Events By: SGMS Faida January 4, 2019 @ 5:50pm

Harga Minyak Turun Malam Ini

Berita baik untuk pengguna kenderaan, harga runcit minyak RON95 dan RON97 masing-masing turun 27 sen, manakala 14 sen bagi diesel sen mulai 12 tengah malam ini.

Harga runcit RON95 akan diturunkan daripada RM2.20 kepada RM1.93 seliter, manakala RON97 akan diturunkan daripada RM2.50 kepada RM2.23 seliter bagi tempoh mulai tengah malam ini hingga 11 Januari ini.

 Bagi diesel, harga runcit bahan api itu diturunkan daripada RM2.18 kepada RM2.04 seliter.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memutuskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras aliran penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 Januari lalu mempertimbangkan penetapan mingguan itu dan akan mula dilaksanakan tengah malam ini.

“Harga runcit produk petroleum akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, pengumuman harga runcit akan dibuat pada Jumaat setiap minggu dan berkuat kuasa mulai Sabtu sehingga Jumaat.

Menurutnya, harga baharu itu mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari lalu.

“Keputusan pelarasan semula harga runcit produk petroleum ini sudah mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

“Sehubungan ini, kerajaan bersetuju supaya Margin Pengusaha Stesen Minyak diselaraskan dengan tambahan 2.81 sen kepada 15 sen seliter bagi RON95 dan tambahan tiga sen kepada 10 sen seliter bagi produk diesel. Ini adalah kenaikan sebanyak 2.81 sen seliter bagi petrol dan tiga sen seliter bagi diesel, berbanding kadar semasa.

“Kali terakhir kadar margin ini disemak semula pada 2008,” katanya.

Katanya, kerajaan juga akan terus komited melaksanakan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum dan pada masa yang sama melaksanakan penetapan harga yang memanfaatkan rakyat.

Guan Eng berkata, apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna menikmati manfaat penurunan harga minyak dengan segera.

“Namun, apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi.

“Kaedah baharu ini ialah inisiatif Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang tidak pernah diamalkan sebelum ini. Pengekalan harga pada paras ini adalah sehingga pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan mulai pertengahan tahun 2019, sebelum harga runcit produk petroleum diapungkan secara terkawal mengikut harga pasaran,” katanya.

Bermula 7 Jun tahun lalu, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.- BH Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Oct 2018

Al- FATIHAH…Saleem Meninggal Dunia

Al- Fatihah… Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Saleem. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada keluarga & menempatkan roh arwah bersama golongan orang-orang beriman.

LIFESTYLE Wed, 19 Sep 2018

面对下一段感情,你准备好了吗?

感情中总是害怕重蹈覆辙,你已准备好面对下段感情了吗?

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Diiktiraf Lelaki Paling Seksi, Apa Komen Remy Ishak?

Saya tak pernah rasa seksi atau kacak pun, malah tak rasa saya popular pun

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Events Mon, 15 Apr 2019

Kini Jason Mraz Pula Bakal Tawan Kuala Lumpur!

Tak sabarnya nak sing along dengan bestfriend!

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Kenapa Aiman Tino Ditampar?

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci ini akhirnya mengakui bahawa dia telah ditampar oleh seorang pelakon senior. Namun, Aiman bagaimana pun tidak menganggap itu sebagai masalah kerana baginya, pelakon senior iaitu Fazlina Ahmad Daud cuma mahukan beliau menjiwai watak dalam membintangi drama bersiri, Mak Cun itu