LIFESTYLE By: Salma Syahbuddin May 13, 2019 @ 3:00pm

Kembara Muslim Bersama Elfira Loy Di Perth. Best Sangat!

Perth antara destinasi yang wajib untuk kita pergi dan menikmati keindahan negara kangaroo. Tidak kiralah percutian korang bersama keluarga mahupun BFF! Namun, jika ini adalah kali pertama ke Perth, pastikan korang tahu lokasi yang ingin ditujui terlebih dahulu dan aktiviti menarik di sana!

Kali ini, jom kita explore negara yang cukup terkenal dengan identiti Muslim Friendly ini bersama Elfira Loy!

Hurmm, Perempuan dan shopping, memang takkan boleh dipisahkan! Jadi kalau korang semua nak window shopping bolehlah bergerak terus ke tempat-tempat shopping yang gerenti best di Direct Factory Outlet, Westfield Carousel, dan Watertown Brand Outlet.

Kesemua tempat ni adalah syurga membeli belah di Perth. Korang mesti shop till you guys drop!

Akan dibuka pada pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Dan, ianya terletak berdekatan dengan lapangan terbang Perth iaitu di High Street. Jadi, kalau  tak sempat nak shopping, bolehlah singgah sebentar ke sini!

Mula dibuka pada jam 11 pagi hingga 5 petang dan terletak di subbandar Cannington dan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti selain membeli-belah. Lokasi Westfield Corousel terletak tidak jauh dari Daerah Pusat Perniagaan Perth. Hanya 12km dan korang boleh akses Pusat Membeli-belah melalui Cannington Railway Station.

Pusat membeli-belah dengan harga yang cukup rendah! Terletak di Wellington Street. Terdapat 110 buah kedai dan butik. Korang boleh cari apa sahaja barangan disini memandangkan Watertown Brand Outlet ini menyediakan bukan sahaja barang kemas, aksesori dekorasi malah kelengkapan rumah! Terletak hanya beberapa minit dari Daerah Pusat Perniagaan Perth, membuatkan korang boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa. Korang juga boleh ke Watertown Brand Outlet, melalui City West Railway Station dan Bas CATS berwarna kuning ataupun hijau. Jangan risau! Watertown Brand Outlet dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Buat yang pertama kali berkunjung ke Barat Australia, Fremantle Market adalah destinasi membeli-belah yang harus dikunjungi. Ditubuhkan pada tahn 1987 ianya hanya akan dibuka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Memandangkan kat Fremantle Markets ni banyak jual buah-buahan segar, Elfira dan rakannya sempat merasa sendiri air buah-buahan campuran yang cukup unik dan organik! (harap sedap lah air buah tu kan?)

Ini pula lokasi yang cukup chill dan relaks! Terutamanya buat korang yang sukakan aktiviti outdoor. Jalan ini hanya bersebelahan dengan William Street dan terdapat banyak kedai untuk diterokai. Antara yang wajib dikunjungi disini ialah, Target, David Jones, dan Lush!

Hay Street Mall akan dibuka seawal 8 pagi hingga 9 malam 5 petang. Manakala, pada hari Jumaat, ianya akan dibuka sehingga jam 9 malam.

Makanan Halal Everywhere!

Selepas penat berjalan, korang mungkin akan tercari-cari tempat untuk makan dan chill bersama keluarga ataupun BFF korang, jadi apa kata kita berjalan ke Yagan Square untuk menikmati minum petang kerana disini mereka menawarkan Market Hall dimana korang tak payah susah-susah untuk mencari kedai makan. Yang menariknya, Market Hall turut menyediakan ruang untuk kanak-kanak bermain. Jadi ibu-bapa tak payahlah risau ye!

Antara salah satu sebab kenapa agaknya Perth di gelar sebagai Muslim Friendly? Jom kita ke Twilight Hawkers Market atau lebih dikenali sebagai ‘Pasar Malam’ di bumi Australia. Terdapat banyak gerai-gerai muslim disini. Nak dapatkan street food yang ada kat Malaysia pun senang tau! Jadi kepada yang rindu nak makan Martabak atau Sate tu, inilah tempatnya!

Suasana sekitar Twilight Hawkers Market yang sungguh meriah dengan orang ramai dan juga makanan yang pelbagai.

Twilight Hawkers Market ni, beroperasi bermula jam 9.30 malam pada setiap Jumaat sepanjang bulan Oktober hingga April sahaja tau! 

Bukan setakat itu je, korang juga boleh memilih samada nak makan malam di Twilight Hawkers Market atau di Chee Tayeb. Chee Tayeb ni adalah Restoran Lubnan yang cukup terkenal di Pusat Bandar Perth dan terletak di Murray Street. Bukan sahaja menyediakan makanan Lubnan yang halal, malah korang juga pastinya berasa seperti duduk di negara itu sendiri kerana, vibe dan suasana Lubnan turut diterapkan di restoran ini. Tak caya, try lah datang kat sini!

Selain Chee Tayeb, korang juga boleh membuat pilihan sekiranya teringin nak makan, makanan western. Ini mungkin tempat yang menarik untuk korang kunjungi,  Cicerello’s. Hanya 15 minit masa perjalanan dari The Be. Fremantle iaitu penginapan yang cukup strategik untuk pelancong yang datang ke Perth.

Menyediakan penginapan dengan pilihan tempat tinggal seperti Studio, mahupun apartment dengan pilihan satu, dua atau tiga bilik, The Be. Fremantle menjanjikan pemandangan air yang cukup indah.

Malah, korang dan keluarga juga boleh memilih pangsapuri Harbour View dan nikmati Fishing Boat Harbour sekaligus korang sekeluarga boleh menikmati pemandangan matahari terbit dengan hanya berada dikediaman korang! Wow!

Atau, gunakan pangsapuri Marina View untuk menikmati pemandangan  merentasi Royal Perth Yacht Club Marina ke Lautan Hindi.  Justeru itu, The Be. Fremantle sering menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin mendapatkan makanan yang sedap dan udara yang nyaman. Curlasss!

 Tengoklah macam El ni!

 

Bukan main lagi El tau! Sempat ambik gambar sebelum makan ke tu?

 

 

Bukan sahaja penginapan yang cukup mempesonakan, malah, makanan yang dihidangkan juga cukup memberi 1001 kenikmatan. Gerenti puas hati lah!

Ini Pula Buat Si Kaki Selfie!

Kepada yang suka mengabadikan momen manis korang, inilah port yang paling sesuai untuk korang selfie sakan! Jom kita usha tempat-tempat menarik sekitar Perth.

 

  1. Rottnest Island

Pulau kecil yang bebas dengan kenderaan ini pastinya menjanjikan pelbagai keseronokan buat korang. Nak tahu kenapa? Di Rottnest Island ini sahaja terdapat 63 pantai, dan 20 teluk yang indah beserta terumbu karang dan bangkai kapal yang pastinya membuatkan korang terpukau berkunjung ke kawasan air yang paling terkenal di Australia.

Haa, kalau nak tahu kenapa El duduk kat tepi tu, sebab El tengah speechless lah tu!

Dan, bagi korang yang nak bergerak ke Rottnest Island ni, korang boleh menaiki feri SeaLink Rottnest. Feri tersebut beroperasi setiap hari dan korang jangan risau kerana, korang boleh membuat lawatan balik hari ke pulau ini! Yang penting, bila dah sampai ke Rottnest Island, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama Quokka, haiwan yang paling gembira di dunia! 

Dah puas selfie bersama Quokka, jangan lupa hashtag ye! #quokkaselfie.

      2. Blue Boatshed

Ini adalah port paling wajib bagi pengunjung Blue Boatshed. Selfie!!!

Jangan lepaskan peluang korang untuk menjadi salah seorang yang memuat naik gambar di instgaram dengan berlatarbelakangkan Blue Boatshed ni okay!

      3. The Pinnacles

 

Sesuatu yang rare sekiranya korang ada gambar selfie disini! Mesti bangga nak upload di instagram masing-masing kan? Yasss! inilah dia The Pinnacles. Bila berada disini,korang ambil lah gambar seberapa banyak yang boleh dengan pelbagai aksi (macam gambar kat atas tu) confirm ramai yang makan hati nanti!

     4. Canal Rock

Bagi sesiapa yang suka bau laut, ketenangan dan sesuatu yang unik. Ini adalah tempat yang paling sesuai untuk korang mengabadikan sedikit momen bersama pasangan korang atau BFF korang! Sure ramai yang jeles!

     5. Hutt Lagoon / Pink Lake

Sumber : Instagram @hobopeeba

 

Pastinya ini adalah salah satu keajaiban dunia, jadi siapa agaknya yang tidak mahu mengabadikan gambar bersama yang tersayang sekiranya berkunjung ke tempat ini. Lihat sahaja air lautnya yang berwarna pink, korang pun mesti tak sabar nak berkunjung ke sini kan?

6. Nature Window/ Kalbarri National Park

 

Sesuai dengan namanya Nature’s Window, tempat ini menjadi salah satu tarikan pelancong yang datang ke Perth. Jadi, jangan takut atau korang akan menyesal nanti!

 Korang Mesti Cuba Ini Bila Ke Perth!

Adalah sesuatu yang rugi sekiranya korang terlepas benda ni! Nak tahu apa dia, Let’s check it out!

Sesiapa sahaja yang menginap di Hotel Peppers Kings Square yang terletak di Wellington Street, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Corica Bakery untuk mencuba Pastri paling sedap di Perth iaitu Apple Strudel

Tengoklah El ni, muka happy sangat kan dapat Apple Strudel! Yummy!

Jadi kepada korang atau kawan-kawan yang ingin berkunjung ke Corica Bakery ni, sila save waktu operasi Corica Bakery untuk rujukan korang nanti!

Waktu Operasi :  8 pagi hingga 5.30 petang

Lokasi : 106 Aberdeen Street

Opss! Selain Apple Struddle, korang juga boleh beli Honey Cake yang cukup popular disini. Bolehlah buat ole-ole untuk kawan ataupun keluarga nanti.

 Tapi, ingat! Bagi yang muslim, korang perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Al-maklumlah, sesetengah Honey Cake mengandungi alkohol.
 
 

Waktu Operasi : 9 pagi hingga 6 petang

Lokasi : Fremantle Markets

Jangan ketinggalan juga untuk melawat House of Honey di Swan Valley. Kedai ini turut menyediakan bungkusan kotak untuk korang daftar masuk bersama bagasi korang sekiranya mahu menjadikan madu ini sebagai buah tangan atau doorgift dihari perkahwinan. Sesuai sangat! 

 

Selain madu untuk dijadikan ole-ole, madu juga boleh didapati dalam bentuk lilin tau! Jadi rugi siapa tak beli. 

Ini Mungkin Pit Stop Terakhir Anda di Perth!

Untuk satu percutian yang pastinya meninggalkan 1001 kenangan, Swan Valley  adalah tempat yang yang harus dikunjungi. Terletak di Caversham Wildlife Park, pengunjung yang datang pastinya tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi bersama haiwan disini.

Mengambil gambar bersama Koala, memberikan Kangaroo makan dan bergambar bersama Wombats adalah suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan!

Tengoklah El ni, begitu terserlah kebahagian di wajahnya ye!

Bagi yang muslim, jangan risau! kerana Surau turut disediakan untuk menunaikan solat.

Next,

Selain Caversham Wildlife Park, Mandurah atau Dolphin Watching Cruise juga sangat sesuai apabila kita datang ke Perth bersama keluarga. Disini, korang akan dibawa menaiki cruise selama satu jam untuk melihat ikan lumba-lumba di depan mata. Seronoknya!

Dan untuk pengetahuan korang juga, bandar Mandurah ini cukup terkenal dengan laluan airnya, kraftangan dan galeri seni yang dibina dikeliling air yang membiru iaitu Mandjar Bay.

Bak kata pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Selepas sahaja berkunjung ke Mandurah, teruskan  perjalanan korang ke Busselton Jetty. Dengan hanya 2 minit berjalan kaki ke bandar dan jeti, Busselton Jetty Tourist Park menawar tiga jenis tempat letak Karavan, Malah, sebanyak 150 ruang disediakan dengan kemudahan seperti dapur dan tempat BBQ yang serasi untuk karavan, van, Motorhomes dan campervan. Jadi, korang yang datang dengan family tu takyah lah risau okay!

Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 45 minit ini akan memberikan anda pengalaman menyaksikan sendiri bagaimana pelbagai hidupan laut membiak melalui tinjauan bawah laut atau Underwater  Observatory.

Sempat lagi El posing kan?

Dan kini tiba masanya pula untuk melihat rumah api di Cape Naturaliste Lighthouse. Terletak berdekatan dengan dengan Bunker Bay. Rumah Api yang dibina setinggi 123 meter pada aras laut ini merupakan rumah api yang mudah dipanjat untuk menikmati pemandangan lautan Hindi. Wow!

Bagaikan tidak lengkap percutian apabila tidak berkunjung ke kilang pembuatan produk penjagaan kulit secara organik iaitu Vasse Virgin. Selain pembuatan sabun buku. Pengunjung juga akan diberikan peluang untuk membuat pelembap bibir yang diperbuat dari lilin dan madu. So, lepasni bolehlah buat pelembap bibir sendiri.

 

Haa, macam mana agaknya percutian korang di Perth yang terkenal dengan identiti Muslim Friendly ni? Jangan risau, sebelum pergi korang kenalah buat sedikit research ya. Dan untuk pengetahuan korang juga, AirAsia turut menyediakan penerbangan ke Perth setiap hari. Jadi, korang bolehlah booking tiket bila-bila masa je!

Yang penting, harga tiket serendah RM299 okay! Tempahlah pakej percutian selama 4 hari 3 malam termasuk penerbangan, hotel dan tax bermula RM1,399/ pax di airasia.com 

Untuk penerbangan yang lebih selesa dan eksklusif, korang juga boleh menempah Premium Flatbed tanpa sebarang harga premium dengan hanya RM1,190 dengan kelebihan seperti makanan dan minuman percuma,  elaun 40 kg bagi bagasi penumpang, Premium Red Lounge Akses, hiburan Xcite Inflight, dan keutamaan akan diberikan bagi daftar masuk dan pelepasan.

Untuk info lebih lanjut, korang bolehlah layari laman sosial AirAsia menerusi Facebook, Twitter dan Instagram menerusi hashtag #VacaywithAirAsiaX #westernaustralia #justanotherdayinWA atau log in ke www.airasia.com

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Adira Dan Dato’ Red Buang Yang Keruh Demi Anak-Anak?

Alhamdullillah…semoga semuanya berakhir dengan kesudahan yang baik.

Trending Hari Ini Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Thu, 10 Oct 2019

“I am Grown Now And Make Choices As an Adult”, Miley Cyrus Clapped Back

Is Cyrus’ new romance a rebound or she has completely moved on?

Featured Wed, 14 Jul 2021

Cara Mohon Bantuan One Off Sehingga RM 1,400 Buat Individu Terjejas Pendapatan

Bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Bantuan ini dilancarkan melalui Tabung COVID-19 dengan bayaran sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat […]

Featured Sat, 9 Oct 2021
Featured Tue, 28 Dec 2021

“Betapa Jijiknya Kita Kalau Masih Merungut Tentang…” – Azhan Rani Sedih Penduduk Pedalaman Masih Tak Dapat Bantuan Banjir

Pelakon Azhan Rani yang juga merupakan seorang individu aktif membantu mangsa-mangsa terjejas banjir berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang mangsa banjir yang hilang tempat berteduh di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang. Melalui hantaran Instagram miliknya, Azhan […]

Featured Fri, 29 Oct 2021

Facebook Kini Dikenali Sebagai Meta

Wow, makin lama makin canggih!

Hiburan Wed, 23 Oct 2019

黄明志1231迎来首场万人演唱会!与歌迷倒数跨年

黄明志12月31日将与歌迷倒数跨年,《4896》巡演将登上万人体育馆!

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Betul Ke Nick Jonas Sakit?

Uish, berbeza sungguh kan?

Selebriti Wed, 1 Nov 2023