LIFESTYLE By: SGMS Enal December 8, 2018 @ 1:59pm

Kahwin Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia?

Mesti masa zaman persekolah kita pernah bercinta bukan? Ada juga hubungan percintaan tersebut yang berakhir ketika tamatnya tempoh persekolahan dan ada yang berakhir ke jinjang pelamin! 

Menurut kajian yang pernah dikongsikan, berkahwin dengan kekasih zaman sekolah itu ternyata lebih terjamin dan bakal berakhir dengan kebahagian sehingga ke akhirnya, betul ke?

1. ADA DENGAN KITA UNTUK HADAP PERKARA BESAR DALAM HIDUP

Dialah yang ada dengan kita waktu suka dan duka termasuklah masa kita peroleh keputusan PMR/PT3/SPM, sewaktu pegang skrol graduasi di konvokesyen Universiti, waktu kita tertekan menghadap situasi di alam pekerjaan, waktu kita menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran melahirkan zuriat untuk dari dulu sampai sekarang semua momen berharga dapat dikongsi bersama!

2. KEMUNGKINAN UNTUK BERCERAI SANGAT RENDAH

Kalau dah kekal sampai hari ni sejak dari zaman sekolah dahulu, sukar rasanya untuk si dia meninggalkan kita sewenangnya. Dari remaja sampai dah berumur macam ni kalau si dia masih sanggup bersama kita, itu adalah cinta yang paling agung dan pasti ramai pasangan lain yang iri melihat.

3. RAPAT DENGAN KELUARGA MERTUA

Tak dinafikan ada orang yang bercerai sebab tak tahan dengan keluarga mertua. Tapi kalau kita kahwin dengan kekasih zaman sekolah, ibu bapa mereka pasti sudah kenal rapat dengan kita betul tak? Jadi tak ada masalah untuk nak mesra dan jadi rapat dengan ahli keluarga pasangan kita.

4. MILIKI HATI & JIWA KENTAL

Sebab dalam tempoh perkenalan yang sangat lama dari zaman sekolah, dah selalu sangat bertengkar, bergaduh, salah faham dll. Jadi bila dah jadi suami isteri, rasanya tak ada masalah pun untuk satu sama lain bergaduh besar.

5.KALAU BERNASIB BAIK, KAMPUNG PUN DEKAT

Bila sudah berkenalan di alam persekolahan, besar kemungkinan untuk anda mempunyai kampung mertua dekat dengan rumah anda sendiri. Biasalah, setiap kali ada cuti umum atau hari perayaan tidak perlu lagi nak bergaduh nak balik kampung siapa kan?

Sumber : ThoughtCatalogue

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 14 Sep 2019

Ada Risiko Kalau Hujan Musim Jerebu

Kena lebib berhati-hati ye tidak kira musim jerebu atau musim hujan

LIFESTYLE Thu, 19 Apr 2018

5 Sebab Anda Yang Resdung Susah Sembuh

Tak salah untuk melihat samada 5 perkara ini ada ke tak jika resdung anda tidak sembuh

LIFESTYLE Sat, 31 Mar 2018

Shopping Has Never Been Easier and More Cost Saving Thanks to CJ WOW SHOP

It’s CJ WOW SHOP’s 2nd anniversary and they’ve got loads of surprises in store.

LIFESTYLE Sun, 13 Jan 2019

Bringing Indian Traditional Costumes into the Modern Fashion Scene

Designer Hariharan Arasu has just launched his inaugural menswear collection, which comprises loose tops and pants in breathable materials, writes Nadia Badarudin FROM the day he rolled out his first collection in 2012, Hariharan Arasu […]

LIFESTYLE Thu, 6 Dec 2018

Maksud Penutup Warna Air Mineral Anda.

Penutup air mineral bukan sahaja di warnakan untuk branding tetapi ada maksud disebaliknya

Fab Foodies! Tue, 6 Nov 2018

吃全麦面包比较健康?专家曝4陷阱

小心全麦制品的陷阱!

FESYEN Thu, 8 Aug 2019
LIFESTYLE Sun, 7 Jul 2019

4 Sebab Kenapa Pintu Bilik Air Awam Perlu Tolak Untuk Buka?

Ada sebab rupanya pintu tandas awam sebegini , sesekali bagus juga info ni ya

Hiburan Wed, 24 Jul 2019
Fab Foodies! Mon, 9 Jul 2018

Savour KFC’s Brand New Mad Mex Twister for a Limited Time Only!

The classic Twister came back with a special twist.

| Live TV