Kepada fresh graduate atau entry level diluar sana yang mengimpikan pekerjaan menarik dengan gaji yang lumayan serta persekitaran kerja yang upbeat dan dinamik . Inilah senarai tiga syarikat yang akan membuatkan korang berduyun-duyun menghantar emel untuk mencari peluang untuk ditemuduga.
- RedQ Air Asia
Air Asia merupakan syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang memperkenalkan penerbangan dengan kos tambang rendah. Buat pengetahuan korang, pejabat utama Air Asia telah pun berpindah di Red Q yang beroperasi di Sepang, Kuala Lumpur. Apa yang menariknya, dekorasi dalaman pejabat RedQ ni boleh membuatkan mata korang tak berkelip. Jom kita sama-sama tengok!
Pekerja di Air Asia dikenali sebagai Allstars. Pejabat RedQ ini turut menyediakan kafe buat Allstars mereka dan yang paling unik, kafe ini menyediakan menu makanan yang bernutrien dan rendah kalori. Meskipun sibuk dengan bebanan kerja seharian tetapi ternyata Air Asia memastikan kebajikan para Allstars terjaga.
2) Google Malaysia
Syarikat Google Malaysia merupakan salah satu syarikat yang menjadi idaman para graduan baru. Mana tidaknya, cawangan utama syarikat ini yang beroperasi di US begitu terkenal sehingga menjadi salah satu syarikat terbaik di dunia. Justeru, cawangan syarikat Google Malaysia yang beroperasi di Bangunan Axiata ini turut terkena tempiasnya. Apa yang menariknya di Google ni? Jom lihat!
Walaupun dekorasi utamanya tidaklah sehebat dekorasi cawangan syarikat di US, namun dekorasinya masih mengekalkan identiti yang sama. Lihat sahaja sudut istirehat dan buaian di gerai gugel ni.
3. Rev Asia
Rev Asia merupakan sebuah syarikat media yang ditubuhkan pada tahun 2013. Syarikat ini sebelumnya dikenali sebagai Catcha Media Berhad. Antara anak syarikat ini adalah laman web Says.com, JUICE, HANGER, and Oh Bulan!