Fab Foodies! By: SGMS Faida July 24, 2018 @ 6:48am

Jamu Untuk Ibu Mengandung Memang Wujud Ke?

6 RISIKO HERBA TRADISIONAL KEPADA IBU HAMIL DAN BERPANTANG

Soalan popular di kalangan ibu mengandung, ‘Boleh ke saya minum jamu ketika hamil?’

Tahukah kamu, pengambilan jamu ketika mengandung tak kiralah dalam bentuk pil atau serbuk, LEBIH BAIK DIELAKKAN kerana amalan ini mempunyai risiko ke atas ibu dan anak dalam kandungan.

Antara risiko herba tradisional ini kepada ibu hamil dan berpantang adalah:

  1. MENGGANGGU INTERAKSI PERUBATAN MODEN

Jika anda disahkan mengalami sebarang penyakit yang memerlukan pengambilan ubat-ubatan secara berkala, pastikan anda memberitahu doktor apabila anda merancang untuk memulakan suplemen tradisional.

Ini kerana, ubatan herba boleh mengganggu proses penyerapan dan perkumuhan ubatan moden jika diambil pada masa yang sama.

Misalnya, terdapat herba tradisional yang mengandungi asid salisilik, boleh berinteraksi dengan ubat aspirin. Kesan ini boleh mengakibatkan risiko perdarahan terutama jika seseorang pesakit jantung mengalami luka atau menjalani pembedahan.

Menurut laman kesihatan WebMD, mengkudu dilaporkan mengandungi kandungan garam kalium yang tinggi dan membahayakan sesiapa yang mempunyai masalah buah pinggang serta mengganggu proses denyutan jantung.

Ia juga tidak disarankan untuk ibu mengandung dan menyusu badan.

  1. KOMPLIKASI SELEPAS BERSALIN

Sesetengah tumbuhan herba atau ubatan tradisional itu sendiri mempunyai bahan aktif yang kadangkala boleh memberi kesan toksik atau bahaya kepada ibu mahupun janin.

Baru-baru ini viral juga dikatakan tentang bahaya pati ikan haruan dan gamat. Walaupun ia tidak tergolong sebagai herba, ia adalah ubatan tradisional yang biasa digunakan dalam masyarakat kita.

Memang tidak dinafikan bahawa ia banyak membantu dalam menyembuhkan luka, tetapi ada yang mendakwa ianya merbahaya untuk dikonsumsi oleh ibu hamil secara pembedahan caesarean. Ini kerana, segelintir wanita mendapati komplikasi di mana usus dan organ dalaman melekat antara satu sama lain akibat proses penyembuhan yang terlalu cepat.

Walaupun lebih banyak kajian diperlukan untuk menyokong fakta ini, kebanyakan doktor dan bidan yang menasihati ibu yang bersalin pembedahan untuk mengelakkan pengambilan sebarang jenis ubatan terlalu awal dalam tempoh berpantang.

  1. KEGUGURAN

Tempoh 3 bulan pertama adalah tempoh janin paling sensitif. Mengikut statistik, 85% keguguran  berlaku dalam fasa ini.

Antara kes keguguran yang berlaku adalah apabila seseorang mengamalkan sesuatu herba tradisional tanpa menyedari kehamilan mereka. Apabila mereka cuba berhenti, ianya sudah terlambat kerana kandungan telah mencapai umur 1 atau 2 bulan, dan herba tersebut telah memberikan kesan sehingga terjadinya keguguran.

Beberapa jenis herba mempunyai sifat aktif dan toksin manakala sesetengah herba perancang keluarga mampu memberi kesan kepada kehamilan sehingga menyebabkan keguguran.

Oleh itu, jika anda masih belum dikurniakan zuriat, mengalami masalah keguguran, dan berusaha untuk hamil dengan mengamalkan herba tertentu, cuba hentikan sebentar pengambilannya dan lihat kesannya terhadap tubuh badan anda.

  1. MENGERINGKAN SUSU BADAN

Sesetengah jamu tidak boleh diambil pada awal tempoh berpantang kerana ia boleh menyebabkan susu badan menjadi kering. Jamu jenis ini bersifat anti-laktogenik dan tidak sesuai untuk anda yang ingin meneruskan penyusuan badan.

Selain itu, jika bayi anda menghidap jaundis atau demam kuning, rujuklah doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang pengambilan herba kerana dikhuatiri akan memburukkan keadaan kesihatan anak.

  1. KECACATAN BAYI

Sekiranya ubatan herba yang salah diambil dalam tempoh 3 bulan pertama, bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami kecacatan teruk kerana tempoh 3 bulan pertama ini adalah tempoh di mana anggota utama janin terbentuk.

Selain bahan aktif daripada tumbuhan herba itu sendiri, antara penyebab yang mengundang masalah ini adalah bahan lain yang digunakan dalam proses penghasilan produk tertentu seperti pengawet dan bahan kimia yang tidak berdaftar.

Sebuah akhbar tempatan mendedahkan penyelidikan yang diketuai oleh Prof Madya Siti Amrah ke atas tikus hamil turut menunjukkan sejenis herba tempatan yang popular telah menyebabkan janin tikus mengalami cacat pada bahagian bawah dagu dan tempurung kepala pada janin tikus tersebut.

  1. KELAHIRAN BAYI TIDAK CUKUP BULAN

Ada yang mengamalkan minyak selusuh daripada minyak kelapa dan bunga kembang semangkuk selepas usia kehamilan mencecah 6 bulan kerana ingin memudahkan proses bersalin. 

Namun sebenarnya, masih banyak kajian lanjut yang diperlukan untuk mengukuhkan fakta tersebut.

Walau bagaimanapun, risiko herba tradisional ini amat menakutkan jika ia disalahguna. Menurut paparan yang dikongsikan melalui blog Dr Zubaidi, ia boleh menyebabkan pengecutan rahim yang berlebihan dan berlaku sebelum masanya. Seterusnya, mengakibatkan masalah kekurangan oksigen, atau kelahiran bayi ‘tidak cukup bulan’.

PILIH HERBA TRADISIONAL YANG SELAMAT, ELAK DOS BERLEBIHAN

Kesimpulannya, risiko herba tradisional masih boleh berlaku walaupun terbukti mempunyai banyak khasiat.

Maka, semaklah terlebih dahulu tentang sesuatu ubatan tradisional dengan merujuk doktor, klinik, badan profesional, atau Portal Kementerian Kesihatan Malaysia. Pastikan ada maklumat yang sahih tentang kesan kepada kehamilan. Mulakan dengan dos yang kecil untuk mengelak sebarang kesan yang ekstrim.

Jika anda mengambilnya dalam keadaan anda tidak hamil, pastikan anda peka dengan kitaran haid serta sebarang tanda-tanda kehamilan supaya pengambilan ubatan tradisional dapat dipantau sepanjang kehamilan tersebut. Jangan lupa nyatakan kepada doktor tentang pengambilan apa-apa suplemen herba sepanjang kehamilan ya!

Sumber: Pa & Ma / Sirap Limau

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 25 Sep 2019

哪个星座的伴侣比较适合你?

有些人谈感情前,总会和暧昧对象聊星座当话题,但你知道什么星座比较适合你吗?

Featured Fri, 5 May 2023

“Ridzuan Hashim Rahsia Derita Sakit Jantung, Tak Mahu Hilang Job” – Didie Alias

Allahu Akbar! Moga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh!

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Hubungan Mawar Rashid dan Elvina Renggang?

Bagi Mawar Rashid kehilangan kedua ibu bapa tersayang secara serentak dan sekali gus menjadi yatim piatu merupakan dugaan paling berat untuk dipikul. Keadaan itu penyeban hubungannya dengan Elvina semakin renggang.

LIFESTYLE Tue, 2 Jul 2019

Berkaki Ayam di Pasir Pantai Boleh Terkena Cutaneos Larva Migrain

Cutaneos Larva Migrain bahaya terutama sekali apabila anda berjalan diatas pasir ye

Hiburan Thu, 19 May 2022

Hairul Azreen ‘Ikat Perut’ Selama Lima Bulan Demi…

Hairul Azreen diet, tahan lapar demi menjayakan sebuah karakter untuk filem terbarunya.

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Tahniah! Fizi Ali Bakal Jadi Papa

Doakan yang baik-baik. Masih awal untuk bercerita tentang hal ini, doakan ya…

Featured Fri, 4 Nov 2022

Yana Lancar Lagu Balada “Escape”, Inspirasi Kisah Cara Mencintai Diri Sendiri

Muncul dengan identiti muzik tersendiri sejak awal kemunculan, Yana yang dahulunya menggunakan nama Shalma Eliana kini terus melangkah jauh mempertaruhkan kelebihan dan bakat yang ada pada dirinya. Selepas beberapa single seperti Janji Terindah, Aroma, Rambang,

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Ini Alasan Ismail Izzani Tak Mahu Ambil SPM

Selebriti Ismail Izzani dilaporkan bakal melanjutkan pelajaran di kolej swasta. Akuinya lagi, keputusan dibuat memandangkan dia bukan seorang yang suka belajar.

| Live TV