Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak 1 sen seliter manakala harga diesel kekal bemula tengah malam ini hingga 22 Februari.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga RON97 naik daripada RM2.27 kepada RM2.28 seliter manakala RON95 pula iaitu RM1.97 kepada RM1.98 seliter. Manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.
Walau bagaimanapun, jelas kenyataan itu, selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel pada paras RM2.18 seliter, harga runcit diesel bagi tempoh 16 Februari sehingga 22 Februari ini adalah dikekalkan pada paras RM2.18 seliter dan bukannya RM2.20 seliter.