LIFESTYLE By: SGMS Enal September 29, 2018 @ 1:50pm

Jimatkan Perbelanjaan Bulanan Keluarga

Dengan keadaan ekonomi negara yang masih tidak menentu, rata-rata keluarga mengamalkan cara hidup berjimat-cermat. Terutama keluarga muda yang tinggal di bandar, kenaikan kos sara diri amat dirasai berbanding mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Sebelum anda bertindak menyalahkan mana-mana pihak, apa kata perhatikan gaya hidup anda dahulu. Mungkin terdapat perbelajaan bulanan ada yang agak berlebihan.

Di sini kami kongsikan tips terutamanya untuk ibu moden, bagaimana anda dapat membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan keluarga.

JANGAN BAZIRKAN SISA MAKANAN.

Salah satu sikap rakyat Malaysia yang perlu diubah ialah melakukan pembaziran makanan. Kadang-kala apabila memasak, pasti ada lebihan makan yang tidak habis dimakan.

Apa kata lebihan makanan itu anda simpan. Sebagai contoh, anda masak kari ayam, lebihan ayam yang tidak dimakan janganlah dibuang. Anda boleh simpan ayam itu, untuk dijadikan rencah memasak nasi goreng atau mee goreng untuk sarapan pagi keluarga anda pada keesokkan harinya.

BANDINGKAN HARGA BARANGAN DAPUR SECARA ONLINE.

Dengan ledakan teknologi, boleh dikatakan setiap individu memiliki telefon pintar sendiri. Daripada anda sibuk mencari gosip artis di internet, apa kata anda lakukan perbandingan harga barangan keperluan harian.

Sekarang, terdapat pelbagai laman web yang menawarkan perbandingan harga barangan runcit setiap hari. Contohnya, satu aplikasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu Paparan Harga.

Aplikasi ini memudahkan anda untuk membuat semakan harga bagi 446 barangan harian mengikut lokasi kedai atau pasaraya di seluruh Malaysia. Anda dah tak perlu bersusah payah pergi ke setiap pasar raya untuk membandingkan harga. Mudah kan?

MENYEDIAKAN BEKALAN MAKANAN UNTUK KELUARGA.

Daripada suami anda mengeluarkan duit untuk makan di luar setiap hari dan memberikan anak anda wang untuk berbelanja di sekolah, apa kata anda sediakan bekalan makanan dari rumah untuk mereka.

Nilai harga makanan yang mereka beli di luar lebih mahal daripada kos penyediaan makanan, jika anda memasak sendiri di rumah. Secara tidak langsung, anda dapat melakukan banyak penjimatan.

MELANGGAN PAKEJ MOVIE-STREAMING DARIPADA MENONTON WAYANG.

Jika anda selalu keluar menonton wayang, anda pastinya perlu mengeluarkan wang untuk tiket wayang dan makanan ringan, kerana anak anda pastinya mahukan makanan yang dipaparkan di skrin tempat jualan sebelum masuk ke panggung wayang.

Untuk melakukan penjimatan apa kata anda langgan sahaja pakej movie streaming, dengan nilai kurang daripada RM 20 sebulan anda dapat menonton bersama-sama ahli keluarga yang ramai. Anda hanya perlu menahan keinginan. Tidak salah jika perlu menonton filem lewat sebulan daripada tarikh tayangan kan?

Ini cuma sebahagian sahaja nanti admin kongsikan lagi 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 22 Dec 2019

虚拟实境全新体验!云顶世界Sky VR最新颖游乐设施

虚拟实境之所以令人着迷,其原因在于它能让体验者仿佛瞬间置身于一个超现实的全新世界。

Fab Foodies! Mon, 9 Jul 2018

全新KFC「MAD MEX TWISTER」五彩缤纷的墨西哥风味

大马KFC隆重推介全新KFC Mad Mex Twister,将在时限内以色彩缤纷的墨西哥风味「玩转」KFC Twister,展开一场充满活力的墨西哥式冒险。

LIFESTYLE Fri, 20 Dec 2019

4 Definite “No, No!” Things To Do When Wearing Make Up

If you’re a makeup lover, make sure you clean your canvas first before hitting these activities.

Featured Tue, 13 Dec 2022
Fab Foodies! Thu, 28 Dec 2017

Mamak档不再24小时?卫生部:打造健康生活环境

为了应对马来西亚人民非传染性疾病(癌症、糖尿病等)患病率上升的趋势,马来西亚卫生部将推出13项新政策,协助建设全民健康社会,打造健康生活环境。

LIFESTYLE Thu, 26 Sep 2019

在游览多达十国的旅客群中!大马旅客排名前五

根据Agoda旅行者调查,近七成人口有出境游经历;而在游览多达十国的旅客群中,大马旅客排名前五。

LIFESTYLE Tue, 22 Oct 2019

Touch‘n Go电子钱包「Jom Makan」优惠延伸至全马六州!

马来西亚人对美食有独特的追求和向往,因此Touch ‘n Go 电子钱包决定进一步延伸「Jom Makan」美食促销活动至全国6个州属,并推出特别促销优惠给热爱汉堡和沙爹的粉丝们。

Hiburan Wed, 24 Jul 2019
LIFESTYLE Thu, 2 May 2019

单身一族看过来!来测测你的桃花往哪开

有时面对街上的情侣,总觉得单身是件可怕的事情;如果各位也单身许久,想赶快过上两人世界……

LIFESTYLE Tue, 30 Jan 2018

3 Makanan Bahaya Ini, Pesanan Penting Buat Semua Pencinta Kucing

3 jenis makanan yang berbahaya untuk kucing yang boleh mengancam kesihatan dan membahayakan si comel.