yang telah diperkenalkan pada 2019 dahulu.

Semangat penerokaan sememangnya komponen penting untuk jenama ini dan ia telah membantu menjana eksperimen-eksperimen rekaan dari segi warna, kemuatan, bahan dan saiz.

Gabungan bahan untuk Run Star Trainer adalah nilon, suede, dan kulit serta menjanjikan dimensi yang baik untuk bahagian atas kasut, yang diiringi pilihan-pilihan warna yang berani seperti Wren Emas, Biru, Merah, Egret, dan Hitam. Semua ini sedia untuk dibeli di pelancaran kelak.

Siluet baharu ini telah direka dengan semangat dan perspektif baharu terhadap kemuatan, rupa bentuk, dan kedudukan lazim kasut-kasut jenama ini, dan ia adalah produk terkini dalam senarai produk-produk baharu.

Run Star Trainer Converse boleh dibeli di seluruh dunia bermula 18 Jun 2024 di Converse.my dan Converse The Exchange TRX.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Fri, 11 Oct 2019
Events Wed, 14 Aug 2019

Kuala Lumpur Fashion Week 2019 Suits Up for Ready to Wear Runway in August

Showcasing over 80 homegrown labels in 5-day, KUALA LUMPUR FASHION WEEK is set for its 7th and ready to show!

FESYEN Mon, 18 Nov 2019
Events Tue, 27 Aug 2019

“Yes, I Do”- WAF X Marriott Bridal Event Is Not Your Typical Wedding Scene And Here’s Why

Marriott X WAF 2019 push the boundaries of the wedding scene in Malaysia.

Events Thu, 12 Apr 2018

Rico Rinaldi Dihentam Kerana Gunakan Neelofa

Menurut Rico pemilihan ini adalah disebabkan oleh imej dan penghijrahan Lofa yang dianggap sangat sesuai dengan jenama tersebut. Bagi Rico, beliau mengakui turut terkena tempias melibatkan isu kontroversi Lofa, sehingga menyebabkan ada beberapa pihak penaja yang telah menarik diri disaat-saat akhir. 

FESYEN Tue, 6 Mar 2018

8 Fesyen Paling Memukau Oscar 2018

Bukan sahaja filem yang akan dipertaruhkan dan mendapat perhatian lensa kamera tetapi, fesyen yang dipakai oleh artis yang datang memeriahkan juga turut menjadi perhatian. Kalau peminat fesyen diluar sana ingin tahu antara fesyen yang berjaya memukau Oscar 2018, ini antara senarai fesyen tersebut

Events Tue, 14 Aug 2018

Dikritik Netizen, Nabila Huda Balas Balik!

Tidak berdiam diri, Abil lantang bersuara membidas komen-komen netizen