LIFESTYLE By: SGMS Faida April 23, 2018 @ 2:59am

Jangan Pakai Alat Solek Selagi Usia Belum Cecah 20 an

Tengok si ibu bersolek, anak pun nak cuba juga. Ramai ibu-bapa yang suka menata wajah anak mereka dengan penggunaan alat solek.

Namun tahukah anda, akan ada kesan negatif pada kanak-kanak yang belum mencapai tahap umur yang sesuai menggunakan alat solek.

Menurut doktor kulit, Dr Alina Hasni, kulit kanak-kanak lebih mudah dijangkiti pelbagai kuman dan alahan. Oleh sebab itu, alat solek adalah sesuai digunakan seawal usia 20 tahun di Malaysia.

“Alat mekap yang mengandungi tahap merkuri yang tinggi boleh memberi kesan iritasi kepada kulit dan alahan contact dermatitis di mana boleh mencetuskan keradangan kulit kerana keadaan kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif,” tambahnya.

Beliau juga menegaskan jika produk itu mempunyai bahan yang tidak sepatutnya seperti merkuri dan logam kimia, ia tetap bahaya kepada kanak-kanak walaupun produk itu  mahal dan berjenama.

“Ibu bapa perlu mengambil tahu tantang kandungan yang terdapat di dalam alat mekap itu bagi mengelak kesan sampingan terhadap anak mereka dan memastikan produk itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Walaupun produk itu telah diluluskan oleh KKM, ia juga harus diambil kira berdasarkan keselamatan tahap toksin yang terkandung dalam sesuatu produk,” jelasnya.

Menurutnya lagi, pembayang mata (eye shadow) adalah antara jenis mekap pengguna harus berhati-hati kerana kulit pada kelopak mata merupakan bahagian yang paling nipis berbanding bahagian lain.

“Di samping itu, penggunaan alat mekap kepada kanak-kanak akan meningkatkan proses penuaan dengan cepat, jadi lebih baik ia dielakkan supaya kulit akan menjadi lebih baik tanpa bahan kimia,” kata Dr Alina.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 21 Apr 2018

用力笑吧!「笑」为身心带来5大好处

你有多久没笑了呢?我们常常希望身边能够遇到风趣幽默的朋友,能够逗得自己哈哈笑,但距离上一次自己开怀大笑是什么时候呢?

LIFESTYLE Thu, 28 Nov 2019

IMAGINATRICKS杂技大汇演迎新阵容!二著名团队加入表演行列

IMAGINATRICKS杂技大汇演第二季新阵容终于登场!

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018

Dilabel Kejam Dan Gila, Dua Lelaki Ini Sanggup Masukkan Kucing Dalam Mesin Pengering Sehingga Mati

Kucing malang ini curi perhatian netizen dan Persatuan Haiwan Malaysia

LIFESTYLE Thu, 4 Jul 2019

Peminat Marvel Jangan Lupa Dapatkan Koleksi Setem Adiwira Marvel Mulai 4 Julai 2019

Siri Setem Terulung Koleksi Adiwira Marvel sempena Ulang tahun ke-80 Marvel

LIFESTYLE Wed, 11 Sep 2019
LIFESTYLE Thu, 18 Jan 2018

5 Idea Bento Box Yang Super Mudah Untuk Anak-Anak Anda

Artikel kali ini berkongsi idea bento box atau lunch box menarik, mudah dah berkhasiat daripada Puan Yohana Sabri untuk anak-anak anda ke sekolah! Pencipta dan juga pengasas ‘Littlecupcakes’ ini telah berjinak-jinak dalam penyediaan bento box untuk anak-anaknya sejak dari tahun 2014 lagi.  […]

LIFESTYLE Sun, 13 Oct 2019

Sesetengah Juling Boleh Dirawat Sebelum Usia 6 Tahun

Permaisuri Kongsi Pengalaman Juling Masa Kecil

LIFESTYLE Sat, 28 Dec 2019

Sendi Boleh Terseliuh Jika Selalu Letupkan Jari Dan Tulang Belakang

cara salah dan keterlaluan yang boleh mendatangkan kesan di lain hari

LIFESTYLE Sat, 1 Jun 2019

Najis Anak Berdarah Apa Puncanya?

Najis bayi anda dapat memberitahu banyak perkara tentang kesihatan mereka, jadi ia sangat berguna jika anda lebih memberikan perhatian kepada lampin kotor mereka Ikuti beberapa langkah dan punca yang patut dibaca oleh semua ibu bapa […]

Fab Foodies! Fri, 8 Dec 2017

Kenali Baka Musang King Yang Asli

Corak Seakan Bintang Pada Bawah Buahnya,” Elak Ditipu Penjual, Kenali Baka Musang King Yang Asli