LIFESTYLE By: SGMS Enal September 6, 2018 @ 9:00am

Kaum Lelaki, Awas Dengan Jenis Serangan Ini!

Lelaki pun ada penyakit yang digelar pembunuh dalam senyap. Antaranya ialah penyakit yang kita tidak sedari. Nampak sahaja remeh tetapi boleh merebak menjadi serius dan lebih teruk dim masa hadapan. Antara perkara -perkara yang perlu diambil tahu

Kolestrol

Lemak dan kolesterol bergabung menjadi perkara ‘penting’ untuk menghasilkan tenaga dalam tubuh badan.Tahap kolesterol didalam darah bergantung pada apa yang dinikmati seharian. Pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti makanan berminyak punca tersumbatnya pada arteri. Ini boleh menjadi antara penyakit genetik iaitu turun-temurun dalam keluarga. Penyakit biasa yang dikaitkan dengan kolesterol adalah diabetis, obesiti, sakit jantung dan sebagainya

Ketagih

Ketagihan lelaki lebih teruk berbanding dengan wanita dan ada sebahagian doktor mengatakan yang ini adalah penyakit. Ada yang ketagih dadah, tembakau, alkohol , minuman berkafein seperti kopi atau teh dan yang paling ketara adalah merokok. Ada yang berkata ianya merupakan masalah kelakuan dan personaliti dalam diri.

Kanser Testikel 

Menjumpai ketulan pada testikel bukan liar biasa dimana ia membuatkan ramai keliru. Ada yang tidak memandang serius akan perkara ini. Antara keadaan yang menunjukkan terdapatnya masalah pada testikel, silalah berjumpa dengan doktor segera. Begitu juga jika ada ketuat, hernia, ketulan lembut pada kerandut zakar mahupun jangkitan atau rasa sakit. Jangan ditangguhkan ya!

Dengkuran Kuat

Ada yang kata kerana penat ianya berlaku. Tetapi kalau dah tiap hari berlaku hingga mengakibatkan gangguan buat pasangan anda perlulah dirawat. Ini mungkin berlaku akibat gangguan pernafasan dimana berlaku pada lelaki pertengahan umur. Ada juga setuju yang masalah berat badan, pengambilan minuman keras dan merokok antara punca ia boleh berlaku.

Moga perkongsian ini dapat membantu anda. Jika anda mengalami tanda-tanda seperti yang dikongsikan, berjumpalah dengan doktor secepat mungkin. Lebih baik mencegah dari merawat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Justin Bieber Disaman kerana Posting Gambar Sendiri?

Posting gambar diri sendiri pun boleh disaman!

Featured Fri, 4 Nov 2022

Tak Sampai 24 Jam Tular, Ebit Lew Hadiahkan Kereta Pada Ibu Tunggal & Anak OKU -“Ya Allah.. Anak Rezeki Kita..”

Alhamdulillah, terima kasih Ustaz Ebit Lew. Semoga Allah permudah segala urusan Puan Azimah dan anaknya ❤️

Events Mon, 17 Dec 2018

Sambut 300 Kanak-Kanak Bertemakan Harry Potter Krismas Ini

Merry Krismas Adik-adik! Seronoknya mereka ni kan?

LIFESTYLE Wed, 6 Mar 2019

目前烦人的问题有解决的机会吗?

现实生活当中,总有许多大大小小的问题;但面对这些扰人问题,有解决的机会吗?

Events Thu, 2 Aug 2018

Isu Barang Tiruan, Neelofa Tak Sependapat Dengan Aliff Syukri?

Nampaknya Neelofa bersetuju dengan kewujudan akaun Instagram @streetwearbustamy. Barulah orang segan nak pakai barang tiruan… Tepuk dada tanya selera ok?

| Live TV