Fab Foodies! By: SGMS Putri November 20, 2017 @ 8:28pm

Hati-Hati Apabila Menjamah 7 Makanan Yang Enak Ini Secara Mentah

Bagi sesetengah orang, jika ingin nikmati makanan pada kualiti terbaik, makanlah ia secara mentah. Ada yang berpendapat, makanan yang mentah khasiatnya lebih tinggi dan rasanya lebih semula jadi. Malah, ada kedai makan yang turut menawarkan juadah mentah untuk dinikmati pelanggannya.

Tapi sebenarnya, tanpa anda sedar, anda seringkali menjamah makanan secara mentah tanpa mengetahui sebenarnya ia amat ditegah oleh ahli perubatan. Tegahan ini dibuat berdasarkan beberapa bukti kajian yang menunjukkan makanan mentah mengandungi banyak bakteria berbahaya kepada kesihatan diri.

Inilah senarai makanan yang anda tidak digalakkan makan secara mentah, walau apa pun alasannya.

1. Ubi Kentang

Ubi kentang antara sayuran yang seringkali kita temui dalam juadah makanan harian, dan ia sesekali tidak boleh dimakan mentah. Menurut Dr Lisa Davis, Ketua Penasihat Nutrisi Terra Kitchen, ubi kentang mentah boleh menyebabkan perut kembung dan pelbagai lagi masalah kesihatan melibatkan sistem pencernaan. Ia disebabkan ubi kentang mengandungi kanji yang tidak boleh dihadam perut, bagaimanapun ia boleh terlarut apabila dimasak.

Satu lagi, jika ubi kentang dibiarkan terlalu lama terdedah pada suhu hangat, ia boleh berubah menjadi ubi beracun. Ubi kentang yang terbiar lama akan bertukar menjadi hijau pada bahagian-bahagian tertentu. Warna hijau ini yang dikenali sebagai solanin boleh menyebakan keracunan makanan jika di makan.

2. Ubi Kayu

Ubi kayu lebih mudah ditemui di kampung-kampung dan ditanam mungkin oleh ibu atau nenek kita. Jadi pesanlah pada mereka jangan sesekali makan ubi kayu secara mentah. Di bahagian hujung ubi kayi mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai cyanogenic glycosides, dan ia membebaskan cyanide apabila di makan. Satu bahan kimia yang sangat bahaya.

Bagaimanapun ubi kayu masih boleh dimakan namun perlu dibasuh dengan teliti, dikupas kulitnya dan wajib dimasak terlebih dahulu.

3. Kacang Buah Pinggang

Kekacang seperti kacang buah pinggang adalah makanan berkhasiat kerana mengandungi serat, protein dan antioksidan, namun boleh menyebabkan ‘kacau-bilau’ dalam perut jika dimakan mentah.

Kacang buah pinggang mentah mengandungi bahan toksik yang dikenali sebagai phytohemagglutinin yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut, dengan tanda-tanda seperti mengalami keracunan makanan. Jika anda penggemar kacang buah pinggang, anda dinasihatkan untuk mendidihkan terlebih dahulu selama 10 minit sebelum dijamah.

4. Sosej

Sosej pada asalnya bukanlah makanan yang berkhasiat, namun jika dimakan mentah, ia menjadi lebih tidak berkhasiat dan berbahaya. Orang ramai sering kali salah anggap dan berpendapat bahawa sosej adalah makanan pre-coocked, maka ia boleh dimakan terus tanpa perlu dimasak semula. Menurut Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, sosej mentah mengandungi bakteria Listeria, yang hanya boleh dimusnah dengan cara dipanaskan semula.

5. Susu Mentah

Kita disarankan untuk meminum susu segar kerana ia mempunyai khasiat yang baik, dan susu tidak mungkin dimasaka. Namun jika anda meminum susu sebaik sahaja ia diperah di ladang, anda mungkin dalam bahaya kerana susu yang belum dipasturkan mengandungi bakteria seperti e.coli dan salmonela.

Menurut FDA, orang yang menikmati susu mentah 150 kali lebih berisiko untuk mendapat penyakit bawaan makanan berbanding mereka yang mengambil produk tenusu lain.

6. Taugeh

Taugeh seringkali ditemui dalam hidangan orang Malaysia. Selain berkhasiat, harganya yang murah antara faktor menjadi pilihan pengguna. Bagaimanapun, kita perlu mengelak daripada memakan taugeh mentah.

Taugeh mentah berbahaya disebabkan cara penanamannya di tempat lembap dan gelap, di mana bakteria seperti e.coli, salmonela dan listeria membiak dengan subur.

Jadi anda disarankan untuk membasuh dan memasak terlebih dahulu taugeh sebelum dimakan.

7. Terung

Terung memang sedap dibuat ulam atau digoreng bersama sayuran yang lain, namun jangan sesekali menjadikan terung sebagai juadah mentah. Terung mentah, terutamanya terung muda mengandungi solanin, satu bahan bertoksin yang turut ditemui pada ubi kentang.

Sumber : Reader Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 10 Sep 2019

Kongsi Kajian Saintis Gambar Scan Paru-Paru Akibat Hisap Vape

Takut juga bila di linat peparu selepas di scan

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Pantene Encourages Women to Keep Active in Sports through #WANITABESI

Because women are capable of really anything!

LIFESTYLE Sat, 10 Nov 2018

Kenali 4 Kategori Jerawat Yang Menghantui Anda

Kulit berjerawat merupakan masalah yang menghantui hampir 80 peratus rakyat Malaysia

Fab Foodies! Sat, 9 Jun 2018

Penangan Drama Nur, Sup Bunjut Mula Popular

Lepasni jangan pula korang keliru pula bila nampak sup bunjut dalam masakan, jangan ingat ‘barang’ untuk menyihir pula ya…

LIFESTYLE Wed, 29 Aug 2018

4 Cara Hilangkan Kutu Di Rambut

Apabila kutu mulai bersarang diatas kepala bakal membuatkan anda tidak selesa cuba cara ini untuk menghilangkannya

LIFESTYLE Sat, 10 Aug 2019

Kenapa Manusia Tepuk Tangan?

Ada sejarah rupanya tentang tepuk tangan. Ingatkan kerana bunyinya !

LIFESTYLE Wed, 3 Jul 2019

面对爱情你容易失去理性吗?

感情有些人还保有些许理智,但有些就像失心疯一样,面对爱情的你容易失心疯吗?

LIFESTYLE Wed, 11 Jul 2018

Susah Bangun Pagi? Aplikasi Loceng Ini Boleh Bantu Anda!

Selama ni anda selalu snooze kan alarm bila tiba je waktu bangun kan? Bila dah terlambat, anda salahkan jam loceng pula. Cuba muat turun aplikasi ‘annoying’ ini, mesti dah tak lambat lagi!

Fab Foodies! Tue, 2 Jan 2018

喝水「3个最佳时间点」等到口渴时代表已来不及

多喝水重要,但喝对时机更重要!一般人体每天所需水分约1450至2800毫升,而且保持良好喝水习惯可以帮助排便,亦有养颜美容功效,不过许多民众都喝错时机点,快听听看专家建议吧!

LIFESTYLE Sun, 22 Sep 2019

烟霾来袭该如何饮食?

炎热天气和印尼烧芭烟霾的夹击,让大家的健康似乎出现了问题,如眼睛干涩、喉咙痛等;到底烟霾来袭该如何饮食?